Home > karya-karya > Sukarnya Melebur Keegoan

Sukarnya Melebur Keegoan

Sukarnya Melebur Keegoan

Saya sering menasihati isteri supaya sentiasa siasat dengan teliti sebelum memarahi anak-anak. Lebih baik kita tersilap menjatuhkan hukuman tidak bersalah sedangkan anak-anak kita bersalah daripada tersilap menjatuhkan hukuman bersalah sedangkan mereka tidak bersalah kerana manusia sanggup menerima walaupun pahit akibat dari kesalahannya sendiri tetapi tidak sebaliknya. Ibu dan ayah adalah ratu suci pada pandangan anak-anaknya, segala tindakan mereka akan memberi kesan yang mendalam kepada anak-anak mereka. Seorang ibu dan ayah yang pemaaf yang sentiasa memaafkan kesalahan anak-anaknya yang tidak disengajakan akan membentuk jiwa pemaaf pada anak-anaknya. Begitu juga ketegasan dan kehalusan ibu bapa dalam menilai tingkah laku anak-anak akan membangunkan jiwa yang serius pada anak-anak; tiap suatu di teliti terlebih dahulu, segala kesalahan disemak dengan penuh kepercayaan terhadap anak serta setiap kesalahan ditentukan hukuman yang penuh berhikmah. Jiwa anak-anak yang melalui pengalaman hidup begini akan membentuk peribadi sesuai dengan pengalaman yang mereka lalui walaupun mereka belum benar-benar memahaminya.

Namun semua ini tidak begitu mudah untuk direalisasikan dalam kehidupan kita; semuanya memerlukan kekuatan jiwa dan keimanan kepada Allah SWT. Setiap manusia ada KEEGOANnya sendiri yang sentiasa dipertahankan secara sedar ataupun tidak.

Pernah satu hari, saya terlihat sebiji pinggan kaca pecah berderai, saya pun teringatkan tidak beberapa lama sebelum itu saya telah menegur anak perempuan saya supaya tidak bermain-main dengan pinggan kaca tersebut kerana takut pecah tetapi anak saya masih terus bermain. Sebelum berlalu pergi sayapun mengingatkan anak saya dengan nada tegas “Kalau kak Ngah tak sengaja pecahkan pinggan tu abi maafkan tetapi sekarang abi dan pesan tapi kak ngah main juga, kalau pinggan tu pecah nanti jangan salahkan abi kalau abi rotan kak ngah” saya pun berlalu pergi.

Apabila melihat pinggan yang pecah berderai itu sayapun lalu terus panggil dan marahkan anak perempuan saya dengan nada yang agak tinggi dan sara merotannya atas alasan kedegilannya walaupun sudah diberi amaran. Saya begitu yakin bahwa pinggan yang pecah tu pinggan yang dia main tadi kerana pinggan sebegitu hanya ada sebiji saja di rumah saya kerana yang lainnya semua pinggan melamine. Anak saya nampak begitu sedih dan kesedihan pada wajahnya melebihi dari kemarahan yang diterimanya.

Memang saya tidak melihat pinggan tu sebagai objek besar kerana pinngan tu pun adalah pinggan hadiah ketika membeli sabun basuh dan memang tidak digunakan pun tapi saya ingin membentuk disiplin pada anak saya dan ingin mereka memandang serius kepada arahan dan nasihat daripada orang tua.

Tidak beberapa lama selepas itu barulah isteri saya beritahu bahawa pinggan tu dipecahkan oleh anak saya yang kecil kerana ada pelajar yang datang kerumah tadi dan turunkan pinggan kaca tadi dari tempat simpanannya dan pinngan yang anak perempuan saya main tadi tu telah disimpannya elok-elok, yang pecah tu adalah pinggan yang lain tetapi sama. Pada masa tu baru saya teringat memang pinggan tu ada 2 biji. Saya terus terbayangkan air muka anak saya semasa kena marah tadi. Saya rasa begitu bersalah tetapi terlalu berat pula untuk saya minta maaf padanya sebab saya ni ayah dan anak saya pula baru 6 tahun. Hampir seharian saya cuba meleburkan keegoan saya; salah tetap salah, saya perlu minta maaf. Mungkin sekali pandang kita merasakannya sebagai sesuatu yang remeh tetapi peristiwa ini akan memberi kesan besar pada pembentukan jiwa anak-anak saya. Sekarang ini anak saya melihat ayahnya melakukan kesalahan dan tahu kesalahannya tetapi tidak merasa perlu untuk minta maaf, mungkin juga anak saya merasakan nanti kalau dah besar jiak dia melakukan kesalahan pada adik-adiknya, dia tak perlu minta maaf sebab budak-budak sahaja yang perlu minta maaf. Segala persoalan timbul dalam benak fikiran saya.

Saya cukup yakin bahawa tindakan yang baik ialah saya meminta maaf pada anak saya tetapi perasaan saya terlalu berat. Akhirnya pada malamnya sebelum tidur saya panggilkan anak saya dan dengan rasa berat saya mengungkap kata-kata minta maaf pada anak saya. Saya tanyakan padanya “bolehke kak ngah maafkan abi” anak saya mengangguk perlahan sambil menitiskan air mata, pada masa itu titisan air matanya benar-benar meleburkan keegoan saya. Mungkin kita merasakan kanak-kanak sebesar itu belum memahami apa-apa tetapi sangkaan kita mungkin silap; mereka sebenarnya memahami cuma mungkin mereka tidak tahu menggambarkan atau menceritakannya. Semuanya itu akan membentuk dan memberi kesan kepada jiwa mereka.

Begitulah sukarnya kita melebur keegoan sedangkan keegoan itulah yang menjadi penghalang kepada tercapainya cita-cita kita untuk mencapai keredhaan Allah SWT. Bukankah ini yang membezakan Nabi Adam dan Iblis. Nabi Adam dan Iblis sama-sama melakukan kesalahan tetapi mengapa Allah mengampunkan Nabi Adam tetapi Allah melaknat Iblis selama-lamanya kerana keegoannya. Jadi siapa yang perlu kita contohi?

Categories: karya-karya
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: