Home > Coretan > Renungkanlah jasa IBU….

Renungkanlah jasa IBU….

RENUNGKANLAH………

Semasa kita berumur 1 tahun, ibu menyuapkan makanan dan memandikan kita. Kita membalas budinya dengan menangis sepanjang malam.

Semasa kita berumur 3 tahun
, ibu menyiapkan makanan istimewa dan berzat untuk kita. Kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan ke atas lantai.

Semasa kita berumur 4 tahun, ibu membelikan crayon. Kita membalas budinya dengan menconteng dinding rumah.

Semasa kita berumur 5 tahun, ibu membelikan kita baju baru untuk hari raya. Kita membalas budinya dengan mengotorkan baju apabila jatuh ke dalam lopak.

Apabila kita berumur 7 tahun, ibu hantar kita ke sekolah, kita membalas budinya dengan menjerit,”Tak nak gi sekolah ”

Semasa kita berumur 10 tahun, ibu menghantar kita ke kelas tuisyen, membawa kita shopping, menghantar kita ke rumah kawan dan sebagainya. Kita tidak langsung menoleh ke belakang dan mengucapkan terima kasih setiap kali ibu menghantar kita.

Semasa kita berumur 12 tahun, ibu menasihatkan kita supaya tidak terlalu banyak menonton tv. Kita membalas budinya dengan asyik menonton sebaik sahaja ibu keluar dari rumah.

Apabila kita berumur 13 tahun, ibu menegur fesyen rambut kita yang kurang sopan. Kita membalas budinya dengan berkata bahawa ibu tak ada ‘taste’.

Apabila kita berumur 16 tahun, ibu inginkan dakapan setelah penat dan baru balik bekerja sehari suntuk. Kita mengunci diri dan bersendirian dalam bilik.

Apabila kita berumur 17 tahun dan lulus peperiksaan, ibu menangis gembira. Kita membalas budinya dengan tidak balik ke rumah hingga larut malam kerana enjoy dan celebrate dengan kawan-kawan.

Apabila kita berumur 19 tahun, ibu membelanjakan wang yang banyak untuk menghantar kita ke universiti, mengangkat beg sampai ke hostel. Kita membalas budi ibu dengan bersalaman hanya di luar dorm kerana malu dilihat kawan-kawan.

Apabila berumur 20 tahun, ibu tanya kita dengan rasa prihatin, adakah kita ada ‘boyfriend’ atau ‘girlfriend’. Kita membalas budinya dengan berkata, “ibu ni kepohlah”.

Apabila kita berumur 23 tahun, kita mendapat kerja yang pertama dan tinggal di rumah sendiri. Ibu membelikan baju untuk kita memulakan kerja baru. Kita membalas budi ibu dengan memberitahu kawan-kawan bahawa baju tidak cantik kerana ibu yang belikan.

Apabila kita 25 tahun, kita berumahtangga. Ibu menangis gembira dan berkata betapa ibu kasih dan sayang pd kita. Kita membalas budinya dengan berpindah 300km jauh dari ibu.

Apabila kita berumur 40 tahun, ibu telefon dan memaklumkan tentang majlis kenduri di kampung. Kita membalas budi ibu dengan berkata “saya sibuk”.

Apabila kita berumur 50 tahun, ibu jatuh sakit dan perlukan penjagaan dan kasih sayang. Kita membalas budi ibu dengan datang melawat ibu sekali dengan membawa sedikit epal dan merungut tentang kesibukan bekerja dan terpaksa balik segera.

Kemudian pada suatu hari, ibu meninggal dunia dan kita tidak sempat membalas segala jasa ibu. Ingat! Selagi ibu masih hidup, kasihi dan sayangilah ibu dan jika ibu sudah meninggal dunia, ingatlah jasa ibu. Ibu! Saya sayang ibu….

Categories: Coretan
  1. September 25, 2008 at 6:39 am

    salam perjuangan…

    sangat tersentuh hati…

    di kala kerinduan kpd ibu yg kejauhan di kampung…

    di kala terkenang memori silam bersama ayah tercinta…

    berbaktilah kepada mereka sewaktu mereka masih hidup dan sesudah meninggal dunia…

  2. RirY
    October 15, 2009 at 12:57 pm

    Semoga jasa yang ibu berikan selama ini sentiasa di ingati…

    dan ingatlah syurga itu terletak di bawah tapak kaki IBU…

    JANGAN SESEKALI MENDERHAKAI IBU…

    “you are my heart you are my soul”

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: