Archive

Archive for August, 2009

Ramadhan Menjana Insan Taqwa

August 22, 2009 Leave a comment

keindahan penciptaan-Mu ku selami dengan hiasan taqwaku

Madrasah Ramadhan datang kembali. Alhamdulillah kita semua masih dipilih oleh Allah SWT Yang Maha Penyayang, untuk menjadi tamu di Ramadhan-Nya. Namun marilah sama-sama kita sedari bahawa peluang ini bukanlah sekadar untuk kita dapat berbaju baru di 1 syawal. Bukan juga untuk kita saling berkumpul sesama sanak-saudara yang serumpun. Tetapi peluang dari Allah Sang Pencipta kita, adalah untuk menjana ketaqwaan kita kepada Allah. Seperti telefon bimbit jika tidak ‘dicas’ pasti mati baterinya. Apatah lagi hati kita yang menjadi paksi iman dan taqwa, perlulah ‘dicas’. Bersempena Ramadhan inilah kita dapat ‘mengecas’ ketaqwaan kita secara besar-besaran, insyaAllah…

Bila membicarakan kata taqwa, kita menyelami ciri-ciri dari sifat orang yang memiliki ketaqwaan kepada Allah. Antaranya adalah :

– menyediakan hati yang bersih

-membentuk sifat yang sensitif

– takut kepada Allah

izinka daku bersimpuh dihadapan-Mu

Dimana pakaian taqwa kitalah yang akan berperanan agar menjaga, menyedarkan hati kita dan tidak membenarkan kelalaian bertamu walau sejenak di jiwa insan. Taqwa juga akan memanipulasikan seluruh diri kita untuk kuat melaksanakan ibadah puasa, mentaati Allah dan mengutamakan keredhaan-Nya. Sekaligus pakaian yang tidak dijua dimana-mana mall di dunia ini ( taqwa) akan menjaga hati kita daripada dirosakkan oleh maksiat.

Defini taqwa dapat kita hayati dari kupasan akhi Abdullah Afifi, Wasoya Rasul s.a.w berdasarkan Al-Quran :

1. Takut dan gerun kepada Allah

” Dan peliharalah dirimu dari (‘azab) pada hari kamu semua dikembalikan kepada Allah. Kemudian masing-masng diri diberi balasan sempurna terhadap apa yang telah dikerjakannya sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya ”                         ( Al-Baqarah : 281 )

2. Taat dan beribadah kepada Allah

” Wahai orang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan jangan kamu mati melainkan dalam  Islam ” ( Ali-Imran : 103)

3. Sucikan hati dari dosa

” Siapa taat kepada Allah dan RasulNya, takut kepada Allah dan kawal dirinya ( bertaqwa) mereka itulah orang-orang yang berjaya ” ( An-Nur : 52 )


~ bersambung….

Categories: Coretan

PeSaN uMMiku SayaNG…

August 20, 2009 Leave a comment

Alhamdulillah dah selesai posting KKN di perkampungan. Sebulan setengah menagih tarbiyah di kampung orang. Banyak rasa kesukaran terutama result2 akademik dan perancangan masa depan yang membebani fikiran tatkala di sana. Namun satu hari dapat sms dari insan yang paaaaaaling dicintai dimuka bumi ini, setelah Allah dan Rasul:

”InsyaAllah God Willing Will hear from you

then I’m blessed

to have someone like you,

Allah is the Greatest

my daughter should meet You one day syarifah

it would be a precious moment

a medical doctor to be

and a pendakwa raya a prosecutor

maaf jika salah for Allah’s sake!

Your time is highly appreciated

tq again ”

( umiku syg, 13-Aug-2oo9, 06:20:26 )

Terima kasih ummi, untuk segalanya…love u~ forever

Categories: Coretan