Archive

Archive for April, 2008

Aku Budak Kampung

Aku budak kampung – seorang budak yang berasal dari kampung telah ditawarkan ke sebuah sekolah asrama penuh kerana berjaya dalam peperiksaan UPSR dengan cemerlang. Berlaku kisah-kisah lucu dan rendah hati kerana tidak pernah bergaul dengan budak-budak yang berasal dari bandar. Corak kehidupan di asrama yang berbeza dengan rumahnya di kampung.

Aku Anak Kampung

Prolog…

AZMAN seorang pelajar tahun enam di sekolah rendah kebangsaan Kampong Labi. Ayahnya , Pak Cik Baharom merupakan seorang penoreh, ibunya pula suri rumah sepenuh masa. Mak Cik Maimunah menguruskan semua keperluan keluarganya. Azman sangat menyayangi keluarganya. Adik adiknya Azril dan Azilah masing masing di tahun 4 dan 2 sekolah yang sama.

Sekolah Azman terletak sekitar 350 meter dari rumahnya. Setiap pagi mereka akan berjalan kaki adik beradik ke sekolah. Kehidupan mereka di kampong tidak pernah sunyi dari kawan kawan dan permainan. Azman dan adik-adiknya selalu mengulang kaji pelajaran bersama. Sebagai anak kampong kelas tambahan dan juga pengukuhan sukar didapati, tetapi Azman sangat tekun belajar. Semasa sekolahnya menganjurkan motivasi UPSR tahun lepas Azman merebut peluang untuk turut serta.

Dalam diam dia telah menyimpan azam untuk mendapat lima A dalam penilaian UPSR. Sungguhpun kem motivasi itu untuk pelajar tahun enam. Dalam kem motivasi itu Azman memberi tumpuan dengan bersungguh sungguh. Dia mencatat semua tip penting yang disampaikan motivator.

Azman masih ingat kata kata hikmah motivator itu yang berbunyi “Dimana ada kemahuan disana Allah akan tunjukkan jalan.” Dia selalu mengulangnya dengan nada bersemangat di hadapan kawan kawannya. Mereka semua sukakan Azman. Dia seperti ketua mereka. Tambah pula dia agak pintar berkata kata dan menonjol dalam pelajaran.

Azman bercita cita untuk masuk sekolah berasrama penuh. Dia ingin menjadi pelajar aliran sains, baginya dengan mempelajari sains dia akan lebih maju dan berdaya saing. Dia kasihan melihat ayahnya bekerja keras untuk memberi nafkah kepada mereka sekeluarga. Pak Cik Baharom akan keluar menorah dari subuh hari sehingga matahari sepenggalah, balik dalam keadaan comot dengan getah pokok dan juga bau sekerap, walaupun begitu Azman bangga dengan kerajinan ayahnya. Dia cuma simpati kerana jika dilihat dalam drama drama di televisyen orang pulang dari kerja dengan pakaian pejabat turun dari kereta dengan beg pejabat, tetapi ayahnya pulang dengan motor Honda lampu bulat, beruniform baju yang lusuh dan juga sebilah pisau menoreh dan juga batu asah.

Sebelah petang ayahnya akan ambil upah menebas, jika bercuti Azman akan menolong ayahnya menebas, walaupun dia masih kecil tetapi dia menyedari tanggungjawabnya sebagai anak sulung untuk membantu keluarga. Namun bekerja menebas semak, bukanlah pekerjaan setiap hari. Jadi pendapatan sampingan ini sekadar menampung keperluan kecil keluarga mereka. Azman selalu menyebut-nyebut kerajinan ayahnya pada kedua adik adiknya supaya mereka menghargai keingat ayah. Dia dan adik adiknya diajar agar bersyukur dan berjimat- cermat.

Ibunya tidak membiasakan mereka adik beradik dengan wang belanja, namun bekalan makanan untuk waktu rehat selalu disediakan.

Cikgu Karim merupakan pendorong yang kuat bagi Azman menanam cinta kepada ilmu. Beliau merupakan seorang guru yang berdedikasi. Cikgu Karim ialah guru kelas bagi Azman. Beliau sering membaja semangat belajar kepada pelajar-pelajarnya.

“ Cikgu yakin kamu yang ada dalam kelas cikgu hari ini merupakan pemimpin masa hadapan. Oleh itu, cikgu mahu kamu semua banyak membaca, cintakan ilmu dan luaskan pengalaman hidup. Kerana tugasan kamu esok akan lebih mudah dengan bekal ilmu yang cukup.” Inilah ucapan yang sering Cikgu Karim ulang di dalam ucapannya sebelum atau di akhir sesi penajarannya.

Azman sangat menghormati guru-gurunya, ini merupakan pesan ibunya yang disemat setiap hari. Mak Cik Maimunah selalu mengingatkan Azman “sepatahpun ilmu yang kita dapat dari seseorang mereka adalah guru kita. Guru berhak dihormati dan disayangi. Mereka hampir menyamai ayah dan ibu.” Begitulah juga keyakinan pada diri Azman. Bagi Azman kata kata ibunya adalah sebuah pedoman hidup.

Bab 1

“Azman, kamu nak main bola tak petang nanti?” Saiful bertanya.

“Boleh juga, lagipun hari ini saya dah siapkan kerja sekolah masa rehat tadi.” Azman bersetuju.

“Kalau macam tu, kamu ajak Azril saya ajak Luqman dan Syamil. Kita main di padang sebelah balai raya.” Saiful mencadangkan.

“Pukul berapa?” Azman agak peka dengan masa.

“Pukul 5 petang boleh?” Saiful memberi cadangan.

“Ok, jumpa lagi petang nanti.” Azman dan Saiful bersalaman.

Di rumah Azman memberitahu Azril supaya menyiapkan kerja sekolah selepas makan tengah hari, supaya tidak keletihan malam nanti. Selepas solat Asar mereka berkumpul di padang seperti yang dijanjikan.

Kawan – kawan, kita berhenti dulu. Saya penatlah.” Kata Luqman

Luqman yang sedikit gempal itu temengah-mengah sambil tunduk memegang perutnya yang gendut.

“Oklah lagipun dah sejam dah ni.” Azman menyokong.

” Apalah kamu ni Luqman, cepat sangat habis bateri. Lain kali gunalah Duracell macam saya.” Syamil memang suka bergurau.

Mereka semua ketawa dengan kata-kata Syamil itu. Mereka berteduh di bawah pohon kuini, menghela penat dan meneguk air yang dibawa dari rumah.

“Malam ni pergi mengaji tak?” Tanya Azril.

Eh, mestilah pergi. Bukankah itu amalan mulia?” Kata Syamil sambil tersengeh.

”Ish Abang Syamil ni, orang betul betul dia bergurau pula.” Azril merungut.

“Kenapa? Azril tak pergi ka?” Azman memberikan airnya pada Luqman.

Luqman sudah menghabiskan bekalnya. Azman sudah faham benar akan sahabatnya itu, pasti tidak cukup dengan bekalan air yang dibawa, manakala dia pula selalu sahaja tidak menghabiskan bekalnya. Bukan di padang sahaja. Malahan masa rehat juga mereka makan bersama sama.

“Azril Tanya je.” Jawabnya ringkas.

“Kita tak boleh ponteng ponteng mengaji Al Quran, kalau kita ponteng susah kita nak lancar.” Azman menasihati kawan kawannya.

“Betul tu Azman, Ayah saya kata Al Quran ni pelita hidup, kalau kita tak boleh baca Quran rugi hidup kita.” Saiful yang dari tadi tidak bersuara kini mencelah.

“Pelita hidup tu album kumpulan Hijaz la.” Syamil pula bersuara.

“Apalah abang Syamil ni, kelakarlaa.” Azril ketawa.

“Syamil ni memang suka sangat loyar buruk.” Saiful tidak puas hati diketawakan.

“Tapi, betul kata ayah kamu tu Saiful. Mak sayapun kalau kami tak dapat ke surau dia akan mengajar sendiri di rumah, kalau hujan ke, demam ke.” Kata Azman.

“Tapi kalau demam kuat dapat cuti.” Azril menyampuk.

“Adik kamu ni, asyik nak cuti aje.” Sampuk Luqman pula.

Mereka sekali lagi ketawa, begitulah mereka berlima. Kalau di kampung mereka di gelar lima sekawan, malahan Pak Abu guru silat mereka yang menggelarkan mereka begitu. Di sekolah mereka belajar di kelas berasingan. Cuma Luqman dan Saiful sahaja sekelas.

Pak Abu menggelarkan Azman sebagai Tuah, Saiful sebagai Jebat, Syamil sebagai Kasturi, Luqman sebagai Lekir, dan Azril sebagai Lekiu. Pak Abu sangat terpengaruh dengan alam persilatan. Gaya bahasanya juga seperti hulubalang melaka dahulu kala. Setiap malam Jumaat mereka akan berlatih silat dengan Pak Abu dan anak muda lain dari kampung yang sama. Pada musim kenduri mereka akan diberi peluang membuat persembahan silat di hadapan pengantin.

Pernah suatu majlis mereka menerima jemputan khas dari Majlis Daerah Kuala Nerang untuk mempersembahkan silat dalam majlis perasmian Pameran Kebudayaan Kedah. Mereka antara yang terpilih antara tiga kumpulan silat yang ada di daerah itu. Mereka mempelajari silat bukan sekadar untuk mempertahankan diri, bahkan juga untuk mengukuhkan jati diri melayu. Inilah nasihat Pak Abu kepada mereka. Azman pantas dalam gerak langkahnya walaupun dia kelihatan pendiam dan agak perlahan.

Ini berbeza dengan adiknya Azril yang banyak mulut dan juga petah berkata-kata. Hampir semua peristiwa di sekolah diketahuinya. Dia selalu digelar peguam oleh ibu mereka.

Azman dan Azril begitu akrab sehinggakan apa yang Azman lakukan Azril akan menyertainya. Kadangkala hal ini memeningkan ibubapa mereka. Manakan tidak Azril sentiasa sahaja mengekori abangnya, sedangkan Azman bercita-cita untuk berpindah ke asrama. Pernah suatu hari ketika Azril bermurung seharian, apabila disoal siasat barulah ibu bapanya sedar Azman telah menceritakan hasratnya untuk menetap di asrama tahun hadapan kepada adik kesayangannya.

Walaupun begitu ibu bapa Azman bersyukur kerana mereka akrab adik beradik tidak bergaduh dan tidak pula saling membenci. Cuma Azril perlu difahamkan tentang kebaikan abangnya menetap di asrama.

Azman kadang-kadang lebih suka berkongsi cerita dengan Azril berbanding ibubapanya, namun Azril bijak untuk menyampaikan cerita abangnya kepada orang tua mereka. Ini menjadikan hubungan keluarga mereka saling memerlukan dan akrab. Azril menghormati abangnya walaupun umur mereka hanya berbeza 2 tahun.

Suasana harmonis ini menimbulkan sikap manja bagi puteri bongsu Pak Cik Baharom. Azman selalu sahaja mengusik adik bongsunya itu dengan gelaran anak manja. Walaupun Azilah mencebik bila diusik namun dia seperti senang dengan gelaran itu.

Beginilah suasana keluarga Pak Cik Baharom yang tidak pernah sunyi dari keletah anak anaknya. Walaupun kehidupan mereka sederhana namun bahagia.

Bab 2

BULAN Jun merupakan bulan gerak gempur peringkat sekolah, sebelum percubaan peringkat negeri Kedah yang bakal dihadapi pada awal bulan Ogos. Azril dan rakan rakannya kini sangat sibuk dalam mengulangkaji pelajaran yang lepas dan menghabiskan silibus yang telah ditetapkan.

Gelanggang silatnya kini telah diganti dengan latih tubi bersama sahabat-sahabat seperguruan. Pak Abu merestui penangguhan gelanggang, kerana menurutnya ilmu akademik juga seni mempertahankan diri dan maruah bangsa.

Azril kini mula memberi ruang kepada Azman untuk bersama buku lebih banyak dari bersamanya. Ini setelah dia mengadu kepada Mak Cik Maimunah bahawa dia berasa bosan berlatih silat dan bermain tanpa Azman.

“Mak, Angahl boringla Abang Man asyik mengadap buku ja.” Rungut Azril setelah seminggu Azman menekuni persediaan UPSR.

“Angah, angah pernah dengar tak cerita sahabat Nabi dalam perang Yarmuk?” Soal Mak Cik Maimunah pada Azril.

“Perang Yarmuk tu, di Jordan kan?” teka Azril.

“Pandaipun, pada akhir perang Yarmuk ada satu kisah sangat masyhur.”

“kisah apa mak?” Azril teruja dengan cerita ibunya.

“Sabarlah, mak nak cerita la ni.” Mak Cik Maimunah memandang wajah anak kesayangannya itu dengan rasa kasih.

“Pada akhir perang Yarmuk, ramai sahabat Nabi yang tercedera, lalu seorang sahabat ditugaskan membawa air minum dan melihat kalau kalau ada tentera muslimin perlukan rawatan.”

Azril mengemaskan sila sambil memberi perhatian sepenuhnya. Mak Cik Maimunah menelan liur bagi melegakan tekak.

“sampai satu tempat ada tiga orang sahabat terdampar berhampiran. Dia mendekati sahabat pertama lalu sahabat itu meminta air, baru dia ingin menghulurkan terdengar ada sahabat lagi satu juga meminta air, lalu sahabat ini menyuruh pembawa air supaya mengutamakan sahabatnya yang kedua. Apabila sampai kepada yang kedua terdengar ada sahabat lain pula yang meminta air. Seperti sahabat pertama tadi sahabat yang kedua menyuruh pembawa air pergi kepada sahabat ketiga. Belum sempat sahabat ketiga minum air terdengar sahabat yang pertama pula meminta air maka sahabat ketiga menyuruh pembawa air memberi minum sahabat pertama. Sampai sahaja ke sahabat pertama didapati beliau sudah syahid, kemudian sahabat kedua juga syahid, seterusnya sahabat ketiga.” Cerita Mak Cik Maimunah dengan nada yang sayu.

“Apa kaitan cerita ini dengan Azril, mak?” Azril sudah terbiasa mengambil pengajaran dari sirah Nabi dan para sahabat baginda.

“Pengajarannya angah perlulah bekorban untuk kebaikan abang, macam sahabat sahabat tadi mengutamakan saudara mereka dari diri mereka.” Jelas ibunya.

“Lagipun Abang bukannya sengaja tak mahu bermain dengan angah, abang Cuma sibuk dengan pelajaran sebulan dua ni. Nanti bila dah habis periksa kembalilah macam biasa.” Tambah MakCik Maimunah lagi.

“Angah tahu, angah tak boleh memntingkan diri. Cuma angah bosanlah main sorang sorang. Kawan –kawan abang Man pon sama juga.” Azril cuba menjelaskan keadaannya.

“Sebab itulah angah perlu bersabar, hidup kita bukan macam matahari, setiap hari terbit dari timur terbenam di barat. Hidup kita sekejap gembira sekejap sedih, kadang-kadang susah kadang-kadang senang.” MakCik Maimunah mengusap ngusap kepala Azril.

“Erm kira hidup kita ni macam sambal belacan la,” kesimpulan Azril setelah mendengar falsafah kehidupan dari ibunya.

“Hai, macam mana pula makna falsafah anak mak ni.” Mak Cik Maimunah mengerutkan muka menunjukkan dia sedang berfikir.

“ Yalah, dalam sambal belacan kan ada rasa masin, manis, pedas dan paling penting ada bau belacan.” Azril menerangkan sekali dengan gayanya seolah-olah seorang ahli falsafah.

“Oo… Baru mak faham kiranya ragam hidup ni macam rasa sambal belacan la.” Mak Cik Maimunah sudah mampu mengembalikan keriangan di wajah Azril. Mendung yang melanda muka anaknya dihalau dengan rasa pengorbanan.

“Mak Abang Man akan jadi orang yang paling pandai sekali dalam kampung kita kan?” Azril sudah mula membayangkan masa depan abangnya yang bakal menerangi keluarga mereka.

“Ha, mulalah tu nak berangan.”Azril Cuma tersengeh dengan serkap jarang ibunya itu.

“Bukan berangan la Puan Maimunah, inilah cita-cita.” Azril mengulangi kata-kata Ustaz Radhi ketika dia dibela Ustaz tersebut di dalam bilik guru, semasa ibunya mengambil buku rekod Azril.

Mereka melerai tawa anak-beranak. Kebahagian sebegini akan menjadi nostalgia indah pada hari-hari duka.

Azilah muncul dengan beg sekolahnya tahun lepas, pipinya yang agak temban kelihatan gebu disalut bedak nipis.

“Amboi, Cikgu Zilah pulang dari mana ni?” Azril menegur adiknya.

“Saya ni baru balik pejabat, banyak sangat kerja hari ini.” Jawab Azilah selamba.

“Ait! Dah tukar kerja ka cikgu?” Soal Azril melayani adik bongsunya itu.

“Bukan tukar kerja la, ini kerja part time .”

“Owh rajinnya, untunglah suami cikgu kan? Tak payah nak kerja lagi dah.” Azril mengasak adiknya.

“Mana orang kahwin lagi. Orang baru darjah dua.” Rungut Azilah.

Kali ini Azril tidak menahan tawa, begitu juga Mak Cik Maimunah. Azilah memang tidak gemar diusik sebagai isteri orang atau sudah berkahwin. Si cilik ini sangat gemarkan buku buku. Dia boleh sahaja menghabiskan masa sepagi bermain dengan buku bukunya.

“Angah, kenapa angah dah tak kawan dengan along?” soalan itu mengejutkan Azril dan ibunya.

“Eh! Apa pula tak kawan kita kan adik beradik?” Azril menafikan.

“Aah betul tu. Adik beadik ni macam air, dicincang takkan putus.” Mak Cik Maimunah menambah.

“Kenapa pula nak cincang air, mak?” Azilah menggaru garu kepalanya yang berlitup kemas itu.

“Eh itu peribahasalah zilah. Saudara umpama air, walau macammana sekalipun tetap bersama. Apatah lagi kita orang Islam, Al-Quran mengajar kita perpaduan dan keakraban.” Terang Mak Cik Maimunah lagi.

“saya ni bagi masa untuk Along buat yang terbaik bagi peperiksaannya nanti. Macam Ahli Yarmouk.” Azril menjelaskan pada adiknya.

“zilah nak dengar cerita tentang ahli Yarmouk?” Azril mengaju selera adiknya.

“Eh, mestilah nak. Angah nak cerita ka?” Azilah sangat teruja.

Bab 3

“Assalamualaikum murid-murid.” Cikgu Karim melangkah masuk ke Kelas 6 Anggerik

“Waalaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh.” Jawab pelajar kelas itu serentak.

“Duduk.” Khali sejenak.

“Sekarang tinggal lagi 10 hari sahaja lagi untuk kamu berusaha bersungguh-sungguh memperbaiki kelemahan kamu, kamu semua sepatutnya sudah mengetahui di mana kekuatan dan kelemahan kamu. Apabila kami faham kemampuan kamu maka kamu semua akan dapat bekeja dalam kumpulan. Siapa yang faham perlu bantu rakan yang kurang faham. Barulah kejayaan kamu adalah kejayaan mutlak.” Cikgu Karim sudah lama menamatkan silibusnya, dia hanya masuk ke kelas untuk memantau persediaan pelajarnya bagi menyiapkan diri dalam menghadapi peperiksaan terbesar peringkat sekolah rendah.

“Cikgu kami sudah sediakan 5 kumpulan perbincangan.” Azman bangun memberitahu.

“Bagus sekali. Dalam apa jua bidang kamu perlu berkumpulan. Saidina Umar pernah berkata: Tiada Islam melainkan berkumpulan, yang bermaksud. Orang Islam itu sentiasa duduk dalam berkumpulan.” Cikgu Karim sangat dikagumi oleh pelajarnya kerana walaupun matapelajaran yang diajarnya adalah Matematik dan Sains tetapi dia seringkali menyentuh berkenaan kesedaran Islam.

“Cikgu,” Saiful meminta keizinan bersuara. Cikgu Karim memberi laluan.

“Nak UPSR ni saya rasa macam gabra semacam la, cikgu boleh tak bagi jalan penyelesaian?” Saiful membuat sebahagian dari rakan-rakannya mengangguk.

Perhatian beralih ke arah cikgu Karim. “oh, itu masalah biasa. Bahkan rasulullah juga berasa resah dalam saat-saat getir seperti peperangan. Pada perang Badar Rasulullah sangat bimbang sehingga baginda tidak sedar selendangnya jatuh ke tanah akibat terlalu khusyuk berdoa memohon pertolongan Allah, Abu Bakar Assiddiq mendamaikan baginda dengan berkata: Allah pasti akan menolong rasulNya.” Cerita itu sedikit sebanyak mendamaikan jiwa Saiful.

“Tapi pasti ada cara menyelesaikannya, cikgu.” Soal peajar lain yang masih belum berpuas hati.

“ Itu sudah semestinya. Gemuruh ini merupakan tindak balas dalaman dari rasa tidak bersedia atau kurang keyakinan. Sesetengah pakar psikologi mengibaratkan rasa takut ini satu kuasa yang hebat, dengan perasaan takut seseorang akan bertindak lebih agresif. Tapi kuasa ini hanya lahir jika orang yang takut tadi tidak berputus asa. Mereka berusaha lebih gigih.” Semua pelajar rasa tertegun dengan kenyataan yang baru mereka dengar itu.

“Pernah tidak kamu dikejar anjing?” tanpa menunggu jawapan Cikgu Karim meneruskan ceritanya. “pada faktanya anjing lebih laju dari manusia, tetapi dalam keadaan takut manusia berjaya melarikan diri dari anjing. Ini menunjukkan rasa takut itu satu kuasa pendorong yang tinggi.

Kelas enam anggerik seolah olah sepakat mengangguk tanda menyetujui penerangan cikgu Karim.

“Jadi kamu janganlah bimbang, jika berasa takut atau gementar, yang penting kamu terus berusaha dan belajar sehingga sampai ke hari peperiksaan.” Cikgu Karim menekan kata-katanya.

“Ayah saya kata kita perlu berusaha dan bertawakkal, barulah kita akan redha dengan segala apa yang bakal Allah kurniakan kepada kita.” Azman menambah.

“Betul tu, Kita kena sentiasa mendekatkan diri kepada Allah terutama masa kita dalam kesusahan. Semasa peperangan Ain Jalut, iaitu peperangan menakluk semula Baitul Maqdis panglima Salahuddin Al Ayyubi memeriksa pejuang pejuangnya di waktu malam, sesiapa yang didapati tidak bangun bertahajud mereka tidak dibenarkan ikut berperang. Di sini kita dapat simpulkan bahawa hubungan dengan Allah sangat utama untuk mencapai sebuah kejayaan.” Cikgu Karim becakap sambil merenung ke dalam mata anak-anak muridnya.

Petang itu Azman dan kumpulan belajarnya berpakat untuk merahatkan diri dan mengambil semangat baru. Mereka bercadang untuk mengadakan qiyamullail di rumah masing-masing. Azman selaku katua kumpulan mencadangkan qiyamullail ini di jalankan di rumah masing-masing bagi mewujudkan suasana seperti dalam cerita peperangan Ain Jalut.

“Kita perlu meraih semangat Salahuddin Al Ayyubi. Kita akan mempersiapkan diri dari semua aspek. Malam ini kita bangun di rumah kita masing-masing seperti tentera Salahuddin bangun di kemah mereka.” Azman mencetuskan ideanya itu dengan nada bersungguh sungguh.

“Kita jadikan setiap Khamis malam Jumaat sebagai malam khas untuk kita dengan Allah. Dari hari ini sehingga habis UPSR.” Cadang Saiful.

“Bagus tu. Saya setuju sangat.” Tambah Luqman bersemangat.

“Saya boleh ajak Azril bangun sekali, dia mesti suka.” Azman teringatkan adiknya.

“Ajaklah Azilah sekali.” Syamil berjenaka.

Mereka menghambur tawa apabila membayangkan Azilah yang selalu merengek nak bangun pagi. Azilah memang terkenal dengan masalah bangun pagi.

Tepat jam 4 pagi Azman tersedar, tatkala jam locengnya berdering nyaring. Azman mengibas kemalasannya dengan mengeliat perlahan. Selimut yang dijahit neneknya diselak sambil menjulurkan kaki ke bawah katil. Azril bergerak ke kiri dan kanan. Dia merekot sambil menarik kain kebarnya sehingga melitupi kepala. Azman hanya tersenyum melihat gelagat Azril. Senyum kusam dari wajahnya menampakkan rasa sayangnya kepada Azril.

Azman melangkah perlahan ke bilik air. Air yang dipam dari telaga memang sangat dingin pada waktu begini, dengan langkah yang sedikit menggigil Azman mendekati kolah air bagi tujuan berwudhuk. Di dapati gayung sudah basah. Mungkin ayah atau ibunya baru masuk ke bilik air. Kalau Azril dengan Azilah mereka pasti akan membangunkan dia dahulu. Kedua-dua adiknya takut nak ke bilik air dalam malam gelap.

Semasa melintas bilik ibubapanya Azman terdengar suara ayahnya sayup sayup merintih memohon doa. Dia memasang telinga. Berbunga hatinya sebagai anak apabila mendengar ada doa khusus untuk dirinya menempuh peperiksaan.

“Tinggi harapan ayah untukku.” Bisik hati kecilnya. Keazamannya untuk berjaya semakin meninggi.

Azman membentang sejadah dan mendirikan solat tahajjud dengan suasana suram. Bacaan bacaan cuba dihayatinya sekadar yang pernah dipelajari dari datuknya.

“Azman kena tahu, orang Islam mesti faham Quran. Orang Islam yang tak faham Quran tak kuat keislamannya. Jati diri Orang Islam diukur melalui hubungan dia dengan Al Quran.” Tok Majid sangat memberatkan kemahiran membaca Al Quran pada anak-anak kampung sebaya Azman dan adik-adiknya.

Selesai solat Azman ke ruang tamu untuk membaca Al Quran. Setiap kali sebelum belajar Azman akan membaca Al Quran sekurang-kurangnya satu muka. Dia mengamalkan begitu sejak Ustaz Radhi menceritakan cara dia belajar di Universiti Al Azhar dahulu.

“Abang Man tengah buat apa kat ruang tamu ni?” Azilah tampil dengan bantal busuknya.

“Eh awalnya zilah bangun?” Azman sedikit terperanjat.

“Zilah nak ke tandas, Abang Man temankan ye?” Azilah menenyeh nenyeh matanya yang masih bakup.

Azman bangun memimpin adiknya. Dia memasang lampu dan menanti di tepi tandas. Bantal busuk adiknya dihidunya tidak semena mena dia bersin. Sungguh hebat aroma bantal Azilah.

“Zilah, teruk betul bau bantal Zilah ni, nak pitam abang hidu.” Usik Azman

“Abang tuh yang belum basuh muka, sebab tulah abang tak tahu mana yang wangi mana yang busuk.” Azilah menggeleng gelengkan kepalanya.

Azman tersenyum melihat telatah adiknya membela bantal busuk kesayangan.

“Dah, jom abang hantar masuk bilik.” Azman mendukung adik bongsunya.

“Zilah nak teman Abang Man, boleh tak?” Azilah memang manja dengan abang-abangnya, lebih lebih lagi kalau dengan Azman.

“Ok, Zilah boleh teman abang tapi dengan satu syarat, Zilah jangan tidur sampai subuh nanti. Ok?” Zilah mengangguk tanda bersetuju. Azman mencuit hidungnya.

Azman membacakan terjemahan Al Quran untuk Azilah turut mendengar. Kebetulan Surah yang di baca Azman pagi itu Surah Yusuf. Azilah jadi semakin tertarik dengan ayat-ayat Allah yang berunsur cerita kisah Nabi Yusuf dan saudara tiri baginda. Dalam keasyikan itu Azilah menguap beberapakali tampak dia cuba menahan kantuk bagi mendengar kesudahan cerita yang dipaparkan Al Quran.

-senior matri-

Advertisements
Categories: karya-karya

Ingatlah segalanya dari Allah

dari : MNA

” Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar). Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu…”

semoga aku menjadi hambaNya yang sentiasa redha dan sabar dengan ketetapannya. Sentiasa menyerah dan yakin pada ketetapanNya. Sentiasa bersimpuh di bawah naunganNya. Sentiasa percaya dan menyandarkan segala harapan impian hanya pada Nya…

Categories: Uncategorized

Bila Ibu Boleh Memilih

April 28, 2008 1 comment

Anakku,… Bila ibu boleh memilih Apakah ibu berbadan langsing atau berbadan besar karena mengandungmu Maka ibu akan memilih mengandungmu… Karena dalam mengandungmu ibu merasakan keajaiban dan kebesaran Allah

Sembilan bulan nak,… engkau hidup di perut ibu
Engkau ikut kemanapun ibu pergi
Engkau ikut merasakan ketika jantung ibu berdetak karena kebahagiaan
Engkau menendang rahim ibu ketika engkau merasa tidak nyaman, karena ibu kecewa dan berurai air mata

Anakku,…
Bila ibu boleh memilih apakah ibu harus operasi caesar, atau ibu harus berjuang melahirkanmu
Maka ibu memilih berjuang melahirkanmu
Karena menunggu dari jam ke jam, menit ke menit kelahiranmu
Adalah seperti menunggu antrian memasuki salah satu pintu surga
Karena kedahsyatan perjuanganmu untuk mencari jalan ke luar ke dunia sangat ibu rasakan
Dan saat itulah kebesaran Allah menyelimuti kita berdua
Malaikat tersenyum diantara peluh dan erangan rasa sakit,
Yang tak pernah bisa ibu ceritakan kepada siapapun

Dan ketika engkau hadir, tangismu memecah dunia
Saat itulah… saat paling membahagiakan
Segala sakit dan derita sirna melihat dirimu yang merah,
Mendengarkan ayahmu mengumandangkan adzan,
Kalimat syahadat kebesaran Allah dan penetapan hati tentang junjungan kita Rasulullah di telinga mungilmu

Anakku,…
Bila ibu boleh memilih apakah ibu berdada indah, atau harus bangun tengah malam untuk menyusuimu,
Maka ibu memilih menyusuimu,
Karena dengan menyusuimu ibu telah membekali hidupmu dengan tetesan-tetesan dan tegukan tegukan yang sangat berharga
Merasakan kehangatan bibir dan badanmu didada ibu dalam kantuk ibu,
Adalah sebuah rasa luar biasa yang orang lain tidak bisa rasakan

Anakku,…
Bila ibu boleh memilih duduk berlama-lama di ruang rapat
Atau duduk di lantai menemanimu menempelkan puzzle
Maka ibu memilih bermain puzzle denganmu

Tetapi anakku…
Hidup memang pilihan…
Jika dengan pilihan ibu, engkau merasa sepi dan merana
Maka maafkanlah nak…
Maafkan ibu…
Maafkan ibu…
Percayalah nak, ibu sedang menyempurnakan puzzle kehidupan kita,
Agar tidak ada satu kepingpun bagian puzzle kehidupan kita yang hilang
Percayalah nak…
Sepi dan ranamu adalah sebagian duka ibu
Percayalah nak…
Engkau adalah selalu menjadi belahan nyawa ibu…

Categories: Uncategorized

Pesanan Muhandis ke-4 Briged AlQassam..

”WAHAI SAUDARAKU, JADILAH KAMU ORANG YANG HEBAT KERANA ISLAM ITU HEBAT..HANYA ORANG-ORANG YANG HEBAT SAHAJA YANG DAPAT MEMPERJUANGKANNYA…”

-kata-kata dari Muhannad AtTahir, Muhandis ke-4 Briged AlQassam. Beliau telah menemui syahidnya pada 6 tahun yang lalu di usia setahun dua dekad…-

Categories: Uncategorized

catatan harian 4 hariku sepanjang perintah ‘berkurung’

April 25, 2008 2 comments

sekadar coretan kalam bisu dari hepar seorang anak yang begitu merindui orang tuanya..serta kampung halamannya…

4 hari ‘berkurung’ dalam kamar memang menyeronokkan..sape tak suka..me’lepak’ di bilik sendirian, tidak menjengah dunia dikala sang suria memancar bahang..panas disini benar-benar menghambat diriku dari tadabbur alam seperti sebelum-sebelum ini..

semalam aku dengan bahagianya mengatur jadual diri mengadakan ‘amal jamai’e di A306..bersihkan kamar dan segala yang sama waktu dengannya..tengah-tengah cuci kulkas, Allah izin es yang berat dan menebal gara-gara sebulan aku tak defrost peti, jatuh ke bawah..masyaAllah…!! dengar bunyi benda pecah..bi Iznillah..aku tak sangka pulak ade lapisan terbawah tu adala kaca..apa lagi..pecala ia..huhu..teringat aku pada janji Allah..” kullu nafsin dzaiqatul maut’..

penat berperang dengan ais-ais yang mula mengganas setelah sebulan mengabaikannya…padan muka dengan diri aku sendiri..sape suruh tak lebih kerap bersihkan kulkas..tengah bersihkan tu, telefon sembang dengan insan tersayang, dunia dan akhirat, penawar jantung hatiku, ummku sayang..bagitahu ummi, penat ‘akak’ dok cuci peti es..ummi sambut kata-kata tidak semangatku itu dengan nada bersahaja..”tu la salah satu keje ummi selama 25 tahun ni”..barula aku tersedar..betapa ummiku banyak bekerja dan bersusah-payah dalam mendewasakan aku dan adik-adik..

wajarlah syurgaku di bawah telapak kakinya..

masa kemas dan bersihkan dapur, gelas pulak pecah..Astaghfirulah al azim..aku ni buat keje mengemas ke merosakkan bilik..huhu..habis satu benda pecah, benda lain pula mengiuti jejak akhir nafasnya…ini semua tidak asing dari kerana kelalaian aku..

petang tadi, sempat aku jamah mata dan mindaku dengan filem kesukaan aku, cinderella versi kartun..nikmatnya dapat menonton..tiba-tiba, aku dapat panggilan kecemasan dari seseorang yang memerlukan khidmat bantuan aku saat itu..dengan pasrah, aku mengatur langkah menelusuri mentari siang yang sudah 4 hari aku tidak melihatnya..

kini, aku sedar, sisa masa liburku sudah ke  penghujungnya..isnin ini, aku akan memulakan sistem baru dalam pelajaran medik ku..segalanya aku serahkan kepada yang berhak atas diriku, Ilahi..aku berdoa semoga hidayah dan kasih- sayangnya sentiasa dititipkan buatku, hambaNya yang penuh noda hitam dihati..Ameen..

 

 

 

Categories: Uncategorized

Hadiah Hari Lahirku

Mengharungi samudera kehidupan, Kita ibarat para pengembara,

Hidup ini adalah perjuangan, Tiada masa utk berpangku tangan,

Setiap tetes peluh dan darah, Tak akan sirna ditelan masa,

Segores luka dijalan Allah,Kan menjadi saksi pengorbanan….

ImageAku bersyukur pada Allah…Tatkala aku meraikan hari ulang tahun ku yang ke 21 pada tanggal lepas sebagai musafir… Di medan perjuangan…

 

“Pernah tengok cerita Love is Cinta? Ingat tak time sang hero cuba hentikan masa ajalnya semata – mata nak luahkan perasaan cinta pada orang yang dia suka?” Perbualan kami menjadi semakin hangat, walaupun tiga dari kami sudah mula diulit mimpi. Aesya yang memandu sekali sekala mencelah, namun pandangannya tidak lepas dari Ankabut yang berada di depan.

“Dan kita semua tahu ajal maut telah tetap untuk kita. Pena telah terangkat dan dakwat telah pun kering.” Rakan disebelahku menambah, “Ajalkan perkara yang pasti, jadi tak perlu takut kepada ajal. Apa yang perlu kita risau adalah macam mana nak jadi baik sehingga ajal datang menjemput.”

Sedang kami asyik bercerita tentang soal rezeki dan ajal.. kami dikejutkan dengan dentuman dan imbasan putih disebelah kanan kami… aku seolah-olah tidak percaya.. dadaku berombak kencang. Hati ku terdetik, “Ya Allah, biarlah sekiranya ia terjadi.. biarlah ia bukan kepada sahabat kami… Janganlah Ankabut.” Kedengarannya seperti mementingkan diri, namun perasaan itu hadir kerana kasihnya aku pada mereka… semua macam perasaan bercampur –baur. Takut, gerun, gelisah, gementar… semuanya…

Aesya berhenti di laluan kecemasan. Aku dan sahabatku, hanya berdua keluar dari Unser kami. Terlalu gelap. Tiada lampu jalan yang menyuluh, tiada kereta lain yang lalu untuk kami tumpang simbahan cahaya mereka. Yang ada cuma cahaya malap telefon bimbit kecil kami. Sahabatku mula berlari, dan aku mengejar. aku berlari kuat… sekuat hatiku… mujur tiada kereta yang meluru laju tika deras langkahku makin hampir di tempat kejadian…

“Ya Allah… ” Ankabutkah itu??? Aku seakan – akan tidak percaya. Ankabut-kereta yang banyak menaburkan budi di medan da’wah ini menjadi begitu sukar untuk ku kenali… Hancur. Itu saja yang dapat aku gambarkan. Ankabut terpelanting keseberang jalan sana, betul – betul berada di lorong laju arah yang bertentangan. Batang besi yang memegang kejap tayar Ankabut selama ini, terkulai layu.

 

Hatiku berdebar saat aku melihat sekujur tubuh terlantar dijalanan… Dalam kegelapan yang memekat itu, mataku cuba mengecam milik siapakah tubuh dan erangan lemah itu…Nasyitah!!!.. Nasyitahkah itu???

Sayup-sayup kedengaran bacaan kaset al-quran daripada kereta itu. Adakah aku bermimpi?? Ya Allah, sedarkanlah aku dari mimpi ini. Biarlah ini hanya mimpi yang panjang. Ini hanya mimpi.. Biarlah sekejap lagi aku terjaga dari mimpi ini.. Kami baru sahaja menghadam tazkirah maghrib dari Kak Nor… Baru sekejap cuma kami mulakan perjalanan dan berpakat untuk berhenti di depan sana. Ya, perhentian kami di depan sana, bukan di sini… Seolah – olah terlayar di depan mataku, dari detik gembira bersama di tepian pantai bertukar menjadi tangisan hiba atas lumuran darah dan kesakitan. Ini bukan mimpi!!

Cepat – cepat aku bergerak ke belakang Ankabut, kulihat kak Afifah mengerang kesakitan… Aku cuba bertenang. Hanya ketenangan dapat memandu aku untuk membantu saudaraku itu. Aku bimbang. Bimbang sekali aku tak mampu menghadapi tragedi ini. Ku lihat wajah kak Afifah menahan kesakitan dengan senyuman. Terlintas dibenakku wajah para syuhada yang kembali kepada Allah bersama secangkir senyuman.

“Ya Allah, jika Engkau mentakdirkan syahid buat mereka.. Sungguh merekalah orang-orang yang beruntung.. Sungguh akan kucemburui diri mereka… tapi Ya Allah.. aku tidak sanggup kehilangan mereka.. tidak ya Allah.. demi da’wah ini…” Hati ku kacau bilau. Hanya doa yang bertasbih di bibir dan hati, tanpa henti. “Ya Allah, hanya Kau lah penyelamat kami.”

Aku terdengar seorang dari kami menghubungi talian 999. Dalam kegelapan malam dan hanya berbekalkan lampu telefon bimbit, aku tak mampu mengecam pemilik suara itu. Suaranya separuh tenang, dan kadang – kadang seperti mahu menjerit. “Ya Allah, berilah kami ketenangan dan kesabaran dalam menghadapi mehnah ini.”

Terasa, lambat benar ambulan menemui kami…

Terasa, udara malam ini pekat sekali…

Terasa, suasana sunyi dan kelam… dalam kami kelibut mencari…

Terasa, seolah – olah masa terhenti…

Terasa, Dia sedang memerhati…

Terasa…. benar – benar merasai…

Yang kami ini, cuma pelakon di pentas dunia….

 

Setelah hampir 15 minit kekalutan dalam gelap, terpancarlah cahaya dari lampu kereta pengguna lebuhraya lain. Ramai mula berkumpul dan membantu. Dan sungguh – sungguh aku memohon pada-Nya agar tiada jiwa yang hilang. Biarlah harta dunia pergi asalkan mereka selamat. Sungguh – sungguh juga aku berharap agar kami tidak diuji dengan perkara yang tidak mampu untuk kami hadapi… aku tak mahu kehilangan sahabat – sahabatku…

Setelah ada yang menenangkan kak Afifah, aku bertanya siapa lagi yang cedera.

“Nasyitah kak…Nasyitah…”

“Nasyitah?” mindaku cuba menggambarkan wajah Nasyitah… “yang mana satu? Siapa??” Aku membilang wajah – wajah sahabat Brunei yang kebanyakannya baru aku kenali semenjak 3 hari lepas…

“AllahuAkbar.. Tidak!!!.. Nasyitah yang aku sering ku usik itu?Tidak!!!…Nasyitah yang kutujukan cerita hujan hidayah itu? Allahuakbar” mahu sahaja aku terduduk saat itu. Aku mencarinya dikesesakan orang ramai..

“Kenapa tadi aku tidak perasaan Nasyitah sedang mengharungi waktu-waktu sukar???” Pertanyaanku kali ini hanya terhenti di situ. Dalam payah aku cuba juga untuk mendidik diri agar tidak mempersoalkan apa telah yang berlaku.

Terlihat Nasyitah didampingi sahabatku. Aku menghampiri mereka. “Nasyitah, ingat Allah Nasyitah… You are very strong dear.. you are so strong… sabar Nasyitah.. Allah ya Allah” lancar sahaja tutur bicaraku untuk menguatkan semangat Nasyitah. Kedengaran, suara – suara sahabatku yang lain bertasbih kepada Allah, memohon hanya kepada Allah. Sahabatku memangku kepala Nasyitah dan membisikkan semangat. “Nasyitah, hanya Allah sahaja yang dapat bantu kita. Hanya Dia yang dapat dengar kita. Minta Dia Nasyitah. Mintalah. Panggilah Allah.” Jelas sekali dihadapanku Nasyitah menyebut kalimat Allah, mengadu kesakitan yang dilaluinya.

“Ya Allah, kepala dia berdarah.” Suara sahabat yang memangku kepala Nasyitah separuh menjerit. Panik menerpaku seketika. Aku hanya mampu melihat apa yang berlaku. Mata Nasyitah sejak dari tadi tidak lepas – lepas memandang langit. Dia mengangkat tangan kanannya, dengan jari syahadah, menunjuk ke langit. Tiada apa yang mampu kami lakukan kecuali memanjatkan doa tanpa henti.

Orang awam yang berhenti memang benar – benar membantu. Ada yang datang dengan peti kecemasan, mencurahkan ubat luka pada bahagian kepala Nasyitah yang cedera. Ada yang menjaga lalulintas, ada yang menawarkan kereta mereka untuk menghantar sahabat – sahabatku ke hospital, malah ada yang tolong mengutip barang – barang yang bertaburan waima sepuluh sen cuma. Ramai juga dikalangan mereka yang berpesan kepada kami untuk berhati – hati dengan barangan.

Tiba – tiba, Nasyitah berhenti bernafas. Sahabatku meletakkan jari ke hidung Nasyitah. Kemudian, dia menekup telinganya ke dada Nasyitah yang tiada naik turun lagi. Pergelangan tangan Nasyitah disentuh dan dia bercakap dengan diri sendiri, perlahan tapi cukup untuk ditangkap oleh pendengaranku. “Dia perlu oksigen.” Aku lihat dia merapatkan mulutnya ke mulut Nasyitah, dan menghembuskan udara. Kemudian dia menekan – nekan dada Nasyitah. Berulang – ulang, hingga kemudian kami kembali mendengar erangan Nasyitah. “Alhamdulillah. Allahhu Akbar!! Nasyitah, jangan tidur. Fateha, cakap dengan dia, jangan bagi dia tidur.” Kami bergilir – gilir memanggil namanya, cuba bercakap dengannya. Keadaan itu dirasakan cukup getir. Tidak mungkin dapat digambarkan dengan kata – kata.

Alhamdulillah, ambulan mula tiba. Yang cedera parah, diangkat ke ambulan dan selebihnya menaiki kereta peronda ke hospital berdekatan. Sesungguhnya, Allah sahajalah sebaik-baik pelindung. Allah sahajalah sebaik-baik penolong

“Ya Allah, bantulah kami… tabahkan hati-hati kami… kuatkan lah mereka.. Kasihilah mereka… berilah kesabaran dan ketabahan buat mereka, sepertimana Engkau memberi kesabaran buat para RasulMu” doaku sambil mendongak kelangit, mengingatkan aku pada kisah Rasulullah saat mana bermulanya Badar alQubra….

“Ok..langkah yang begini… ambil 7 step, kemudian angkat sedikit hujung kakinya.. yang sana bulih dapat???” Aku tekun mengajar step tarian poco-poco pada sisters dari Brunei yang kelihatan excited mempelajarinya. Berada di tepian Pantai Batu Burok itu, kami bergelak ketawa ceria sambil mengusik antara satu sama lain. Baru sekarang aku memahami perasaan kasih kerana Allah.

“Kalau susah, kita ambil step ke kanan, kemudian kita kembali pada titik asal… macam kehidupan kita, kita kena selalu ingat untuk kembali pada asal, iaitu pada Allah, pencipta kita..” Walaupun kami menari;seolah ummu mukmin, Aisyah r.a. yg menari bersama muslimat meraikan kegembiraan hati, aku cuba juga untuk menyelitkan tazkirah agar hati – hati kami basah dengan zikrullah dan zikrulmaut… Sejurus selepas sama-sama menarikan rentak poco-poco yang diajarkan oleh uhktiku, Ummu, kami bergegas ke deretan kedai makan yang berdekatan untuk bersarapan.

 

Sebaik sahaja aku melabuhkan punggungku, Kak Pia datang mendekatiku… “Fateha, kita makan makanan semalam sahaja ek.. sisters Malaysia makan yang itu sahaja.. Naziah dah panaskan tadi”

Aku mengangguk setuju. Aku sedar yang kami perlu berhati-hati dalam perbelanjaan. Bukan semua orang yang buat da’wah ini bergaji besar. Tambahan pula student macam kami..hmmm… Tapi aku redha. Sebab da’wah telah mengajar ku untuk tidak bermanja-manja. Kesusahan dan kesukaran adalah tarbiah dalam mempelajari erti sebenar kehidupan. Tanpa teragak-agak, tanganku terus mengambil bekas polisterine yang mengandungi nasi goreng cina. “Kita share je lah Aesya” ujarku pada Aesya, bimbang sahaja aku akan kalah waktu menghabiskan nasi itu. “Biar berjemaah kalau makan pun…hee…” desus hati kecilku.

Saat itu, kelihatan Nasyitah dan Mie bergegas untuk turut mengambil makanan didalam polisterine, sama seperti kami. “Eh, antunna gi order makanan panas, ini untuk akhawat Malaysia…” Salah seorang dari kami melarang mereka kerana tetamu perlu didahulukan, mereka yang datang jauh dari Brunei perlu diberi layanan yang istimewa, takkan nak makan makanan semalam.

Aku melihat dari jauh.. dan aku dapati Mie dan Nasyitah, masing-masing berkeras untuk mengambil makanan itu. “Ah, degil betul mereka itu…bagus jadi da’ie…” Dalam hati kecilku kagum melihat mereka. Ternyata pada mereka kita sama sahaja. Tiada bezanya kami dari Malaysia, dan mereka dari Brunei. Ternyata mereka mahu sama-sama susah dan senang tak kira masa.

Kedua-dua mereka mengambil tempat bersebelahan dengan mejaku. Aku ingin sekali mengajak mereka makan bersama, tapi kecewa kerana mejaku sudah diduduki oleh sisters yang lain. Aku lihat Mie dan Nasyitah, kedua-duanya tekun memakan makanan yang diambil itu.

Tiba-tiba, hujan mula turun renyai-renyai. Lantas aku teringat saat Cik Nah bercerita tentang hidayah Allah yang sama seperti hujan. “Aesya, kamu tahu tak yang hidayah Allah itu umpama hujan?” Kucuba menarik perhatian Aesya, walaupun sebenarnya aku lebih menujukan kata-kataku pada Nasyitah dan Mie. Dan adab dalam bersahabat, walaupun sudah berbuih mulutku bercerita sebelum itu, Aesya tetap mendengar setiap butir bicaraku.

“Hidayah Allah itu umpama hujan… kena pada setiap tempat, penjuru dan ceruk. Allahlah yang mencampakkan hidayah itu.. setiap tempat akan kena pancaran hidayah itu. Dan tadahan bagi hujan hidayah itu adalah hati-hati manusia… terpulang pada kita, samada untuk membuka tadahan hati kita atau menutupnya… dan Aesya, bilamana saat kita bertanya tentang hidayah Allah, itulah permulaan hidayahNya”

Dalam hati, aku berdoa agar sepasang telinga dibelakangku, milik Nasyitah mendengar ceritaku. Dan aku tahu dia mendengar. Curi-curi dengar. Malu pastinya…tapi memang kepada dia aku tujukan cerita itu… kerana dari raut wajahnya, aku tahu dia juga mencari Allah… aku tahu, kami sama – sama dalam pencarian untuk mendamba hidayahNya…

Tiga minggu telah berlalu. Masih terasa hangatnya darah sahabat – sahabat yang mengalir. Masih terasa rindu pada Ankabut, pada pantai Batu Burok yang menyaksikan poco – poco kami, pada Pulau Duyong dan susuk tubuh tua yang setia menanti kami walau kami kelewatan kerana ber‘poco – poco’, pada nasi dagang kegemaran sahabat – sahabat Brunei, pada muzium Terengganu, pada kilauan Masjid Kristal dan replika masjid – masjid dari seluruh dunia, pada Pasar Payang, pada bot tambang, pada rumah homestay yang menyimpan memori gelak – tawa dan sendu – tangis kami… terlalu rindu pada semua yang ada bersama – sama ketika itu.

Kini, tiada lagi Ankabut untuk mengusung kami, darah luka sudah pun kering menjadi parut, sahabat Brunei juga sudah pulang dengan selamat. Nasyitah dan Azima pulang dua minggu lewat dari yang lain, dan kami di Malaysia terus bekerja dan mengejar ilmu. Bukan seperti biasa, insyaAllah lebih hebat dari sebelum ini.

Masih basah dalam ingatan saat Nasyitah mulai sembuh dari pembedahan untuk membuang darah beku di kepalanya akibat dari kemalangan itu. Aku dan Azima mengambil keputusan untuk terus menemani Nasyitah di hospital. Setiap hari aku tekun menjadi pengutus berita buat sahabat Malaysia, dan Azima untuk sahabat Brunei. Dari HDW ke ICU, kemudian ke wad biasa, dan ke HDW kembali, hingga dia keluar. Dan kalian, jauh atau dekat, tidak putus – putus menghantar bantuan dan sokongan, material dan juga gugusan doa. Hanya Allah saja yang mampu membalas semua kebaikan itu.

Nasyitah sememangnya sembuh dengan cepatnya. Ada beberapa siri dia tersedar dan menyebut kalimah “Allahhu Akbar”. Ada masanya juga dia menyebut, “Allah bersamaku” walaupun pada saat itu matanya terpejam erat. Aku dan Azima terhibur, dan dalam masa yang sama terasa terdidik. Kami mula mengenali keluarga Nasyitah yang datang dari Brunei. Mereka amat tabah dan sabar menanti Nasyitah pulih kembali.

Sarapan terakhir bersama Nasyitah, ku kira memberi pengajaran yang amat dalam dan berharga. Dia sudah mula pulih, dan bergerak, dan bercakap, dan duduk, dan berjalan, dan makan, dan ketawa seperti mana dia yang ku kenali dahulu. “Siapa yang pertama sekali Nasyitah nak jumpa sesampai di Brunei?” soalku menduga kerinduan hatinya. Maklum saja, ibunya tidak dapat berada di sisinya saat itu. Namun, yang terbit dari bibir mugil Nasyitah adalah, “Allah.” Dan jawapannya itu membuatkan hatiku bergetar. Terima kasih sahabat. Mengenalimu yang bernama Nasyitah Amal Bazilah, mengajarku erti semangat yang kuat. Kenangan ini adalah hadiah hari jadi terbaik untukku, juga pengalaman peribadi tersendiri untuk semua yang bersama ketika itu. Jaulah yang terlalu banyak pengajarannya. Terasa seperti kami ditarbiah, tanpa henti…

Dan kemudian, kami terpisah atas sempadan geografi, juga atas perbezaan nasionaliti. Kami terpisah pada jasadnya, namun pada hakikat, ruh kami menyatu. Kami berkasih sayang tanpa halangan, kerana ukhuwah kami ada dihati. Kami merindu, namun sentiasa tenang, kerana yakin kami akan sentiasa bertemu, dalam doa – doa kami.

-ummu tareeq-

Categories: karya-karya

Air Mata Seorang Kakak

April 20, 2008 1 comment

Kita sama-sama masih teringat ketika kita mula-mula bertemu. Tidak ada yang lebih berbahagia di dalam hati ini selain melihat wajah-wajah ceria pelajar-pelajar baru yang begitu bersih dapat menjejakkan kaki ke UNHAS. Memang ayah bonda menginginkan suatu yang terbaik buat mu. Mahukan engkau menjadi orang yang terpelajar dan berguna kepada mereka, kepada agama dan kepada negara.

Ketika hari pendaftaran, kami sama-sama menjengah diri melihat muka-muka kalian. Kalian adalah ibarat rahmat kepada kami kerana dari kaliannya kami mendapat ketenangan dan kesejukan hati. Bagaimana..? akan kami ceritakan segala-galanya nanti!

Kemudiannya kalian di heret ke sana kemari dengan minggu pengenalan. Kalian didedahkan dengan apa yang ada ditempat belajar yang baru ini. Moga kalian dapat berta’aruf dengan cepat di alam baru ini. Kalian bersolat jamaah dan makan sama-sama. Kalian didudukkan di dalam LDK dan kalian akhirnya menjejakkan kaki ke malam terakhir pengenalan. Kami masih mengintai-ngintai kalian. Bukan wajah dan gaya… tetapi watak dan budi. Manakah di antara kalian yang akan bersama kami? Manakah di kalangan kalian yang akan mewarisi jejak kami?

Memang kami mengentahui dan menyedari.. kalian datang dengan keinginan yang berbeza. Ada yang ingin mendapat segulung sijil yang nantinya akan dipersembahkan kepada ibu dan ayah. Ada yang tertolak kerana ayah dan ibu menghendaki demikian. Kami faham itu semua… dan itu semua tidak langsung penting bagi kami.

Kalian didudukkan di dalam kumpulan2 tutor tutee dan Smart Circle akhirnya. Kita sama-sama saling mengenal, mendengar dan memberi. Bercerita dan membaca. Berbincang dan bermesra. Bukankah itu satu titik permulaan yang indah dalam pengalaman hidup kita?

Kita kemudian bertemu lagi dalam program-program dan pelbagai aktiviti persatuan. Duduk dan mendengar.. makan dalam aula bersama. Kesemuanya menjadi detik manis dan kenangan yang mungkin sukar dilupakan. Dari situlah kesemuanya bermula… Kami memerhati dan cuba mengenal. Siapakah dari kalangan kalian yang sudi untuk bersama lebih memahami apa yang sedang kami fikirkan?

Kami hanya ingin mengongsi beban yang sedang kami cuba pikulkan selama ini. Kami faham ianya begitu berat dan tidak mampu ditanggung oleh hanya dua tiga kerat manusia yang lemah seperti kami. Bebannya berat dan perjalanannya panjang. Hasilnya belum tentu diperolehi di masa terdekat.

Kami berfikir dan berfikir … bagaimanakah cara terbaik untuk mengenali siapa dari kalian yang berminat. Kami adakan program… kami adakah tamrin dan kami adakan pelbagai aktiviti yang best2.. kami adakan mukhayyam… dan entah apa lagi. Semuanya adalah kerana cuba mengenali kalian..disamping untuk memberi sedikit sebanyak kesedaran dan ilmu.

Akhirnya …

Kami telah dikurniakan Allah dengan kalian. Kalian menampilkan diri dengan semangat dan kesediaan untuk bersama. Kami begitu gembira. Kami tidak meminta kalian berbuat demikian. Sedikitpun tidak ingin memaksa. Kami hanya membuka jalan dan peluang setelah memberi kesedaran sedikit sebanyak. Alhamdulillah atas segala nikmat dan rahmatNya kepada kita. Bermulalah satu episod baru dalam hidup kita.

 Mungkin kita masih ingat kita mula menjejakkan kaki ke alam baru.. fikrah baru dan ikatan baru. Kalian telah berjaya memujuk hati kalian untuk bersama dalam gerombolan ini. Gerombolan yang ingin untuk melihat dunia berubah ke arah Perubatan Islam.

Kita mula tangkas melayari perjalanan yang sengit ini. Kita cuba menumpaskan nafsu yang kadangkala mengganggu dengan cerita indahnya hidup relaks dan seronok. Tapi kalian telah berjaya menolak itu semua. Walaupun kawan dan teman lain telah lama dibuai mimpi, kalian kadangkala masih termangu di meja tulis.. menadah buku dan sedikit risalah. Segalanya hanya untuk memahami ilmu dan Islam yang masih banyak yang perlu dipelajari. Kadangkala teman seronok dihadapan cerita TV dan VCD, tetapi kita menolaknya itu semua.. kerana masa amat berharga bagi kita untuk dibazirkan pada itu semua.

Kadangkala kawan-kawan enak tidur ditilam empuk di rusun dan rumah, tetapi kita terpaksa berjaga malam dimukhayyam hanya semata-mata untuk melatih diri bagaimana indahnya dapat berkorban untuk sahabat yang sedang tidur di lantai bumi. Betapa banyaknya pengalaman yang kalian telah lalui bersama kami !

Kami cuba memberi apa yang kami terdaya. Segala-galanya adalah untuk menjadikan kalian orang yang bermanfaat untuk Islam. Kami merasa kasihan kepada Islam yang masih menagih cinta dan pengorbanan dari penganutnya. Islam masih terumbang ambing dicampak dan diheret oleh manusia liar. Islam yang sepatutnya tinggi masih digilis-gilis dan dipijak ganas untuk manusia zalim. Siapa yang ingin membelanya? Siapa yang akan meletakkannya ke tempat paling tinggi yang sepatutnya.

Inilah yang kami cuba lakukan. Alhamdulillah, kalian mula sedikit demi sedikit memahami apa yang kami ingin kongsikan. Walaupun kami kadangkala tidak dapat berehat sebagaimana orang lain… tetapi ketenangan mula menjenguk.. ketika melihat kalian mula faham dan mula melangkah. Denyut nadi perjuangan kalian yang mula bergerak-gerak sudah cukup menggembirakan kami… lebih gembira dari sang musafir yang terjumpa kembali untanya yang hilang di padang pasir !

Tentu kalian masih ingat itu semua. Kalian bagi kami adalah lebih mahal dari dunia dan isinya. Kalianlah sumber pahala kami di zaman ketandusan pahala dan bermaharajanya dosa dan maksiat. Bukankah ‘Allah memberi petunjuk seorang manusia dengan hasil usahamu adalah lebih baik dari dunia dan isinya’?. Kerana itu kalian semua lebih mahal bagi kami dari segala harta.

Mungkin dari situlah kalian dapat faham, bagaimana susahnya kami kerana menjaga kalian. Betapa kami

terpaksa melupakan masa rehat dan hujung minggu untuk kalian. Betapa kami sudah tidak mempunyai apa-apa lagi yang dapat kami berikan kepada kalian semua… semuanya telah diberikan. Mungkin sekarang kalian telah dapat fahami. Kerana kalian lebih berharga dari dunia dan isinya !

Sukar kami menceritakan ini semua… terpaksa dan semoga ianya menjadi pedoman untuk kalian juga. Bahawa hidup seorang yang tahu di mana Islam berada sekarang tidak memungkinkannya sempat membina istana dan mahligai. Tidak memungkinkannya bergembira di setiap hujung minggu dengan ke mall. Tidak mungkin berpeluang untuk menikmati hari-hari perlancongan dan santai tanpa matlamat sebenar. Tidak mungkin berenak dengan kenderaan besar dan mewah. Bagaimana ia boleh berbuat demikian sedangkan Islam masih menunggu pendokong yang akan menyelamatkannya?

Kerana memahami itu semua, kami wakafkan diri kami untuk kalian. Biarlah manusia lain dengan dunianya..namun kita tenang dan gembira dalam alam kita sendiri. Walaupun orang lain melihat kita dalam kesukaran dan kesusahan hidup, namun itulah kebahagian kita !

Matlamat kami.. melahirkan kader-kader yang akan bekerja untuk Islam. Keinginan kami.. apabila kalian

telah melangkah keluar dari sini.. kalian telah menjadi manusia dan dokter muslim baru yang membawa bersama-sama obor yang akan menyuluh tempat-tempat yang masih gelap di pelusuk sana. Itulah sahaja matlamat dan cita-cita kami.

Kami tidak mampu memberi kalian kerja yang bergaji mahal. Kami tidak sanggup menjanjikan jawatan selepas kalian keluar. Itu semua adalah suatu yang kerdil bagi kami. Ianya mampu dicari oleh sesiapa walau bagaimana keadaannya sekalipun. Yang lebih penting dari itu semua ialah kami tidak mahu kalian tenggelam di dalam kancah dunia yang sedang bergelumang dengan materialisma yang tidak mampu diharungi oleh manusia biasa. Kerana itulah kami cuba bekalkan kepada kalian dengan kekuatan dan kefahaman. Lebih dari itu, kami mahukan kalian menjadi manusia yang akan membawa manusia lain untuk bersama-sama dalam perjuangan kita yang masih panjang.

Kami cuba sedaya upaya untuk mengajak kalian memahami bahawa apa yang kita buat ini bukan kerana tempat belajar kita. Bukan kerana wajib atau ingin menjaga hubungan dengan dosen. Bukan kerana markah atau prestasi. Kami cuba memotong tali-tali yang mengikat kalian dengan itu semua. Kami membawa kalian ke luar sana… berjumpa dengan mereka yang telah mendahului kita di atas jalan ini. Melangkah ke luar negara..berjumpa dan mengambil pengalaman mereka. Mereka semua adalah se jalan dengan kita.. berjuang menegakkan hak manusia yang sama!

Perit letih kami tidak sia-sia. Kalian mula melangkah ke garisan-garisan akhir bersama kami dengan sabar dan tekun. Kalian langsung tidak menunjukkan rasa jemu dan bosan. Walaupun telah ada dikalangan kalian yang telah kecundang setelah beberapa lama, namum kalian masih thabat teguh. Kalian mula faham bahawa kerja kita perlukan disiplin yang tinggi. Kerja kita perlukan kekuatan dan semangat kesatuan. Kerja kita perlukan diskusi dan perbincangan dengan senior-senior yang telah begitu lama memimpin tangan kita sejak kita masih bertatih-tatih di permulaan perjalanan. Kerja kita memerlukan kita tidak putus dan bersama dengan kesatuan di mana saja kita berada.

Di saat berpisah, itulah harapan kami. Gembiranya hati kami melepaskan kalian menuju ke destinasi masing-masing. Betapa inginnya hati kami untuk mendengar deringan telefon dari kalian.. menceritakan pengalaman baru kalian di kampung dan kawasan masing-masing.. setelah mendapat title baru bergelar ‘DOKTER. Betapa tak sabarnya kami ingin menatap tulisan dari kalian .. bercerita bagaimana kalian telah mula memberi khidmat kepada pesakit-pesakit baru ditempat kalian. Betapa gembiranya kami nantinya mendengar kalian mula ke sana-kemari mengikuti program bersama teman-teman seperjuangan di tempat baru kalian.

 Kami tidak dapat bayangkan bagaimana gembiranya hati kami bila mendengar dokter-dokter senior baru kalian begitu memuji kesungguhan dan semangat yang kalian tunjukkan. Ketika itulah kami akan mengurut dada gembira… airmata kami berlinangan kegembiraan.. betapa tanaman kami telah menghasilkan buah. Usaha kami selama 5 tahun kalian bersama tidak sia-sia !

Hari berganti hari.. kami di sini terus dengan kesibukkan melayan adik-adik kalian yang terus tiba semester demi semester dan cuba untuk menjadi pelapis kepada kalian. Mereka bersemangat untuk meneruskan apa yang telah dilakukan oleh kalian. Mereka masih ingat ketika kalian bersama-sama mereka di program-program dan mukhayyam. Mereka masih ingat.. kalianlah yang mendidik mereka dan mengasuh mereka sedikit sebanyak. Kami terus membantu mereka sekadar kemampuan kami ini.. agar mereka menjadi seperti kakak-kakak dan abang yang telah tamat belajar.

Suatu hari……………..

Satu demi satu berita kami terima mengenai hal kalian…jika ketika berpisah kami menjangkakan kami akan menitiskan airmata kegembiraan mendengar ketangkasan dan keaktifan kalian… tetapi … titisan sebaliknya mula mengalir..

Apa yang telah terjadi kepada kalian?

Apa yang telah kalian lakukan?

Kami mula sebak… ketika huruf-huruf ini disusun, kami tidak dapat menahan air mata lagi. Bersama baris-baris yang keluar… kami iringi dengan cucuran yang tidak dapat ditahan..! Ianya bukan satu buatan. Ianya bukan rekaan satu cerita dan cerpen. Ia adalah satu kenyataan yang telah berlaku beberapa ketika lalu dan… air mata ini masih panas. Ianya adalah perasaan sayu kami bila harapan telah mulai berkecai. Satu demi satu harapan bangunan yang kami bina dan kami atur batu bata negara Islam dan khalifah yang kami inginkan berantapan jatuh di hadapan kami. Kalau dahulu kami harapkan kalian akan menjadi tangan-tangan yang akan bersama-sama mengangkat batu batu yang lebih berat dan menjadi pembina bangunan ini… kini segalanya hampa.

Tanpa kami sedari, ada di kalangan kalian yang mungkin terasa amat gembira terlepas dari alam kita. Ada yang merasakan dunia PKPMI suatu yang menghimpitnya..suatu yang mengurungnya. Barulah kami sedari rupanya selama ini, itu semua adalah sebuah lakonan.

Ada antara kalian rupanya sudah tidak ingin lagi bertemu muka dengan kami. Rupanya dulu kami adalah penyibuk yang mengganggu hidupnya. Sekarang dia telah bebas.

Kami mula kecewa… kami mula berfikir.. apakah dosa kami. Kami hanya menghulurkan tangan untuk memimpin kalian mengenal sedikit tanggungjawab kita semua..tanggungjawab dan amal Islam. Kami gembira kerana sebelum kalian keluar.. kalian telah memahami itu semua.. tetapi sekarang kenapa ini semua tiba-tiba berlaku?

Kalian datang ke sini… tetapi muka kamilah orang yang paling tidak ingin di lihat dan ditemui. Apakah kalian telah mencampakkan kasih sayang yang telah kami berikan selama ini. Apakah muka kami begitu buruk untuk dilihat? Apakah suara kami begitu menyakitkan untuk disapa?. Jika kalian datang dari jauh kerana sesuatu subjek dan untuk mengutip markah bagi sekeping sijil, apakah pelajaran-pelajaran yang sama-sama kita pelajari di sini sudah tidak bernilai dan tidak berharga?

Masa berlalu… dan kami mula berfikir sendirian. Mereka terlalu sibuk. Mereka ada urusan sendiri. Mereka sedang masuk ke alam kuliah. Walau ada di kalangan mereka kami bantu untuk meneruskan kehidupan mereka…mencarikan mereka ilmu dan tempat pengalaman. Namun setelah berjaya .. sepatah perkataan pun tidak didengari. Mungkin terlalu sibuk dengan tugasan. Alhamdulillah. Kami sekali lagi menjadi hampas yang dicampakkan ke tong sampah!

Kami tidak inginkan pembalasan. Kami tidak pahala dari kalian. Cukuplah Allah sebaik-baik pembalas. Apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik dan kekal. Kami akan tetap begini hingga ke akhir hayat.. selagi Allah masih memberikan kekuatan. Kerja kami ialah mengumpul tenaga-tenaga orang seperti kalian, memberi sedikit sebanyak ilmu dan kefahaman, mendidik apa yang terdaya agar ada tenaga baru untuk Islam.

Ketika kami mendengar ada di antara kalian mula terlupa atau melupai tugas ini, maka kamilah orang yang mula-mula menangis. Kalian tentu faham bahawa tanda awal ialah bila kalian tidak lagi bersambung

dengan persatuan. Bila ada antara kalian yang merasakan kalian mampu hidup sendiri, kalian sebenarnya kalian telah silap. Hidup sehari tanpa teman-teman dan tanpa kerja Islam bermakna kalian telah meranapkan harapan negara kita. Dan tanda awal putusnya kalian dengan

persatuan ialah bila kalian sudah tidak mempunyai kesanggupan untuk mengikuti program organisasi di sini. Tanda awalnya apabila kalian telah mula membelakangkan senior dalam membuat keputusan dalam hidup kalian. Apakah kalian merelakan diri kalian untuk menjadi peranap kepada cita-cita Islam kita.? Apakah kalian tidak takut kepada balasan Allah bagi dosa-dosa ini?

Biarlah kami berhempas pulas di sini.. berhujan berpanas dan berembun. Mengorbankan masa rehat dan wang ringgit kami demi melahirkan orang seperti kalian. Biarlah kami terus begini… walaupun kami tahu mereka semua juga mungkin akan menjadi seperti kalian. 

Bebanan perasaan yang kami pikul sebenarnya lebih berat dari bebanan tugas ke sana ke mari mengendali

program dan mendidik kalian. Apa sangat berat berjaga malam, membelanjakan ringgit dan berceramah dan

mendengar masalah kalian jika hati kami gembira melihat hasilnya. Apa sangat itu semua jika hati

bahagia melihat kalian menjadi orang yang akan mewarisi kerja yang telah kami buat. Kesemua berat dan

beban hilang dan tak mungkin terasa setelah melihat kalian telah menerangkan bumi yang gelap seluruh

pelusuk bumi.

TETAPI… sekarang kami telah kehilangan segala-galanya. Ketenangan yang kami ingin cari melalui pengorbanan ini telah juga hancur. Bahkan ianya lebih berat dari bebanan fizikal dan material. Kami telah melalui beberapa generasi kalian. Pengalaman akhirnya menyimpulkan kepada kami bahawa kami hanyalah manusia tak berguna dan pengganggu dalam hidup kalian.

Ketenangan hati yang kami ingin hirup dari usaha mentarbiyyah kalian hanya menambah luka yang telah

ada… Apakah kalian sedar?

Kami iringi kalian dengan doa dan airmata. Pergilah kalian dengan sijil yang akan diperolehi dari sini

untuk menjenguk dunia yang tiada bertepi. Harungilah hidup demi mencari ketenangan dan kebahagiaan melalui jalan yang kalian pilih sendiri. Kami tetap memilih ketenangan dan kebahagian melalui jalan kami sendiri. Walaupun kalian telah melukai hati kami… kami hanya akan menyalahkan diri kami sendiri. Mungkin kamilah yang menyebabkan kalian jadi begitu. Mungkin kami belum memberikan yang terbaik untuk kalian. Mungkin kami belum mengorbankan apa yang sepatutnya kami korbankan. Mungkin.. kami lah yang bersalah.!

Kini segalanya hanya tinggal kenangan. Kami tidak mengharapkan kepada kalian lagi. Jika kalian mahu terus hidup sebagaimana manusia lain… teruskanlah. Bahkan jika kalian mahu menjadi manusia yang jauh berlainan dari kami… teruskan. Moga Allah mengampunkan kami dan kalian.TAPI INGAT! Kita sebenarnya telah mati ! Kita akan terkulai layu ibarat bunga yang telah dipetik dari pokoknya ! Jika kita tidak mengambil Allah dalam hidup kita. 

Apakah kalian tidak mengerti ini semua… apakah cinta kami tidak bermakna untuk kalian. Adakah ianya terlalu murah. Kami berusaha berikan apa yang terbaik apa yang kami ada. Kerana kami tahu.. kalian adalah penerus generasi yang hampir pupus. Apakah kalian tidak merasainya?

Memang kami tidak memberikan makanan yang mahal-mahal untuk kalian. Kami tidak membelikan pakaian indah untuk kalian. Tetapi apa erti makanan dan pakaian jika kalian hanyut di alam sesat jahiliyyah..?

Hayatilah kata-kata Imam al-Syafie: “manusia sebenarnya ialah yang merasai kecintaan yang diberikan kepadanya walaupun sebentar”.

Berapa lamakah kecintaan yang telah kami berikan kepada kalian… apakah kalian tidak merasainya?

Kalian melihat kami tersenyum… ye.. senyuman yang kami buat-buat untuk mengubat rindu kepada kedamaian semalam yang telah tiada lagi. Senyuman untuk menandakan kami masih mampu berlakon dengan hati yang telah disiat-siat. Berilah senyuman kepada kami, hulurkan tangan kalian untuk kami salami…. Tetapi hati ini tidak mungkin terubat tanpa penghayatan dan penunaian janji yang telah sama-sama kita buat semasa kita di sini!

Cukuplah… kami hanya akan bersama dengan yang memahami

dan merasai cinta kami. Bagi mereka yang mempunyai kekasih lain… pergilah.. semoga kekasihnya akan memberi kebahagian dan ketenangan untuknya.

Kalian telah mengecewakan kami sedikit sebanyak. Kalian telah menyebabkan kami tidak percaya lagi

kepada manusia… hingga sampai satu ketika.. kami merasakan sudah tidak wujud lagi harapan di dunia ini.

Apa tidaknya.. keseluruhan adik-adik kami tidak dapat meneruskan usaha kami? Jika itu yang berlaku kepada yang awal… maka bukankah sama pada yang akhirnya?

Tolong … jangan jadikan kami sedih.. berilah harapan.

Moga adik-adik kita di sini dan di luar sana dapat menghirup sedikit dari limpahan cahaya Ilahi yang kita sama-sama tidak ingin padam.

Categories: Uncategorized