Home > Uncategorized > Langkahku bermula..

Langkahku bermula..

Alhamdulillah..Untuk pertama dan selamanya, segala puji Allah Rabb sekalian alam.Ilah yang menciptakan segala keindahan dunia tanpa menjanjikan apa-apa yang kekal. Hanyasanya Dia yang layak ditaati dan diagungkan sekalian makhluk. Selawat dan salam buat Nabi junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan para sahabat baginda yang telah bertungkus-lumus berjuang untuk menjamin kesinambungan kalimah Lailahaillallah sampai ke generasi kita. HasbiyAllah wa ni’mal wakil..

Dilahirkan pada 7 Mac 1987 hasil perkongsian hidup umi dan walid tercinta. Dua insan teragung dalam hidupku yang tidak ada tolok bandingnya dengan sesiapapun. Biarpun ke dunia lain, biarpun mati hidup kembali, biarpun masa berputar, merekalah tetap ibu dan ayahku. Jazakillah khairan kathira Ya Allah, memberiku peluang melihat duniaMu.

Tunku Sarah binti Tunku Mohd. Jiwa, insan yang melahirkan ku. Sentiasa memastikan diriku berada dalam dodoian syahadat, sentiasa pastikan diriku berada dalam dakapan iman, sentiasa pelihara diriku dari kenikmatan dunia, agar diriku kembali menghadap Yang Esa, sepertimana bersihnya daku saat beliau melahirkanku satu masa dahulu. Umi yang amat disayangi dan dirindui. Umilah penawar hati, penunjuk jalan yang Allah redhai, perawat dan peneman setia tatkala daku sakit suatu ketika dahulu. Ku tahu, dikau sembunyikan kepayahanmu untukku. Hanya Al- Jannah doaku buatmu, ummiku sayang.

umiku.jpg

Azhar bin Zubir, insan kurniaan Allah yang paling bermakna dlaam hidupku sesudah umiku. Selaku wali ku kelak, walid sentiasa mendidikku dengan kalam Allah. Lahirku bukan langsung dipakaikan pakaian iman, namun penamu lah yang telah mencorakku, duhai walidku sayang. Usia 6 bulan aku ditatang seperti minyak yang penuh olehmu, lantaran umi jauh dariku. 1987 lalu, aku bersama walid di penang, melewati hari-hari pertumbuhan tumbesaran ku sementara umi keseorangan di Perak. Walid begitu menjaga keperluan ku saat aku masih manja dalam rengekan anak-anak kecil. Membelikan kuih keria di pagi hari sebelum menghantarku ke rumah pengasuh saban hari, membuat air mataku menitis menyingkap kembali memori bersama

Adikku yang bongsu, aku panggilnya Dolah..pada awalnya seisi keluarga membantah gelaran yang aku berikan namun hingga sekarang melekat nama Dolah padanya. Rindu pada Dolah, dan kali terakhir aku jumpa dia masa umurnya 4 tahun. Masa tu seka sangat dokong Dolah, cium-cium dia, cari gaduh dengan dia. Masa malam nak pack barang dalam beg, masa nak datang sini dua tahun lepas. Dolah tidur dalam beg besar tu, dia tak mau bagi aku pergi. Nak ikut katanya. huhu..sedihnya..Sekarang dia dah 6 tahun dah, pasti dah besar, dah tinggi. Selalu bila telefon rumah, sembang dengan Dolah, rasa dia dah besar dah. Dah matang dah cara bercakapnya. Dah rajin pergi sekolah. Dolah sayang, akak doakan semoga jadi anak umi walid yang soleh, adik yang soleh, hamba Allah yang beriman dan jadi pejuang Deen Allah kelak.

ADIKKU SAYANG..Abdullah IbrahimADIKKU SAYANG..Abdullah Ibrahim

Categories: Uncategorized
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: