Home > Uncategorized > catatan harian 4 hariku sepanjang perintah ‘berkurung’

catatan harian 4 hariku sepanjang perintah ‘berkurung’

sekadar coretan kalam bisu dari hepar seorang anak yang begitu merindui orang tuanya..serta kampung halamannya…

4 hari ‘berkurung’ dalam kamar memang menyeronokkan..sape tak suka..me’lepak’ di bilik sendirian, tidak menjengah dunia dikala sang suria memancar bahang..panas disini benar-benar menghambat diriku dari tadabbur alam seperti sebelum-sebelum ini..

semalam aku dengan bahagianya mengatur jadual diri mengadakan ‘amal jamai’e di A306..bersihkan kamar dan segala yang sama waktu dengannya..tengah-tengah cuci kulkas, Allah izin es yang berat dan menebal gara-gara sebulan aku tak defrost peti, jatuh ke bawah..masyaAllah…!! dengar bunyi benda pecah..bi Iznillah..aku tak sangka pulak ade lapisan terbawah tu adala kaca..apa lagi..pecala ia..huhu..teringat aku pada janji Allah..” kullu nafsin dzaiqatul maut’..

penat berperang dengan ais-ais yang mula mengganas setelah sebulan mengabaikannya…padan muka dengan diri aku sendiri..sape suruh tak lebih kerap bersihkan kulkas..tengah bersihkan tu, telefon sembang dengan insan tersayang, dunia dan akhirat, penawar jantung hatiku, ummku sayang..bagitahu ummi, penat ‘akak’ dok cuci peti es..ummi sambut kata-kata tidak semangatku itu dengan nada bersahaja..”tu la salah satu keje ummi selama 25 tahun ni”..barula aku tersedar..betapa ummiku banyak bekerja dan bersusah-payah dalam mendewasakan aku dan adik-adik..

wajarlah syurgaku di bawah telapak kakinya..

masa kemas dan bersihkan dapur, gelas pulak pecah..Astaghfirulah al azim..aku ni buat keje mengemas ke merosakkan bilik..huhu..habis satu benda pecah, benda lain pula mengiuti jejak akhir nafasnya…ini semua tidak asing dari kerana kelalaian aku..

petang tadi, sempat aku jamah mata dan mindaku dengan filem kesukaan aku, cinderella versi kartun..nikmatnya dapat menonton..tiba-tiba, aku dapat panggilan kecemasan dari seseorang yang memerlukan khidmat bantuan aku saat itu..dengan pasrah, aku mengatur langkah menelusuri mentari siang yang sudah 4 hari aku tidak melihatnya..

kini, aku sedar, sisa masa liburku sudah ke  penghujungnya..isnin ini, aku akan memulakan sistem baru dalam pelajaran medik ku..segalanya aku serahkan kepada yang berhak atas diriku, Ilahi..aku berdoa semoga hidayah dan kasih- sayangnya sentiasa dititipkan buatku, hambaNya yang penuh noda hitam dihati..Ameen..

 

 

 

Categories: Uncategorized
  1. IPEM
    April 28, 2008 at 3:16 pm

    Perintah berkurung nak elak pertambahan melanin di stratum basalis…takpe je sekali-sekala… menjaga kurniaan Allah dr kanker kulit…hihi

  2. May 11, 2008 at 6:22 am

    ehh..bukan ke melanin tu bagus utk kesihatan..org bnyk melanin lbh jarang kne peny kulit kan..ehe~tp jgnlah terlalu bnyk mendedahkan diri pd matahari..jam2 8-9pg tu bagus🙂

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: