Archive

Archive for October, 2008

ibtisam, firdausi…

October 29, 2008 Leave a comment

2003-PURE FRIEND

Pertemuan tadi cukup menggembirakan hati Firdausi. Raut fizikalnya mampu menzahairkan segalanya. Senyuman yg terlukis di bibirnya tidak lekang walaupun tiada sesiapa di sekelilingnya. Ayunan langkah kakinya ringan spt tidak membawa beban. Sesungguhnya, Firdausi memang gembira. 

Pertemuan dgn Ibtisam dirancang secara tidak sengaja. Sudah lama benar Firdausi tidak menemui Ibtisam apatah lagi berborak panjang dgnnya. Ibtisam Aini Abdullah telah menjalinkan persahabatan semenjak dr darjah satu di Sek. Ren. Islam Iman. Firdausi sememangnya meminati nama Ibtisam. Semasa di alam tadika, Firdausi pernah mempunyai teman sekelas bernama Ibtisam. Mereka berkawan baik. Namun, apabila memasuki sekolah rendah, mereka tidak lagi bersama, Ibtisam Muhammad bertukar ganti Ibtisam Aini Abdullah.

Persahabatan Firdausi dan sahabatnya yg bernama Ibtisam sekali lagi mengalami halangan apabila mereka tidak memilih sekolah yg sama setelah tamat darjah 6. Ada rasa sedikit kecewa di lubuk hati Firdausi, namun Ibtisam terpaksa mengikut kemahuan keluarganya utk bersekolah di Sek. Men. Keb. Agama Tengku Anis. SMKATA merupakan sebuah sekolah elit di Kota Darul Naim. Walaupun tidak bersama di bumbung yg sama, perhubungan mereka masih berterusan. Telefon menjadi medium perantaraan utk melepaskan rindu antara mereka. Mereka jarang bertemu sejak itu.

Firdausi bahagia mengenangkan Ibtisam yg tidak pernah berubah. Mereka sehaluan. Meminati nasyid dan Chinese series, sering bertukar bahan bacaan spt komik, majalah dan novel. Tiada rahsia antara mereka melainkan perihal keluarga. Mereka agak canggung utk mengungkapkan masalah keluarga. Perkara ‘favourite’ yg sering mereka bincangkan adalah hal lelaki. Perwatakan mereka yg tegas di sebalik kelembutan seorg perempuan. Mereka agak kekok utk bergaul bebas dgn lelaki. Di mata lelaki, baik Firdausi mahupun Ibtisam, mereka berdua adalah pemarah.

“Aku geram sgt kat Munsyi tadi. Biar padan muka dia. Ingat aku ni baik sgt ke nak tolong dia. Blah ar!”

Begitulah amarah Firdausi yg diluahkan kpd sang sahabat yg setia, Ibtisam.

“Hmm, bukan ke Munsyi tu senyap je org nye. Pelik nih aku dgr kau gaduh ngan Munsyi. Aih, ada apa-apa ke?” usik Ibtisam walaupun dia tahu kemarahan Firdausi masih membara.

“Tis, Munsyi yg dulu dgn yg skrg ni lain tau tak. Dulu memang nampak baik, lurus, sivik sbb kita ni hormat dia sbg senior. Skrg, no way! He is my ex-classmate. Sbb aku hormat dialah aku simpan panas ni ‘sengsorang’.”

Spt selalu, Firdausi akan mula menceritakan masalah yg dihadapinya dgn salah seorg teman kpd Ibtisam. Ibtisam berlagak sbg kaunselor bertauliah membiarkan Firdausi berceloteh bak bertih goreng.

“Aku bukan nak busy-body ngan dia tu, Tis, tapi takkan aku nak tgk dan dgr je apa yg dia buat? Aku bukannya penyabar. Sakit telinga aku tau. Kat mana-mana je semua org cite pasal Munsyi, Munsyi, Munsyi!” luah Firdausi utk kesekian kalinya.

“Aku tak pun, Fir. Kau aje yg lebih,” sakat Ibtisam lagi.

Firdausi mencerun ke arahnya. Meledak ketawa Ibtisam tanpa ditahan.

“Ah, lantak lah! Dia tu memang ‘not accident air’lah ngan aku,” Firdausi menyahut lemah.

“Eh, Fir! Aku kan tak bape sedap sgt la dgr korg ni gaduh. Ape tu, not accident air? Takut lepas ni lain bunyinya,” ujar Ibtisam bernada jengkel.

“Aku tahu. Aku ni ikhlas ape tegur dia. Lagipun kalau berakhir gitukan bahagia ape. Kau jgn buat-buat terkejut la pulak. Lagipun Masyi tu still our close fren.”

Emosi Firdausi mula mengendur. Tidak mengambil serius terhadap gurauan Ibtisam. Bimbang juga dia jika apa yg bermain di minda Ibtisam menjadi realiti. Cepat-cepat Firdausi mengusir perasaan yg mengasyikkan jiwanya.

Walaubagaimana sekalipun, sikap Ibtisam dan Firdausi terhadap kaum Adam, mereka akur pd fitrah kehidupan. Hanya zahir sahaja berhijab kerana begitulah sebaik-baik perilaku mereka yg bergelar perempuan. Jaga diri, hiasi peribadi. Mereka sering juga berkongsi perasaan mengenai lelaki idaman. Mereka bebas meluahkannya. Sedikit sebanyak, ada juga percanggahan pendapat atau perselihan faham yg mengecilkan hati. Namun, hanya seketika malah menjadi lebih akrab disebabkan kejadian sebegitu.

Walaupun di sisi Firdausi ada Masyitah yg juga merupakan adik Munsyi, ternyata dia tidak meminggirkan Ibtisam. Ibtisam memahami, Masyitah menghayati. Firdausi tidak sendiri. Dia amat berharap agar hubungan yg terjalin ini tidak terlerai di mamah usia. Dia makin mengerti sebuah persahabatan yg bukan hanya meringan perasaannya malah juga mengusik air tenang di tasik hatinya. Semoga sebuah persahabatan tidak mudah dirungkai oleh hubungan kumbang dan bunga. Lagu ‘Sebuah Pertemuan’ mula kedengaran di deria audio Firdausi.

 

by : ely

Categories: karya-karya

SAYEMBARA PUISI ISLAMI GKLN

October 29, 2008 Leave a comment

SAYEMBARA PUISI ISLAMI GRUP KARYAWAN LUAR NEGARA 2008

Sayembara Puisi Islami GKLN 2008 merupakan salah satu aktiviti tahunan Grup Karyawan Luar Negara untuk seluruh ahlinya yang mewakili pelbagai negara.

➢    Antara syarat karya :
Setiap puisi wajib mempunyai unsur moral dan pengajaran yang menyentuh mana-mana aspek seperti :
(1) Sejarah Islam dan nilai tamadun kerajaan Islam silam.
(2) Tokoh Islam
(3) Dakwah dan tarbiyah
(4) Aspek perjuangan menegakkan syiar Islam.
(5) Kritikan sosial dan sikap umat Islam.
(6) Isu-isu semasa dunia Islam serta kocak politik dan ekonomi negara-negara Islam
(7) Keamanan/kezaliman khususnya yang melanda negara-negara Islam seperti Iraq, Palestin dan sebagainya.
(8) Aspek sains dan teknologi yang membabitkan umat Islam
(9) Lain-lain aspek yang berkaitan.

➢    Hasil karya hendaklah asli ( bukan saduran atau terjemahan) , belum pernah tersiar atau diterbitkan di mana-mana media cetak dan belum pernah menyertai sebarang peraduan lain.
➢    Karya terpilih samada menang atau tidak akan dinilai untuk diantologikan.
➢    Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 November 2008.
➢    Terma dan syarat tertakluk pada pindaan. Untuk syarat penuh layari http://gkln.blogspot.com atau emel ke gkln_sayembara@ yahoo.com

Catatan urusetia:

1) Karya-karya yang dihantar ke yahoogroups GKLN untuk dikomen/diulas tidak digalakkan dihantar untuk sayembara kerana karya tersebut telah dibaca oleh kebanyakan ahli (dan mungkin juga hakim yang bakal dilantik) sekaligus mewujudkan bias dan mengurangkan peluang untuk karya itu terpilih.
2) Karya-karya yang dirasakan baik oleh hakim, samada menang atau tidak akan dipilih untuk diantologikan dalam antologi puisi GKLN sesi 2009. Pemilihan peserta untuk antologi puisi tersebut sebahagian besarnya dibuat melalui karya yang dihantar ke sayembara.

Categories: Uncategorized