Archive

Archive for July, 2009

CintaMu, oh Allah………

July 18, 2009 1 comment

Cinta Allah cinta sejati, cinta Allah cinta abadi, cinta Allah menjanjikan kebahagiaan hakiki. Selalu ku dengar kata-kata sebegitu. Pernah ku semat cinta abadi ini dalam hatiku. Benar. Aku amat merasai kebahagiaan yang tidak dapat kugambarkan dengan kata-kata. Tangisku pada Dia, semakin melapangkan hatiku. Saban malam aku tenggelam dalam keasyikan mabuk rindu kepadaNya. Sungguh aku tenang dan bahagia sentiasa.

Aku akui mutiara kata dari sajak Aminah Qutb, ukhtiku yang telah duluan syahid merebut cinta Allah. Katanya…

Sekiranya,

kita cinta kepada manusia,

tak semestinya manusia cinta kepada kita,

Tetapi sekiranya,

kita cinta kepada Allah,

nescaya cinta Allah tiada penghujungnya,

Sekiranya,

kita cinta kepada manusia,

kita akan cemburu kepada orang yang

mencinta orang yang kita cintai,

Tetapi sekiranya,

kita cinta kepada Allah,

kita akan turut mencintai orang yang,

melabuhkan cintanya kepada Allah juga.

Ya Allah,

andainya dia adalah jodoh

yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,

Maka

campakkanlah ke dalam hatiku,

cinta kepadanya adalah kerana-Mu,

dan campakkanlah ke dalam hatinya,

cinta kepadaku adalah kerana-Mu.

Namun,

andainya dia bukanlah jodoh yang

ditetapkan oleh-Mu kepadaku,

berikanlah aku kekuatan agar pasrah

dalam mengharungi ujian,

yang Kau berikan kepadaku.

-Aminah Qutb-

(petikan dari buku Pemilik Cintaku setelah Allah dan Rasul)

Oh Allah, sudikah ENGKAU menerimaku lagi untuk kini……..

ya Allah, sesungguhnya aku benar-benar kembali kepada Mu..

-umi fatih-

Categories: Uncategorized