Archive

Archive for June, 2009

Belum Tentu…

Belum tentu…

kasih yang kita impi terbalas kembali…

Belum tentu…

kata yang kita idam terucap kembali…

Belum tentu…

cita yang kita uli berada di sisi…

Belum tentu…

carik yang kita ubati terus menyepi…

Belum tentu…

insan yang kita andal terus memahami…

Belum tentu juga…

ihsan yang kita ampai terus dihargai…

DAN~

Belum tentulah  juga…

hajat dihati tetap kukuh bersemi…

TETAPI~

Sudah tentu…

kasih yang kita impi bisa terbalas kembali…

Sudah tentu…

kata yang kita idam bisa terucap kembali…

Sudah tentu…

cita yang kita uli bisa berada di sisi…

Sudah tentu…

carik yang kita ubati bisa terus menyepi…

Sudah tentu…

insan yang kita andal akan terus memahami…

Sudah tentu juga…

ihsan yang kita ampai akan terus dihargai…

DAN~

Sudah tentulah juga…

hajat dihati tetap kukuh bersemi…

BILA~

ArRahman setia di sisi, dek perasaan yang merasai..

kehadiran tak dicari, walau Ia hadir tanpa di sedari….

Advertisements
Categories: karya-karya

Jual Beli bersama ALLAH

June 22, 2009 2 comments

” ikan, mbak..ikan..ikan..” ” ayam mi ki’….murah ji..” beli apa, mbak..kitak carik apa….”  suara-suara penjual di pasar Daya’…..bersungguh-sungguh benar para penjual melariskan jualan mereka. Kami semua biasanya di sni hujung minggu ke pasar Daya’ la untuk membeli barangan basah..

” ya, kasi tomatnya satu kilo ya..mau yang bagus…” temanku berbicara…” ndak usah yang itu, mau yang ini” wah, belanja sungguh..nak beli sayurpun teliti abes..maklumlah semua nakkan yang terbaik..

kalau pi mall pun, tetap memilih untuk dapatkan yang terbaik..maklumlah..nak membeli..

itu semua urusan jual beli di dunia yang kita lewati dengan sedarnya…tapi adakah kita sedar kita juga sedang berjual beli dengan Allah, Rabb dan Ilah yang memiliki jiwa kita..?

Sesungguhnya Allah membeli dari orang mukmin itu, jiwa-jiwa mereka dan harta mereka dengan (balasan ) bahwa mereka akan berolih syurga, ( disebabkan ) mereka berjuang pada jalan Allah ; maka (di antara ) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. Dan sebagai janji benar Allah dalam At Taurah dan Al Injil dan Al Quran. Dan barang siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu ialah kemenangan yang besar. At Taubah : 111

Alhamdulillah sementara nadi masih berdenyut, maka masih berkesempatan dan hakikatnya sedang kita berjual beli dengan Rabb pemilik sekalian alam, Allah SWT.  Rabb yang telah menciptakan kita, yang telah menciptakan ibu dan ayah kita juga Rabb yang telah menciptakan semua kehidupan di alam ini. DIA jugalah Rabb yang memiliki segala kekayaan di dunia mahupun di  mana sahaja.  DIA lah Allah, Rabb dan Ilah yang telah mencampakkan sedikit kuasa cintaNYA di bumi ini. Maka dengan itu, berkasih-sayanglah seluruh makhluk di bumi. Maka kerana itu juga anak sayangkan ibunya, kerana itu juga anak sayangkan ayahnya dan kerana itu juga ibu dan ayah menyayangi anak-anaknya. Semuanya adalah kerana Allah..dan kita sedang berjual beli dengan Allah dalam apa jua keadaan dan bentuk… 

kekuasaan Allah meliputi yang dilangit dan dibumi. Semuanya milik Allah…Dan hanya Allah sahajalah Pembeli yang paling maha harganya…

“……..Bersyukurlah kepada Allah ( akan nikmatNya kepadamu ). Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang tidak bersyukur ( maka tidaklah menjadi hal kepada Allah ) kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi terpuji.” Luqman : 12

Dan Allah telah memberi kurniaNya kepada kita semua. Allah telah banyak memberi dan mencukupkan keperluan kita semua. Allah tidak pernah lupa kepada kita semua. Dan Allah sedikitpun tidak meminta apapun juga balasan dari hambaNya..

Hanya sajalah kita harus bersyukur dengan segala-galanya..selagi mana kita mash berpeluang berjual-beli dengan Allah, selagi itu jugalah kesyukuran kita rafa’kan kepada Allah…sehingga kita dipanggil kembali kepada Allah..

Categories: Coretan

Persada Perjuangan

Persada Perjuangan
Album : Kedamaian
Munsyid : Zulfan
http://liriknasyid.com
Masih mekar kenangan indah,
Zaman gemilang islam menjulang,
Ketika rasul ada bersama,
Para sahabat mentadbir dunia,

Zaman nubuwwah era khulafa’,
Islam umpama api membara,
Menerangi ummah dan juga sahabat,
Bahangnya bagai membakar lawan.

Di celah itulah kami mengatur,
Lankah membina sebuah tamadun,
1 barisan 1 perjuangan,
Bersama kita segera tunaikan,
Amanah rasul itu yg utama,

Ayuh semua para mujahid,
Ayuh semua mujahidah,
Mari bersama kita nyalakan,
Bara perjuangan di dalam diri,
Agar tertegak kalimah ilahi.

Categories: karya-karya

Dakwah fardiyah…(sambungan)

June 18, 2009 1 comment

sambungan…

MARHALAH KETIGA: MENGISLAHKAN AKHLAK

 Pada tahap ini kita membantu mad’u memperbaiki akhlaknya dengan memperkenal atau mendedahkan mereka kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan keta’atan kepada Allah Subhanahuwata’ala dan ibadah-ibadah yang diwajibkan. Juga, membantu mad’u melatih dan membiasakan diri mereka dalam ketaatan dan disiplin melaksanakan ibadah, menjauhkan diri daripada segala kema’siatan dan menghiasi diri dengan akhlak Islamiyah.

Langkah-langkahnya ialah:

1) Menolongnya dan memperkenalkannya akan urusan dinnya.

2) Menolongnya menyelesaikan permasalahan menta’ati Allah Subhanahuwata’ala dalam menjalankan ibadah-ibadah yang ditentukan.

 3) Dia dibekalkan dengan buku-buku yang mudah baginya, yang menyentuh permasalahan:

     a) Aqidah

     b) Ibadah 

     c) Akhlak

     d) Sejarah Islam (sirah)

     e) Lain-lain yang bersesuaian.

4) Dia dibawa ke majlis ilmu:

      a) Ceramah Islam

      b) Nasihat ulama’ yang salih.

 5) Mengajak dia berkenalan dengan orang-orang yang salih dan ikhlas, menjauhkannya daripada orang-orang jahat. 

6) Sentiasa memimpin dia kepada suasana yang baik. 7) Kita terus memperhatikan tindak-tanduknya (keperibadian Islamnya).

 8 ) Jangan kita biarkan dia tanpa bimbingan dan pertolongan, kerana ditakuti dia lemah dan futur.

9) Di tahap ini, mad’u dibimbing agar:

      a) Dia beramal dengan segala perkara yang baru dikenalinya dari hukum-hukum syari’at Islam.

     b) Dia menggabungkan dirinya didalam perlaksanaan ibadat dan menjauhkan dirinya dari segala ma’siat.

     c) Dia menghiasi dirinya dengan akhlak Islam.

     d) Kita nampak peribadi Islamnya mula tegap, kukuh, mantap dan tidak mudah goyang

Categories: Coretan

Dakwah fardiyah I

June 16, 2009 1 comment
ku ingin..ku hajat..ku damba..semoga dapat berada dalam barisan ” ulama’ warasatul anbiya’..” ameen…
bukan sekadar ucapan dan susunan kata..tapi harus dibayar dengan harga maharnya…insyaAllah..hidup mulia, mati syahid..
Melalui da’wah, Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam telah berjaya mengangkat mertabat manusia menjadi makhluk yang mulia. Da’wah telah berjaya menyebarkan kebahagiaan, kedamaian dan ketenteraman yang hakiki. Jejak langkah Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam telah diikuti oleh para sahabatnya dan diwariskan dari satu generasi ke generasi seterusnya. Walaupun Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam telah wafat, namun tanggungjawab da’wah tidak berhenti. Tanggungjawab da’wah adalah tanggungjawab kita yang berterusan.
 
MARHALAH PERTAMA: MENGENALI MAD’U DAN MEMBINA HUBUNGAN

Pada tahap ini kita harus berusaha agar mad’u merasakan bahawa kita mengambil berat tentang mereka. Bertanya khabar di kala mereka tidak ada. Kita belum lagi berbicara secara langsung tentang da’wah, agar hati mereka lebih terbuka dan bersedia untuk menerima apa yang diperkatakan. Pada tahap ini, lagi banyak perhatian yang diberikan kepada mad’u maka akan lebih banyak penerimaan yang akan diperolehi daripada mad’u (InsyaAllah). Langkah-langkah kita ialah:

1) Mengadakan hubungan silaturrahim.
2) Berta’aruf dengan mad’u.
3) Menunjukkan kepadanya bahawa kita kenalnya.
4) Menunjukkan kepadanya bahawa kita mementingkannya.
5) Kita menziarahinya di rumahnya dan selalu membawa hadiah.
6) Memberikan perhatian dan kemesraan kepadanya.
7) Menghormati dan memuliakannya.
8 ) Dan berbagai usaha perlu dibuat untuk menariknya.

 
MARHALAH KEDUA: MEMBERSIHKAN AQIDAH DAN MEMBANGKITKAN IMAN

Pada tahap ini perbicaraan terhadap masalah iman dilakukan secara tidak langsung, secara tabi’i dan seolah-olah tidak sengaja. Masa-masa tertentu dimanfa’atkan dengan sebaik-baiknya seperti ketika melihat seekor burung terbang, melihat serangga dan apa sahaja ciptaan Allah Subhanahuwata’ala. Di kesempatan ini ajaklah mad’u untuk berbicara tentang kekuasaan, keindahan dan keagungan ciptaan Allah Subhanahuwata’ala.

Pada tahap ini diutarakan juga bahawa walau bagaimana hebat manusia namun ia tidak mampu menandingi Allah Subhanahuwata’ala, contohnya saintis yang paling bijak pun tidak mampu untuk menciptakan walau sebiji benih, apatah lagi untuk menumbuhkannya. Mereka mungkin membuat penemuan-penemuan baru tetapi bukan ciptaan baru.

Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian pada tahap ini ialah:

1) Menjaga segala pembicaraan dengan baik.
2) Berbicara tentang iman secara tidak langsung.
3) Menggunakan segala peluang dan kesempatan untuk dikaitkan dengan betapa Kudrat Kuasa Allah Subhanahuwata’ala seperti:
     a) Ketika melihat seekor burung sedang terbang.
     b) Ketika melihat seekor serangga sedang melintas lalu.
     c) Ketika melihat pokok kayu atau rumput.
     d) Ketika melihat bagaimana tumbuh-tumbuhan berbeza pada batang, akar, daun, bunga dan baunya.
     e) Kemukakan soalan-soalan seperti: Mampukah para saintis dari semua jurusan mencipta sebiji padi?. Kemudian  kita jelaskan bahawa rahsia hidup adalah hak Allah Subhanahuwata’ala.

4) Menjelaskan bahawa mencipta dan menghidupkan itu adalah hak Allah Subhanahuwata’ala semata-mata. Firman-Nya:
Bermaksud: Dan kamu lihat gunung-gunung itu, kamu sangka dia tetap di tempatnya, padahal ia berjalan sebagai jalannya awan. (Begitulah) perbuatan Allah yang membuat dengan kokoh tiap-tiap sesuatu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.
(Surah An-Naml : 88)

5) Memberi misalan-misalan yang menarik dan menawan hati. Firman Allah Subhanahuwata’ala:
Bermaksud: Inilah ciptaan Allah, maka perlihatkanlah olehmu kepadaku apa yang telah diciptakan oleh sembahan-sembahan(mu) selain Allah. Sebenarnya orang-orang yang zalim itu berada di dalam kesesatan yang nyata.
(Surah Luqman : 11)

6) Mengadakan perbincangan lanjut dan berulang-ulang mengenai penciptaan Allah Subhanahuwata’ala.

7) Mengajak dia memikirkan tentang makhluk Allah Subhanahuwata’ala di mana-mana sahaja .
8 ) Membawa dia memikirkan bahawa penciptaan Allah Subhanahuwata’ala bukanlah sia-sia.
9) Membawa dia mengingati kurniaan Allah Subhanahuwata’ala untuk orang-orang yang beriman.
10) Membawa dia mengingati akhirat.
11) Mendorong dia berdo’a kepada Allah Subhanahuwata’ala supaya menjauhkan diri daripada neraka (‘Azab Allah Subhanahuwata’ala).
12) Kita kenangkan kepadanya kemuliaan yang telah dikurniakan Allah Subhanahuwata’ala terhadap manusia. Malangnya banyak manusia mensia-siakannya.
13) Manusia banyak melayan tuntutan jasmani. Mereka tidak melayan dan tidak memberi perhatian kepada rohani dan aqidah.
14) Dengan kita membawa dan menyentuh sedikit tentang iman dan aqidah Islam, semoga dia mula sedar dan iman mula bertapak.
15) Di tahap ini, mad’u dibimbing agar:
     a) Bertambah kagum dan memuji Allah Subhanahuwata’ala:
Bermaksud: (Iaitu) Orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Rab kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharakanlah kami daripada siksa neraka.
(3 : 191)
     b) Bermulalah hatinya itu hidup dengan mengenali Allah Subhanahuwata’ala.
     c) Dia bersedia untuk beriman dengan Allah Subhanahuwata’ala dan hari akhirat.
     d) Dia mulai ingin memahami tugas, tanggungjawab dan tujuan hidup.
     e) Dia ingin tahu dengan jelas akan tujuan dia diciptakan (bahawa manusia tidaklah dijadikan dengan sia-sia, bahkan adalah untuk memperhambakan diri kepada Allah Subhanahuwata’ala).
     f) Dia inginkan aqidah salimah (aqidah yang sejahtera) dan benar. Kebahagiaan di akhirat bergantung kepada aqidah yang salim.
     g) Dia rasa hanya dengan bertaubat dan beriman kepada Allah Subhanahuwata’ala sahaja akan dapat menyelamatkannya.
     h) Dia mula tertarik dan mudah mengikut ajaran-ajaran Islam dengan penuh iltizam.

bersambung, insyaAllah….

-p.cik bro abu salman-

Categories: Coretan

KTD

Nak Sambung Belajar?

http://www.ktd.edu.my/

Kolej Pilihan Kolej Teknologi Darulnaim Ditubuhkan pada tahun 1997. Bermatlamatkan penyediaan pendidikan dalam bidang teknologi dan profesional bagi melahirkkan tenaga kerja yang mahir dan berakhlak.

 

 Kenapa saya (secara peribadi) syorkan kolej ini:

 [*]Penekanan kepada pembinaan syakhsiyah diri dan keterampilan pelajar.

[*]Fokus intensif kepada peningkatan Softskill.

[*]Peluang pembelajaran secara amali melalui program INKUBATOR [latihan praktikal semasa pengajian]

 [*]Dan banyak lagi disamping kemudahan-kemudahan lain yang asasi.

 

-c.azmi-

Categories: Uncategorized

Suatu kepastian

Allah izin satu lagi berita tarbiyah dari Allah buatku..tarbiyah langsung dari Allah yang smpai ke telingaku pagi tadi membuatkan otakku kembali berzikir mengingatiNya..berita tersebut juga membuatkan hatiku kembali bertafakkur kepadaNya..berita yang membuat diriku sedikit cemburu dengan adik sefiqrahku, yang lebih disayangi Allah..tapi terselit kegembiraan kerana adikku dihadiahkan  syahid dari Allah, insyaAllah…

speedjanji Allah itu benar..mati itu benar..syurga Allah itu benar..neraka Allah itu jua benar…;-(

bila tiba masanya, tidak akan dipercepat dan tidak juga diperlambat walau untuk sesaat…

dunia hanya mainan dan persinggahan semata…kalau time naik kapal terbang tu, suka tgk ke bawah..

kecik je semua yang kelihatan dari atas kapal terbang…

tanpa disedari..itulah hakikatnya dunia..mcm alat mainan budak-budak…kecik je..haluih je..

tapi ramai orang tak sedar hakikat ini..termasuklah diriku yang paling tak sedar diri…:-(

 

doaku buat semua yang sefiqrah denganku…semoga kasih sayang Allah sentiasa bersama kalian..kita jumpa lagi di negeri abadi, insyaAllah………….

Categories: Uncategorized