Home > karya-karya > Pahala Terakhir Seorang Isteri

Pahala Terakhir Seorang Isteri

dari : naeim

Pahala Terakhir Seorang Isteri…

m_s_faizz menulis “Peristiwa yang menimpa diri saya
kira-kira dua tahun yang lalu sering datang meragut
ketenangan yang cuba di pupuk hari demi hari. Saya
selalu kecundang. Justeru saya masih belum dapat
memaafkan kesalahan yang telah dilakukan. Kesalahan yang
disangka ringan, tetapi rupa-rupanya mendatangkan rasa
bersalah yang tidak pernah berkesudahan hingga ke hari
ini. Ingin saya paparkan peristiwa yang menimpa diri ini
untuk tatapananda sekalian, untuk dijadikan teladan
sepanjang hidup. Untuk pengetahuan semua, di kalangan
sahabat-sahabat dan saudara-mara, saya dianggap sebagai
seorang isteri yang baik.
Tetapi keterlaluan jika dikatakan saya menjadi contoh
teladan seorang isteri bekerja yang begitu taat berbakti
kepada suami. Walau bagaimana IMG height=”187″
hspace=”5″ src=”images/articles/Alvin.jpg” width=”250″
align=”right” penat dan sibuk sekalipun, urusan
rumahtangga seperti melayan suami dan menguruskan
anak-anak tidak pernah saya abaikan.Kami di anggap
pasangan romantik. Suami saya seorang lelaki yang amat
memahami jiwa saya, berlemah lembut terhadap keluarga,
ringan tulang untuk bersama-sama menguruskan rumah
apabila pulang dari kerja dan lain-lain sifat yang baik
ada pada dirinya.
Waktu sembahyang dan waktu makan merupakan waktu terbaik
untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dengan sembahyang
berjemaah dan makan bersama. Pada waktu inilah biasanya
beliau akan memberi tazkirah dan peringatan kepada kami
agar menjadi hamba yang bertakwa.Dari sudut layanan
seorang isteri terhadap suami, saya amat memahami akan
kewajipan yang harus ditunaikan. Itulah peranan asas
seorang isteri terhadap suaminya. Allah menciptakan Hawa
semata-mata untuk melayan Adam dan menghiburkannya.
Meskipun syurga dipenuhi dengan kekayaan dan kemewahan,
namun tidak mampu mengisi jiwa Adam yang kosong
melainkan dengan diciptakan Hawa. Oleh itu saya
menganggap tugas mengurus rumahtangga, mengurus
anak-anak dan bekerja di pejabat adalah tugas nombor dua
setelah tugas pertama dan utama, iaitu melayani suami.
Sebagai seorang yang juga sibuk di pejabat, adakalanya
rasa penat dan letih menghambat sehingga saya pulang ke
rumah. Tetapi saya bersyukur kerana suami amat
memahaminya. Berkat tolong-menolong dan bertolak-ansur,
hal tersebut tidak pernah menjadi masalah di dalam
rumahtangga. Bahkan sebaliknya menumbuhkan rasa kasih
dan sayang antara satu sama lain kerana masing-masing
dapat menerimanya dan mengorbankan
kepentinganmasing-masing. Sehinggalah tiba pada satu
hari yang mana pada hari itu datangnya ketentuan Allah
yang tidak dapat diubah oleh sesiapa pun. Hari itu
merupakan hari
bekerja. Agenda saya di pejabat amat sibuk, bertemu
dengan beberapa orang pelanggan dan menyelesaikan
beberapa tugasan yang perlu disiapkan pada hari tu juga.
Pukul lima petang saya bersiap-siap untuk pulang ke
rumah.Penat dan letih tidak dapat digambarkan.
Apabila sampai di rumah, saya lihat suami telah pulang
dari pejabat.Dia telah membersihkan dirinya dan sedang
melayani anak-anak, bermain-main dan bergurau senda. Dia
kelihatan sungguh gembira pada pada petang itu.Saya
begitu terhibur melihat telatah mereka, kerana suasana
seperti itu jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah
masing-masing penat. Suami sedar saya amat penat pada
hari itu. Oleh itu dia meminta agar saya tidak memasak,
sebaliknya mencadangkan agar kami makan di sebuah
restoran makanan laut di pinggir bandar. Dengan senang
saya dan anak-anak menyetujuinya. Kami pulang ke rumah
agak lewat, kira-kira jam 11 malam. Apa tidaknya, kami
berbual-bual panjang ketika makan, bergurau-senda dan
usik-mengusik. Seperti tiada hari lagi untuk esok.
Selain anak-anak, suami sayalah orang yang kelihatan
paling gembira dan paling banyak modal untuk bercakap
pada malam itu. Hampir jam 12 barulah masing-masing
merebahkan badan di katil.
Anak-anak yang kekenyangan segera mengantuk dan lelap.
Saya pun hendak melelapkan mata, tetapi belaian lembut
suami mengingatkan saya agartidak tidur lagi. Saya cuba
menggagahkan diri melayaninya, tetapi hati saya hanya
separuh saja jaga, separuh lagi tidur. Akhirnya saya
berkata kepadanya sebaik dan selembut mungkin, “Abang,
Zee terlalu penat,” lalu saya menciumnya dan memberi
salam sebagai ucapan terakhir sebelum tidur. Sebaliknya
suami saya terus merangkul tubuh saya. Dia berbisik
kepada saya bahawa itu adalah permintaan terakhirnya.
Namun kata-katanya itu tidak meresap ke dalam hati saya
kerana saya telah berada di alammimpi. Suami saya
perlahan-lahan melepaskan rangkulannya. Keesokannya di
pejabat, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada
perkara yang tidak selesai. Saya menelefon suami, tetapi
tidak berjawab. Sehinggalah saya dapat panggilan yang
tidak dijangka sama sekali – panggilan dari pihak polis
yang menyatakan suami saya terlibat dalam kemalangan dan
dikehendaki datang segera ke hospital. Saya bergegas ke
hospital, tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah
lebih menyayangi suami saya dan saya tidak sempat
bertemunya. Meskipun redha dengan pemergian suami,
tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat
dikikis dari hati saya kerana tidak melayaninya pada
malam terakhir kehidupannya di dunia ini.
Hakikatnya itulah pahala terakhir untuk saya sebagai
seorang isteri. Dan yang lebih saya takuti sekiranya dia
tidak redha terhadap saya pada malam itu, maka saya
tidak berpeluang lagi untuk meinta maaf daripadanya.
Sabda Rasulullah s.a.w, “Demi Allah yang jiwaku di
tanganNya, tiada seorang suami yang mengajak isterinya
tidur bersama di tempat tidur, tiba-tiba di tolak oleh
isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka
kepada isterinya itu, hingga dimaafkan oleh suaminya.”

Sehingga kini,setiap kali saya terkenang kepadanya, air
mata saya akan mengalir ke pipi. Saya akan bermunajat
dan memohon keampunan daripada Allah. Hanya satu cara
saya fikirkan untuk menebus kesalahan itu, iaitu dengan
mendidik anak-anak agar menjadi mukmin sejati. Agar
pahala amalan mereka akan mengalir kepada ayah mereka.
Hanya itulah khidmat yang dapat saya berikan sebagai
isterinya. Itulah harapan saya … semoga Allah
perkenankannya. “

Categories: karya-karya
  1. September 2, 2008 at 4:59 am

    terima kasih sharing info/ilmunya…
    saya membuat tulisan tentang “Mengapa Pahala Tidak Berbentuk Harta Saja, Ya?”
    silakan berkunjung ke:

    http://achmadfaisol.blogspot.com/2008/08/mengapa-pahala-tidak-berbentuk-harta.html

    salam,
    achmad faisol
    http://achmadfaisol.blogspot.com/

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: