Home > Coretan > Ramadhan Menjana Insan Taqwa

Ramadhan Menjana Insan Taqwa

keindahan penciptaan-Mu ku selami dengan hiasan taqwaku

Madrasah Ramadhan datang kembali. Alhamdulillah kita semua masih dipilih oleh Allah SWT Yang Maha Penyayang, untuk menjadi tamu di Ramadhan-Nya. Namun marilah sama-sama kita sedari bahawa peluang ini bukanlah sekadar untuk kita dapat berbaju baru di 1 syawal. Bukan juga untuk kita saling berkumpul sesama sanak-saudara yang serumpun. Tetapi peluang dari Allah Sang Pencipta kita, adalah untuk menjana ketaqwaan kita kepada Allah. Seperti telefon bimbit jika tidak ‘dicas’ pasti mati baterinya. Apatah lagi hati kita yang menjadi paksi iman dan taqwa, perlulah ‘dicas’. Bersempena Ramadhan inilah kita dapat ‘mengecas’ ketaqwaan kita secara besar-besaran, insyaAllah…

Bila membicarakan kata taqwa, kita menyelami ciri-ciri dari sifat orang yang memiliki ketaqwaan kepada Allah. Antaranya adalah :

– menyediakan hati yang bersih

-membentuk sifat yang sensitif

– takut kepada Allah

izinka daku bersimpuh dihadapan-Mu

Dimana pakaian taqwa kitalah yang akan berperanan agar menjaga, menyedarkan hati kita dan tidak membenarkan kelalaian bertamu walau sejenak di jiwa insan. Taqwa juga akan memanipulasikan seluruh diri kita untuk kuat melaksanakan ibadah puasa, mentaati Allah dan mengutamakan keredhaan-Nya. Sekaligus pakaian yang tidak dijua dimana-mana mall di dunia ini ( taqwa) akan menjaga hati kita daripada dirosakkan oleh maksiat.

Defini taqwa dapat kita hayati dari kupasan akhi Abdullah Afifi, Wasoya Rasul s.a.w berdasarkan Al-Quran :

1. Takut dan gerun kepada Allah

” Dan peliharalah dirimu dari (‘azab) pada hari kamu semua dikembalikan kepada Allah. Kemudian masing-masng diri diberi balasan sempurna terhadap apa yang telah dikerjakannya sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya ”                         ( Al-Baqarah : 281 )

2. Taat dan beribadah kepada Allah

” Wahai orang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan jangan kamu mati melainkan dalam  Islam ” ( Ali-Imran : 103)

3. Sucikan hati dari dosa

” Siapa taat kepada Allah dan RasulNya, takut kepada Allah dan kawal dirinya ( bertaqwa) mereka itulah orang-orang yang berjaya ” ( An-Nur : 52 )


~ bersambung….

Categories: Coretan
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: