Archive

Archive for May, 2008

Tangisan Puisi Buat Kekasih

May 16, 2008 3 comments

Kasih lestari dimamah cempaka,

hidup dihuni duka terhina,

kasih lestari tak punah pusaka,

hidup terhuni di kala bahana.

Mengindam mekar di taman larangan,

pekur setanggi mencurah lara,

mengidam hati tanpa karangan,

pekik selirik menelan mentara.

Hadir piatu dulang nestapa,

mengintai kasih tak kunjung tiba,

hadir penentu duga menapa,

mengurai kisah tak kurun ia.

Pergilah sayembara pilu mengharu,

datanglah pawarna cerah melirih,

pergilah satu pilu semahu,

datanglah panas cekal memilah.

Advertisements
Categories: karya-karya

Seburuk-buruk wanita……..

seorang lelaki balik rumah…dia jadi hairan giler..halaman rumah berselerak..
surat di peti pos tak berambil,anak- anak tengah main korek-korek tanah kotor,
baju compang camping, penuh dengan tanah dan kotoran rambut tak bersikat, tak bermandi,;;;
masuk ke pintu rumah,
lagi lelaki tu terkejut…ruang tamu lagi teruk berselerak
lelaki itu melaung nama isterinya… .sepi tiada jawapan
masuk ke dapur..sinki penuh dengan pinggan mangkuk tidak berbasuh,periuk
tidak bercuci.
mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak
masuk ke bilik air, baju masih belum berbasuh,apatah lagi berendam
lelaki itu cemas mencari isterinya..dia bergegas ke tingkat atas, melihat
isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku..
“awak sakit ke?”..tanya lelaki itu..
“tak lah”, jawab isterinya ringkas
“kenapa teruk sangat rumah kita hari ni”, tanya si suami lagi sambil
meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam…
balas isterinya “wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg
mengatakan yang saya ini hanyalah seorang suri rumah, duduk di rumah
tidak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa
kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan
kadang-kadang. ….NAH, HARI INI SAYA TIDAK MELAKUKAN KERJA-KERJA YANG
BIASA SAYA LAKUKAN SETIAP HARI…….
“Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel,merengek
atau mengilai seperti pontianak. Seburuk-buruk perangai wanita, ia akan terus
melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan…
Categories: Uncategorized

Bahtera Hamba

ni la salah satu nasyid yang aku suka…Bahtera Hamba

Sukar berlabuh,
Sebuah bahtera keinsafan,
Memberanikan aku sbg nakhoda.

Di lautan luas,
Gelombang yg dtg menghanyutkan segala.

Kemudi ke dasar dosa,
Kucekalkan diriku,
Berkapaian air mata meluncur bahtera,
Ke Pulau Redha..
Kupasrahkan hatiku meredah gelombang cinta,
Yang buah menggunung menghempas dosa.

Dan akibat ke pantai putih hamparan pasir permaidani..
Terbentang luas rahmat&kasih sayangMU.

Kembali bertawajud di pulau yang redha ini,
Kutinggalkan naluri segala mazmumah diri,
Ke alunan lautan bertiup bayu kesempurnaan,
Di taman itu jiwa bersemadi.

Sunyi danau nurani bersih,
Berlinang air mata yang gugur,
Menyerah diri kepada Allah,
Mendamba kasih menghina diri.

Categories: Uncategorized

warkah buatmu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi
Maha Mengasihani, selawat dan salam buat
junjungan mulia, Muhammad saw Kekasih
Istimewa.

Salam Sejahtera buat calon suamiku, moga Allah
sentiasa merahmati dan memberkati dirimu yang
tidak pernah kutemui, namun doaku tidak pernah
putus mengiringi setiap langkahmu demi meraih
keredhaanNya

Seindah perhiasan dunia adalah wanita yang
sholehah,

Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang
ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam.
Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam
maya ini..Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang
kita cintai, pilihlah wanita yang mampu
menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim
yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah.

Calon zaujku,

Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara
hartanya, keturunannya, kecantikannya dan
agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya,
maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..

Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah
lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap
baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku
mengenali dunia baligh ini.

Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku
tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan
ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh
mak dan ayah. Tiada harta untuk
kupersembahkan dalam taklik ijab kita nanti. Tiada
harta sebagai jaminan bahawa kau akan menikmati
sedikit kesenangan apabila ijab bersaksi telah
dilafazkan. Hanya ketenangan yang mampu aku
sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-
kata …

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah
Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu
sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa
tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu
rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum: 21)
Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan,
ketahuilah jua aku hanyalah sebatang kara di dunia
ini. Mak dan ayah telah menitipkan aku di
bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak
diriku. Namun apa yang pasti, aku adalah
keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam as dan
bonda Hawa as, sama seperti mu. Ingin aku
berkongsi lafaz sahih ini denganmu …

… maka bertawakkallah kepada Allah,
sesungguhnya Allah mengasihi orang yang
bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu
maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang
kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka
siapakah yang dapat menolong kamu sesudah
Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah
kepada Allah jualah hendaknya orang yang
beriman itu berserah diri… (Ali Imran : 159-160)

Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap
insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak
terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika
kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku,
kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang
tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu.
Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan
amalan ketaatan kepada tuntutan agama yang
kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau
menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata.

Aku tidak menjanjikan aku mampu
membahagiakan rumahtangga kita nanti, kerana
aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku
menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku
merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk
membangunkan sebuah markas dakwah dan
tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada
Penciptanya yang agung. Melalui pencarian ilmu
agama bersama, marilah kita jadikan pernikahan
ini sebagai risalah demi meneruskan perjuangan
Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi
berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini,
aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat
keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan
aku membentuk usrah muslim antara aku, kau dan
anak-anak kita untuk dibaiahkan dengan ketaatan
kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita
bergelar pendamping solehah, seperti mana yang
dijanjikan Rasul,

” Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada
lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia
sembahyang dan membangunkan isterinya, maka
sekiranya enggan juga bangun untuk
bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya.
Semuga Allah memberi rahmat kurnia kepada
wanita yang bangun di tengah malam lalu
bersembahyang dan membangunkan suaminya.
Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air
kemukanya.” (Riwayat Abu Daud dengan Isnad
yang sahih)

Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu
hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah
atas namanya pertemuan dan jodoh.

Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada
Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri
yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan
isterinya; dan daripada keduanya Allah
memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan
yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang
dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling
meminta satu sama lain, dan (peliharalah)
hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu
menjaga dan mengawasi kamu. (An Nisaa : 1)

Calon Suamiku yang dirahmati,

” Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum
wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan
sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang
lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah
menafkahkan sebahagian dari harta mereka”.(An-
Nissa’:34)

Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan
dalam QalamNya yang mulia, aku meyakini
bahawa engkau adalah pemimpin untukku dan
anak-anak pewaris kejihadan Islam yang bakal
lahir. Jadikanlah pernikahan ini sebagai asas
pembangunan iman dan bukannya untuk
memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan
ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-
mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi
kerahmatan dan keredhaanNya. Lakukanlah
tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran,
qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah
satu daripada jemaah saf menuju ke syurga
insyaAllah.

Ingin aku berbicara mengenai pemberianmu
kepadaku. Kau terlalu membimbangkan akan
kehendak bersifat duniawi semata-mata. Benar?! J
Ketahuilah, aku tidak menginginkan hantaran
bersusun, mas khawin yang hanya akan
menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita
dipertemukan oleh Allah atas dasar agama.
Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam
Mulia, Al-Quran, kerana aku meyakini Qalam itu
mampu memimpin rumahtangga kita dalam meraih
keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat
sementara. Bantulah aku dalam menjayakan
agama Allah ini melalui pernikahan, kerana ia
adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh
daripada agamaku, insyaAllah. Akhlakmu yang
terdidik indah oleh ibu bapa dan orang
sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada
kekayaan duniawi yang kau sediakan. Kutitipkan
sebahagian daripada pembacaanku dalam Jalan
Dakwah Mustaffa Masyhur, tidak lagi wujud
keborosan dan kebakhilan kerana semuanya
berada di dalam udara Qana’ah (berpuas hati
dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa
dunia ini bukanlah negara Janatunna’im. Lihatlah
rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang
berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya
tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan
yang dapat dimasak. Walaupun demikian
susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap
menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang
tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini.

Terlalu panjang rasanya aku mencoretkan warkah
ini. Cukup dahulu buat tika ini, andai diizinkan aku
akan kembali menitipkankan lagi kiriman
bertintakan hati ini. Akhir bicara, maaf andai tiada
pertemuan yang kususuli kerana padaku biarlah
merindu daripada jemu tatkala kita disatukan.
Wassalam.

~tulang rusuk kirimu~

Categories: karya-karya