14 Disember 2009 Ulangtahun Ikatan Cinta Kasih Janji Setia antara ummi dan walid. 24 tahun bersama menongkah badai dan bahagia alam rumahtangga. Anakmu sentiasa mengiringkan doa buat kalian. Sungguh, ketenteraman dunia dan akhirat anakmu ini milik kalian.
Sempena Ulangtahun Ikatan Suci ummi dan walid, kakak buatkan kek istimewa. First trial tau…
xdelah cantik sangat…tapi dibuat dengan rasa cinta tau…
memandangkan ummi dan walid xde kat sini skarang, jadi kak dayah la wakilkan untuk merasmikan kek..pisau….mak aihh..
Alhamdulillah dah potong dah…comotnya…
nyum nyum nyum…dimakan sejurus keluar dari peti es…hehe
Ummi,walid..dengan penuh rasa cinta, kakak titipkan sesuap potongan kek buat ummi, dan sesuap potongan kek buat
walid… :-*
Wa bil waalidaini ihsana~
Diari, tiada taranya kekuasaan Allah Rabb Penciptaku. Dialah yang menguasai zahir dan batinku. Dengan Nama-Nya aku menulis.
14 Disember 2009
Namaku Zatil Farhah Amani. Alkisahnya hari ini aku seharusnya akan tahu penentuan hidupku di medan perjuangan ilmuku.
Hari-hari dalam hidupku dan kisahnya bermula di sini. Kisah baiknya Allah pada diriku dan teman-teman untuk hari ini. Rentetan peristiwa yang ingin diabadikan dengan tinta penaku. Ingin semoga dirasakan baiknya Allah pada semua manusia. Maka sedetik jarum panjang pada jam menyentuh angka 8, aku sudah mulai bersiap-siap. Menghitung waktu untuk memulakan derap langkah ke kampus yang sudah hampir seperempat dekad aku mengenalinya. Sang mentari sudah mula setia menemani saat aku membuka langkah ke kampus. Ya, ku sedar kini siang jauh lebih panjang dari malam hari rentetan dari peristiwa alami di bawah pengendalian Allah Rabbul Jalil. Aku melangkah dan terus melangkah.
”kring..kring..kak, nak tumpang…? marila diha bawak..” santun sapaan adik juniorku aliah madihah, yang saban hari ke kuliahnya mengederai basikal merahnya. ” eh,tak apalah diha..akak jalan saja..terima kasih dik..” balasku juga ringkas.
Tiba di fakulti tempat daku mendamba ilmu, aku memulakan catatan. Sedari awal memang sudah aku niatkan untuk menulis melawan kesepian.
8.20 pagi : Alhamdulillah sudah tiba di kampus. Singgah sebentar ke kantin menghilangkan gundah dari peristaltik gaster ku. Sebiji goreng pisang perlahan-lahan mula bercampur dengan asid hidroklorik dalam perutku.
8.45 pagi : Dingin dari penghawa dingin mula menurunkan suhu di palmar ku. Masih keseorangan di dalam pejabat fakulti.
9.30 pagi : Sahabat handai seangkatanku mula memenuhi ruangan pejabat. Bermula 3 orang hingga sudah menjadi 20 orang. Dengan tujuan yang sama denganku. Masing-masing mahu menunggu hasil peperiksaan yang sebenarnya menjadi keputusan akhir tentang masa depan kami di persada perjuangan ilmu di sini.
”30 minit lagi baru ada markah” pendek sahaja pesanan dari kerani pejabat. Tapi sudah cukup untuk meragut ketenangan 21 jiwa yang ada di situ. Masing-masing dengan palpitasinya tersendiri. 30 minit…
Masa berlalu tanpa disedari sudah lebih dari 1800 saat yang dinyatakan tadi. Namun, penantian itu suatu kebiasaan di sini. Kami semua terus menanti.
11.25 pagi : ”markah sudah ada..sama-sama berdoa…” dari kejauhan aku dengar suara sahabat seperjuanganku, Anis Batrisya.
11.30 pagi : Palpitasi kian memuncak. Aku segera keluar dari ruangan pejabat. Ketegangan suasana sudah mulai ku rasakan. Gasterku mula bergelora. Adrenalin meningkat sehingga dapat ku rasakan seperti adanya ictus cordis saat tangan singgah di bahagian sternumku. Jujur, perasaan takut sudah berjaya menguasai mindaku.
Di luar pejabat, aku berbual-bual bersama kakak seniorku. Berharap adrenalinku dapat menurun. Namun tiada perubahan. Bahkan semakin memuncak. Jantungku semakin kencang mengepam darah.
11.55 pagi : Aku lihat dari luar rakan-rakan sudah mula berkerumun. Seperti ada gula yang dihurung semut. Jangkaku, markah sudah dikeluarkan.
Markah ditampal. Tinggi dari kemampuanku untuk melihat. Dengan ramai kawan-kawan yang mengerumuni. Namun temanku Ilyas Hakimi membantu aku dengan melihatkan namaku serta markahku.
” Zatil, awak lulus!” ” Allahu Akbar…ini betul Kimi..?” soalku kembali tetapi bukan ku ragu pada Ketentuan Ilahi cuma aku khuatir temanku tersilap melihat nama. Maklumah banyak orang. ” Zatil, tahniah…” ucap seorang lagi temanku ‘Aisyah Sofiyya yang juga melihat markahku. ” Alhamdulillah….terima kasih ‘Aisyah…”
Ucapan syukur pada Ilahi seiring dengan gugurnya mutiara jernih dari mata ini. Alhamdulillah…Terima kasih Ya Allah…
Kini, aku tahu perjalananku yang baru telah bermula. Kerana destinasi sudah berbeza. Aku mula menutup pena dari coretan…
( memedikkan masyarakat…)
:
* peristaltik : perut berkeroncong
* gaster : perut
* asid hidroklorik : asid dalam perut yang membantu penghadaman makanan
* palmar : tapak tangan
* palpitasi : berdebar-debar
* Adrenalin : hormon yang menyebabkan seseorang berdebar dan stress
* ictus cordis : denyut jantung yang terlalu kuat hingga dapat dirasakan dengan tangan
* sternum : bahagian tengah rongga dada manusia
Bahan
160 g butter
80 g gula kastor
1 biji kuning telur
1 s/k essen vanilla
200 g coklat cips
100 g badam cincang[panggang]
200 g tepung gandum
1 s/k soda bikarbonat
1 s/b serbuk koko
Cara
1. Pukul gula dan butter sehingga hancur.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Kacau rata
3. Masukan badam cincang dan coklat cips.
4. Masukkan tepung dan bahan yg telah diayak. Gaulkan rata.
5. Sudukan atas loyang yg telah disapukan majerin
6. Bakar dalam suhu 180′C selama 215 – 20 minit.
7. Sejukkan dahulu baru disimpan.
Bahan A
2 cawan tepung gandum ]
1 cawan serbuk koko ]
1 s/k baking powder ] ayakkan
1 s/k soda bikarbonat ]
Bahan B
1 cawan susu pekat
1 cawan butter cair
1 cawan air panas
2 cawan gula perang
Bahan C
4 biji telur ]
1 s/k esen vanilla ] kacau rata
Cara
1. Panaskan kukusan dan lapikkan loyang dengan kertas minyak.
2. Masukkan semua bahan yg diayakkan dalam mangkuk.
3. Masukkan butter cair, air panas, gula dan susu pekat dalam mangkuk yg berisi bahan yg telah diayakkan.
4. Masukkan telur dan kacau adunan sehingga sebati.
5. Masukkan dalam loyang dan kukus selama 1 jam atau lebih sikit.
6. Sejukkan dan hiaskan dengan kerim keju dan buah2an koktel
Bahan krim keju:
250 gm keju cream philidephia
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan air agar-agar
1 cawan yogurt perisa mangga
1 tin buah2 koktel
1/2 cawan air dalam buah2 koktel
Cara:
1, Pukul keju cream dan gula sehingga rata/lembut.
2. Masukkan yogurt dan pukul lagi.
3. Masukkan air/cecair agar dan kacau rata.
4. Tuangkan atas kek span dan sapukan rata.
5. Taburkan buah2 koktel dan sejukkan beberapa jam.
6. Potong dan hidangkan.
JOM CUBA…
Jangan lupa perencah Bismillah ye…..
sumber rujukan : http://www.hanieliza.tk/
Sambil-sambil isi masa santai, baca majalah Mingguan Wanita yang dipinjamkan oleh kakak senior semalam.. sampai pada ruangan RAHSIA WANITA, sajalah baca.. ada betulnya juga tapi tidak semuanya benar..betulke begini ye….
Bagi lelaki, wanita memang sukar difahami. Ada-ada sahaja yang tidak kena. Sebenarnya wanita memang dilahirkan dengan perasaan yang sensitif, oleh itu haruslah mendalami jiwa seorang wanita. Bila dibaca, saya tidak tahu sejauh mana untuk mengiakan namun saya juga tidak menidakkan kerana adakala ada benarnya pada sisipan dalam majalah ini. Namun, ini kan sekadar majalah…
FINE
Perkataan inilah yang wanita suka gunakan untuk menghentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul. Kepada lelaki, jangan sesekali gunakan perkataan ini kepada kaum wanita.
LIMA MINIT
Ini sebenarnya bermakna setengah jam.
TAKDE APA-APA
Ini bermakna ada sesuatu yang tidak kena.
Yang lain-lain itu mungkin sedikit menjauhi dari saya mengiakan. Namun, bila ditelusuri buku Man From Mars, Women From Venus, banyak sebenarnya yang dapat kita fahami antara karakteristik golongan feminin dan kaum maskulin yang memenuhi dunia ini…
Alahai anak-anak kecil yang sangat comel, imut-imut jika dibahasakan dalam Bahasa dari Republik Indonesia Raya ini. Sungguh kalian lahir umpama kain putih yang bersih, sesuai dengan sabda Nabi Teragung, Muhammad SAW. Duhai insan yang bergelar anak, termasuklah diriku, ayuhlah ukir prestasi, kita raih masa depan yang cemerlang. Sesungguhnya dalam perjalanan sejarah manusia, Allah SWT telah menghidupkan sebuah generasi terbaik. Generasi yang mana Allah SWT jamin bahawa mereka mendapatkan keredhaan dan ampunan dari-Nya. Generasi yang membawa kejayaan dan kemuliaan Islam di muka bumi. Mereka itulah orang-orang yang mampu menyeimbangkan antara zikir dan fikir.
Duhai anak,
Duhai anak,
Allah SWT akan memudahkan jalan bagi penuntut ilmu ke syurga-Nya yang indah. Tempat terindah yang diciptakan oleh Allah SWT adalah syurga. Di dalamnya penuh kenikmatan selama-lamanya. Air terjun, air sungai yang mengalir dibawahnya tiada tandingan akan keindahan yang dapat kita lihat dengan dua mata ini. Allah mempersiapkan syurga hanya untuk hamba-hamba-Nya yang beriman. Akan tetapi, masuk syurga tidak semudah kita masuk ke Mall atau The Store atau yang seumpamanya. Diperlukan perjuangan dan pengorbanan yang begitu besar.
Tetapi, dengan kemurahan dan Kurnia-Nya yang amat besar, maka seorang penganut Islam akan dimudahkan oleh Allah SWT untuk memasuki syurga-Nya yang indah. Bersusah-susahnya ketika di dunia demi mempelajari syariat Allah SWT. Maka Allah SWT akan menggantikan dengan kenikmatan yang abadi iaitu syurga-Nya. Dari Abu Hurairah ia berkata, bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud ” Barangsiapa yang menempuh suatu jalan untuk mendapatkan ilmu, maka Allah SWT akan memudahkan baginya jalan ke Jannah ” ( HR Ibnu Majah dan disohehkan oleh Albani ).
Duhai anak… Seorang insan berpredikat ibu pernah bermadah, butir bicaranya mengalir sejuk dari bibir wanitanya.
” Tidurlah sayang buah hatiku, kutemani engkau dalam dakapku. Bangunlah esok dengan senyummu, permata hati penghibur kalbu. Tidurlah sayang buah hatiku, doa ibu menemanimu. Semoga rahmat Allah menyertaimu. Bahagia dunia dan akhiratmu, anakku…”
Tembakau asalnya digunakan sebagai ubat dan dihisap dengan menggunakan paip. Pada peringkat awal, ramai yang mengunyah dan menghidu tembakau dan sebahagian lainnya menghisap dengan menggunakan paip. Pada awal abad ke sembilan belas, cerut diperkenalkan dan lewat tahun 1880, tembakau mula dipopularkan dalam bentuk rokok yang dibuat dengan menggunakan mesin pengeluar rokok moden di bawah tajaan baron tembakau yang terkenal, James Buchanan ‘Buck’ Duke.
Rokok memudaratkan kesihatan manusia. Menurut Imam Malik, Al-Hakim, Baihaqi dan Ibnu Majah, Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud :
”Tidak diizinkan melakukan sesuatu yang memudaratkan dan tidak boleh membalas dengan kemudaratan.” Sementara menurut Ahmad dan Abu Daud, Ummu Salamah berkata ” Rasulullah SAW melarang daripada mengambil setiap bahan yang memabukkan dan yang melemahkan badan.”
Kajian yang dibuat oleh Program Pencegahan Dan Pengawalan Tembakau dari Jabatan Kesihatan Utah menunjukkan, menghisap sebatang rokok sahaja sudah memasukkan tar ke dalam paru-paru seseorang. Apabila anda menghisap sekotak rokok setiap hari, selama setahun, sebanyak 0.25 gallon tar telah berjaya anda masukkan ke dalam paru-paru anda.
Bahkan, rokok juga mengandungi 4000 bahan-bahan kimia toksik lain dan 37 daripadanya dikenal pasti sebagai bahan penyebab kanser.
Orang Islam tidak melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada orang lain. Sebagai contoh, merokok dikhalayak ramai. Persepsi yang mengatakan seseorang lelaki itu kelihatan macho jika merokok, saya juga tidak tahu siapa yang riwayatkan sebegitu. Jujurnya bagi kebanyakan masyarakat, melihat orang merokok di tempat terbuka amat menjengkelkan dan menimbulkan kebencian sekaligus mendapat bonus kutukan. Orang kurang berakal sahaja agaknya yang syok sendiri merasakan amalan merokok adalah ”macho”..kononnya…
Merokok tidak hanya berbahaya kepada perokok bahkan kepada mereka yang tidak merokok melalui asapnya. Hasil kajian dari Arizona Daily Star bertarikh 23 November 2001 menunjukkan bahawa mereka yang terdedah kepada asap rokok berisiko menghidap sakit jantung 23% lebih tinggi daripada mereka yang tidak terdedah kepada asap rokok.
Laporan dari Klinik Mayo menunjukkan bahawa asap rokok di udara mengandungi 2 kali ganda tar dan nikotin, 3 kali ganda bahan penyebab kanser 3,4 benzpyrene, 5 kali ganda karbon monoksida dan 50 kali ganda ammonia berbanding asap yang dihisap oleh perokok secara langsung daripada rokoknya.
Dalam kuliah yang lalu, masih segar dalam ingatan saya dokter memberitahu bahawa orang yang merokok hanya menghisap 20% sahaja sebagai haknya dan selebihnya 80% di bahagi-bahagikan secara adil kepada masyarakat sekitarnya yang turut menghidu asap rokok tersebut. Walaupun kelihatan sangat adil namun ia merupakan tindakan yang amat tidak wajar.
Jadi kepada sesiapa yang masih merasakan ingin terus istiqamah dalam amalan merokok, dan berhajat awet muda tidak tua-tua dengan cara memendekkan usia, maka janganlah melibatkan manusia mahupun hidupan lain yang tidak bersalah..Dalam kata lain yang mungkin lebih mudah difahami, nak mati cepat, mati sendirilah….
JAUHILAH BAHAYA ROKOK….masalahnya tolonglah sedar wahai barisan perokok sedunia, bukan hanya kalian yang berisiko sakit tetapi warga disekitar kalian juga….
-anti rokok sedunia-
SEJAK kaki ayah tak lagi mengenal bilah-bilah
lantai rumah kayu yang pernah dibangunnya.
Dan aku serta dua adikku memiliki pikiran
masing-masing yang berbeda satu sama lain.
Ibu bersahabat dengan benda-benda tajam.
1.
–jarum
UNTUK menjahit, katanya.
Sebab waktu senantiasa selimut compang.
Sementara tulang-tulangnya jadi sarang
penyakit aneh yang tak bisa ia sebutkan namanya
seperti menyebut nama-nama orang yang dicintainya.
2.
–pisau
KADANG-KADANG ia benci ranum buah-buahan:
apel dan tomat yang merah,
semangka dan mangga berkulit kencng,
atau mentimun yang segar dan putih.
Masa-masa remajanya tak bisa kembali
seperti juga alamat ayah yang sia-sia dicari.
3.
–gunting
BUNGA-BUNGA dan rumput di halaman
suka berubah jadi uban di kepalanya.
Ia tak ingin ada hutan menyeramkan
tumbuh di sana. Sebab bagaimanapun
ia tak pernah lelah menunggu anaknya
datang mencium keningnya atau
mungkin ayah dengan ole-ole
sebuah cerita tentang petualangan.
4.
–cermin
BUKAN dada dan pipinya yang suka ia ajak bicara.
Tetapi ia senang menantang sepasang matanya
agar terus bertahan dan tidak segera menyerah
kepada musim hujan dan mimpi-mimpi buruk
yang selalu bersiap melompat masuk ke sana.
-M.AAN MANSYUR-
Cinta adalah perasaan jiwa yang dibaluti kegembiraan, kebahagiaan, ketenangan malah cinta itu menyembuhkan. Cinta merupakan perasaan semulajadi (fitrah) yang menjadi sifat manusia. Sebagaimana hati dapat berubah, maka cinta juga akan berubah kerana sifat cinta yang menjadikan hati sebagai takhtanya.
Antara 4 tanda hadirnya perasaan cinta ialah:
* Apabila suka mendengar nama sesuatu yang dicintai itu disebut-sebut.
*Apabila suka melihat sesuatu yang dicintainya.
*Apabila suka duduk berdekatan atau bersama-sama dengan sesuatu yang dicintai.
*Apabila suka dengan sesuatu yang berkaitan dengan perkara yang dicintai.
Dengan sedikit percikan cinta dari Pemilik Segala Cinta ke muka bumi ini, maka berkasih-sayanglah dan saling mencintailah antara penghuni bumi ini. Namun, hikmah yang didapati dari percintaan adalah sebagai ujian dan dugaan bagi manusia. Manusia akan melakukan pelbagai cara untuk mendapatkan apa yang dicintai. Hatta menjatuhkan maruah diri sekalipun turut jadi pilihan yang dirasakan terbaik buat dirinya. Di sinilah kita harus fahami bahawa ada cinta mulia dan ada cinta keji. Maka begitulah untuk mendapatkan sesuatu yang dicintai, ada cara yang mulia dan ada pula cara yang keji.
Cinta adalah faktor makmurnya alam ciptaan Ilahi ini. Cinta merupakan faktor penyambungan zuriat dan penerusan kehidupan manusia. Pada cinta itu sendiri ada kekuatan yang kukuh sehingga mampu menyatukan umat manusia. Bahkan Ayatul Husna apabila ditanya tentang cinta dalam Ketika Cinta Bertasbih, beliau menjawab dalam butiran madah….
” Cinta ada kekuatan..yang mampu mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah malang jadi untung,
mengubah sedih jadi ria,
mengubah syaitan jadi nabi,
mengubah iblis jadi malaikat,
mengubah sakit jadi sihat,
mengubah bakhil jadi dermawan,
mengubah kandang jadi taman,
mengubah penjara jadi istana,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah…”
Namun, hakikat percintaan dan kasih-sayang yang sebenar adalah percintaan dan kasih-sayang yang berdasarkan keimanan kepada Allah SWT. Allah SWT yang telah menciptakan manusia dan mengetahui selok belok hati manusia. Islam yang diturunkan Allah telah mengiktiraf perasaan cinta sebagai sebahagian daripada fitrah kejadian manusia.
Bagi mu’min yang bertaqwa, tidak ada satupun yang mungkin menyamai kelebihan, kedudukan, dan ketinggian cintanya kepada Allah SWT, Rasul-Nya, dan jihad dijalan-Nya. Bersesuaian dengan mutiara cinta dari Allah SWT yang bermaksud :
”Katakanlah : Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara -saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah SWT dan Rasul-Nya dan daripada berjihad dijalan-Nya, Maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya…” ( At-Taubah : 24 )
Seorang mu’min meyakini bahawa Allah adalah Pencipta dan Pemilik alam semesta. Maka dirinya juga adalah milik Allah SWT dan wajarlah seluruh kecintaannya hanya untuk Allah Rabb sekalian alam. Inilah cinta teragung. Dan natijah asas dari kecintaan yang agung ini ialah redha dengan Allah SWT.
Kata-kata Ibn At-Thoilah dalam kitabnya sangat mendalam untuk menafsirkan cinta
” Tidak ada yang dapat mengusir syahwat atau kesenangan duniawi kecuali rasa takut kepada Allah yang menggentarkan hati dan rasa rindu kepada Allah yang membuat hati kita merana”
Terdapat juga cinta pertengahan yang mana ditakrifkan dengan keterikatan hati, ikatan perasaan dan emosi yang lahir dari ‘aqidah atau iman seseorang insan terhadap keturunan, keluarga, kaum kerabat, harta benda dan sebagainya. Maka hasilnya ia akan berhubungan erat dengan apa yang dicintainya itu dengan cara yang diredhai Allah SWT.
Allah SWT turut mengiktiraf kesemua perasaan hati ini tetapi ia menduduki tempat kedua iaitu selepas kecintaan kepada Allah SWT, Rasul-Nya dan jihad dijalan-Nya. Disinilah wujudnya cinta antara suami isteri, cinta antara anak dan ibu bapa, juga cinta dalam ummah Islam. Namun seandainya cinta kepada manusia, harta dan dunia berasaskan hawa nafsu semata-mata, maka ia akan jatuhkan seseorang kepada cinta yang hina.
Terakhirnya yang perlu kita hayati dengan hati yang tulus, yang perlu kita fahami dengan akal yang jernih, yang perlu kita yakini dengan jiwa yang bersih, yang perlu kita selami dengan nurani yang kudus adalah cinta yang hina. Kerana, terlalu ramai jiwa-jiwa manusia yang jatuh dalam cinta yang tiada nilai dan darjat kemanusiaan.
Antara cinta pada darjat hina adalah:
* cinta atau kasihkan taghut yang serta bertuhankan manusia atau makhluk seperti menyembah patung dan berhala, cinta serta memuji artis-artis, ahli-ahli sukan, dan sebagainya.
* cinta atau kasih terhadap musuh-musuh Allah SWT.
* cinta dan menurut kemahuan nafsu atau syahwat yang keji.
* mengutamakan cinta dan kasih terhadap manusia melebihi Allah SWT.
* cinta kepada bisikan syaitan seperti bisikan untuk berhasad dengki.
Oleh itu, cinta merupakan perasaan jiwa yang diiktiraf oleh Allah SWT. Persoalannya ialah sejauh manakah manusia mengambil neraca Allah SWT dalam urusan ini. Sabda Rasulullah SAW sebagai panduan kita yang bermaksud :
” Tiga perkara siapa yang ada pada dirinya, dia akan merasai kemanisan iman – bahawa ia menjadikan Allah dan Rasul-Nya paling dicintai daripada segala yang lain. Dan bahawa ia mencintai seseorang, tidak menyintainya melainkan kerana Allah. Dan bahawa ia membenci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah mengeluarkannya daripada kekufuran, sepertimana ia benci dimasukkan ke dalam api neraka ”
”Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu”
Sajak Guru Oh Guru – Sasterawan Negara Usman Awang
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat
Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu
p/s : SELAMAT PENGANTIN BARU AINUL DAN SEMUA TEMAN-TEMAN
-Penyeri Idamanku…-
Penyeri yang aku rindui
adalah wanita yang mencintai Ilahi
tersulam dalam peribadi
hingga terpesona olehku, seorang lelaki
cinta, takut & harap pada-Nya menguasai diri
saban ketika, waktu & hari
hingga jasadnya ditelan bumi
Penyeri yang aku sayangi
lidahnya basah dengan zikrullah
sudut hatinya mengagungkan Allah
wajahnya memancarkan nur Ilahi
lantaran wudhuk menghiasai diri
hingga mataku tak puas merenungi
Wanita yang aku cintai
terhijab auratnya dari mata ajnabi
maruah dirinya dijaga rapi
mulia & terpelihara di mata sesiapa
bak mutiara putih ditutup baldu
menjadi pujaan kalbuku
Wanita yang aku impikan
menarik tanganku ketika kealpaan
lantaran tergoda dek harta dunia yang menggiurkan
lalu dibisikkan azimat penuh tulus
“Sayang, kembalilah kita mengingati ar-Rahman”
Wanita yang aku kasihi
cukup dengan apa yang ada
malah bersyukur tiada hentinya
redha pada apa yang tiada
malah memuji Kau yang Maha Kaya
dihiasi dengan sifat sabar pula
kerana dia cintakan hidup sederhana
yang langsung tidak bermatakan benda
Wanita yang aku sanjungi
menjadi bulan kepada bakal zuriatku
menyimbah mereka dengan cahaya
menerangi kegelapan mereka
agar membesarlah semuanya
dalam acuan cahaya berganda sinarnya
untuk menyambung perjuangan Baginda S.A.W.
membawa cahaya buat umat seluruhnya
Sesungguhnya
penyeri yang aku idamkan itu
tak pernah luput dalam doaku
setiap detik & waktu
dia adalah dirimu
penyeri idamanku…






























RSS - Posts