Home > karya-karya > Lelaki Idaman Saya

Lelaki Idaman Saya

Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga akan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar

Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan
Allah

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tuturkatanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat
jembalang

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat

Lelaki idaman saya sentiasa bersedia untuk menjadi imam
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang menjaga matanya dari berbelanja
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya

Lelaki idaman saya tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana penat membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangunnya subuh penuh kecergasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Lelaki idaman saya adalah lelaki
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga
Di situlah rumah idamannya
Dan dia ingin membawa saya bersama
Dialah lelaki idaman saya

Categories: karya-karya
  1. alfalfa
    May 8, 2008 at 8:15 am

    salam.. ni dah jumpa belum lelaki idaman? kalau dah jumpa tu, jgn sorok2 ye..tak baik zahra..kite x boleh berahsia hal yang baik na..😉

  2. June 3, 2008 at 11:56 pm

    kalau mahukan ali jadilah fatimah.
    kalau mahukan umar jadilah atiqah.
    kalau mahukan uthman jadilah zainab atau ruqayyah
    kalau mahukan abu bakr jadilah ummu hafsah
    jgn mimpikan muhammad kerana kalian takkan sehebat khadijah.

  3. May 17, 2009 at 5:32 am

    =) ana doakan dari kejauhan…

    • June 8, 2009 at 12:22 pm

      ameen..semoga Allah kurniakan yang terbaik untuk semua…
      tidak perlu putera raja, cukupla dia putera Agama..

  4. December 12, 2009 at 5:20 am

    subhanallah..
    azam penuhi ciri2 tu x azza??
    ngeh3

  5. December 12, 2009 at 5:47 am

    hehe..ada2 je sibah ya..bisa2 aja kamu..hehe..mmm iya, kalo memang ada khairul azzam di dunia realiti ini,kenapa tidak… :p massa sih kamu mau jadi madu apa…ngeh~

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: