Home > karya-karya > Bidadari Dunia

Bidadari Dunia

bidadari dunia

nirza menulis ”
Bertanya si adik kecil pada sang bidadari berwajah
manusia…
“Wahai kakakku, kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu,
asyik berteman tangis dan sendu sahaja.”
Lalu berbicara si bidadari berwajah manusia;
“wahai adikku. Bukan wanita itu lemah dek kerana tangis
dan sendunya. Tapi disitulah wahai adikku, kekuatan utuh
x ternilai andai pandai digunakan sebaiknya. Tangis
sendunya wanita itu wahai adikku, bisa meleburkan ego
seorang lelaki… menjadi ‘izzah’ yg plg gah bahkan
lebih gah dr egonya seorang lelaki. Kerana sendu rayunya
wanita itu, Musa a.s terselamat dr kekejaman Firaun.
Duhai adikku, lembut wanita itu bukan lemah, tp
senjata.”
Si adik tidak berpuas ati. Lalu dipertikaikan lagi…
“Namun wahai kakakku, wanita itu fitnah dunia.”
Tersenyum sang bidadari berwajah manusia.
“Pernahkah adikku dengar akan pesanan Ilahi pd hambanya?
Wahai para lelaki yg beriman, tundukkanlah pandanganmu.
Lalu Allah berfirman lagi antaranya bermaksud, wahai
para wanita yg beriman, tundukkanlah pandanganmu, dan
tutuplah auratmu. Lantas cuba adik nilai, pd siapa
terlebih dahulu ALLAH dahulukan pesanannya? Pada hamba
yg bergelar ar-Rijal. Kerana, andai sang lelaki menjaga
pandangannya, maka tidak mungkin terlihat akan wanita yg
menjadi fitnah pd dirinya. Dan tidak ALLAH lupakan
pesanan buat wanita, agar memelihara auratnya kerana
disitu lah kehormatannya. sesungguhnya para
wanita-wanita syurga bergelar Hurun ‘Ain itu, mereka
tidak memperlihatkan diri mereka kecuali pd para suami
mereka sahaja. Dan mereka dikatakan wanita2 yg suci.
Namun… wanita yg beriman itu, kata Rasulullah, lebih
tinggi martabatnya! Bukan fitnah semata-mata jikalau
ar-Rijaal dan an-Nisa’ sama2 mematuhi pesanan Ilahi itu!
Sesungguhnya wanita yg beriman yg solehah itu lebih baik
dari ribuan lelaki yg soleh.”
Adik masih x puas ati.
“Tapi kakakku, kenapa wanita itu menjadi peragaan?
Tidakkah mereka merasa malu??”
Sang bidadari berwajah menguntum senyum penuh makna.
Adus, semakin terasa mendalam kasih sayang pd penghuni
jannah ini!
“Wahai adikku sayang. Al-Haya’ itu dalam diri setiap
insan. Wujudnya seiring dengan nafas insani. Dan
al-Haya’ itulah pakaian iman. Pada diri wanita itu,
indah al-Haya’ sebagai pembenteng diri. Namun, bila mana
al-haya nya lebur, imannya runtuh. Kenapa mereka
merelakan diri menjadi peragaan? Kerana mereka
sebenarnya paranoid. Merasakan diri tidak cukup
menarik… merasakan belum cukup lagi dunia melihat diri
mereka. Mereka sebenarnya golongan yg kalah dr segi
psikologi. Namun adikku… wanita solehah itu pasti
melindungi diri mereka dr perbuatan murahan itu.”
Adik garu2 kepala.
“Jadi kakak, masih adakah wanita yg solehah didunia ini?
Bagaimana hendak adik kenali mereka???”
Sang bidadari tersenyum lagi. Hati terdetik moga ALLAH
merahmati mujahid kecil ini. Berjihad dalam dunianya
sendiri.
“Wahai adikku. Di zaman Rasulullah, diperintahkan
wnaita2 yg beriman itu untuk menutupi aurat mereka,
dengan itu mereka mudah dikenali sebagai wanita yg
bermaruah. Maka demikianla adikku menilai mereka. Tp
perlu juga dilihat pd hatinya… pd akhlaknya…
Di zaman ini, tidak susah membezakan wanita yg solehah
dan yg toleh. Namun adikku… jgn dikau cemuh wanita yg
toleh itu… kerana dlm hati2 mereka, tetap ada satu
permata indah… perasaan cinta pd ALLAH… Kerana
fitrah cinta pd Rabb itu sentiasa ada dlm jiwa insan.
Adikku, mereka ini, tetap punyai keinginan utk kembali
pd jalan yg mereka th hak ALLAH. Cuma kadang2 term
solehah itu terasa berat di bahu mereka… Kadang
mereka takut pd persepsi wara dan alim. Sedangkan itu
cumalah persepsi. Hakikatnya, wara’ itu bermaksud
menjaga.
Maka sesiapa sahaja yg menjaga adalah wara’. Alim itu
maksudnya mengetahui. Barangsiapa yg berilmu maka dia
adalah alim dlm bidangnya. Persepsi yg salah pd dua
perkataan ini menjadikan mereka takut untuk berubah
kepada stage yg lebih baik. Kerena begitulah persepsi
masyarakat. Sedangkan mereka alpa… ALLAH tidak
menjadikan makhluk (ciptaan) ini tanpa tujuan dan garis
panduan. ALLAH tidak zalim kepada ciptaanNYA. bila mana
dia menciptakan hawa itu dari rusuk adam… Dia telah
mengetahui apakah sebaik2nya buat makhluk bergelar Hawa
ini… Ditinggikan martabat golongan HAWA ini… Tapi
sayang… golognan HAWA ini kadang2 merendahkan martabat
mereka yg ALLAH jdkan penuh kemuliaan…
Wahai adikku… 1001 keindahan penciptaan wanita.
Pandai2lah dikau menilai… antara permata dan debu2
kilauan pasir.
Wahai adikku… Wanita ibarat epal. Epal yg
xberkualiti…amat mudah diperolehi kerana ia berguguran
ditanah… Tapi epal yg tak mampu dibeli, ia berada di
puncak. Susah dipetik, susah di gapai. Terkadang epal
itu risau, kenapalah diriku belum dipetik. Lantas ia
merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah
tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH jadikan
begitu tinggi martabatnya. Sebenarnya..epal itu terlalu
tinggi… elok sifatnya… sehinggakan tiada siapa yg
berani memetiknya. Hanya pemuda yg benar2 hebat sahaja
bisa memperolehinya… Mungkin bukan di dunia… tp
mungkin di akhirat? Biarlah jodohnya bukan di dunia…
asalkan cinta ILAHI mengiringinya…tak semestinya
dipetik di taman dunia rite? Tp lebih bermakna bile
ALLAH sendiri yg mengarahkan hamba yg disayanginya utk
memetik di taman akhirat kelak.”
Adik terpaku sendiri. Mungkin membayangkan sepohon epal
yg besar dengan buah2 epalnya yg kemerahan??
Sang bidadari lalu bangkit. Bicaranya sudah berakhir
buat masa kini. Pasti kan dia sambung perbualannya
dengan penghuni syurga ini. Wahai adikku… sungguh
tulus bersih jiwamu. Benarlah kata ALLAH swt, kamu
kanak2 adalah penghuni2 syurga!
Alangkah bertuah dirimu adik… Dan aku? Hanya bidadari
berwajah manusia… berhakkah menjadi bidadari syurga?
Wallahu’alam.
Posted on Wednesday, March 29 @ 22:53:01 MST by moukie
Categories: karya-karya
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: