Archive

Archive for October, 2009

Mutiara Ilmu

October 29, 2009 Leave a comment

Jazakallah khairan  kathira buat para sahabat seperjuangan yang sentiasa membawa diriku mengenal Pencipta.

‘’bila sebuah puzzle dikatakan sempurna? ketika setiap kepingannya menempati tempatnya masing-masing. tetapi manusia sering buru-buru menilai puzzle sebelum setiap kepingannya ada. setiap kepingan yang kelihatan tidak bermakna itu hanya akan membuktikan manfaatnya bila semuanya telah diatur dengan baik. hargailah tiap satunya..’’

 yazidsahak@gmail.com 6/4/2008

 

 

‘’salam perjuangan…

sangat tersentuh hati…

di kala kerinduan kpd ibu yg kejauhan di kampung…

di kala terkenang memori silam bersama ayah tercinta…

berbaktilah kepada mereka sewaktu mereka masih hidup dan sesudah meninggal dunia…’’

ibnusina_05@yahoo.com 25/9/2008

 

 ‘’Pujangga Ahmad Syauqi pernah bermadah :

bangunlah dan berikanlah penghormatan kpd gurumu
kerana hampir seorang Guru itu berperanan sebagai seorg Rasul’’

mzedlee@yahoo.com 6/6/2009

 

Dakwah Fardiah adalah nadi kpd sesuatu gerakan dakwah.
Tanpanya, dakwah adalah mandul dan mati.

teruskan buat keje2 amal islami ini…
moga generasi yg akan dtg adalah generasi Al-Quran yg berjln

لأن يهدى الله بك رجلا واحدا خير لك من الدنيا وما فيها

“Jika sekiranya Allah memberi petunjuk kepada seorang lelaki keranamu, nescaya itu lebih baik dari dunia dan segala isinya.”

mzedlee@yahoo.com 18/6/2009

 

Dari Abu Malik Al-Hariths bin Ashim Al-Ashya’ri r.a, katanya: Telah bersabda Rasulullah SAW ‘Suci itu sebahagian daripada iman, dan Alhamdullilah memenuhi timbangan, dan Subhanallah Wal-Hamdullilah pula akan memenuhi ruang antara langit dan bumi. Dan sembahyang itu cahaya, dan sedekah itu bukti, dan sabar itu sinaran dan Al-Quran itu dalil bagimu atau atasmu. Setiap manusia berusaha, ada yang menjual dirinya, ada yang memeliharanya dan ada yang membinasakannya.’

srikandimaya@yahoo.com 28/6/2009

 

Semoga jasa yang ibu berikan selama ini sentiasa di ingati…

dan ingatlah syurga itu terletak di bawah tapak kaki IBU…

JANGAN SESEKALI MENDERHAKAI IBU…

“you are my heart you are my soul”

y_nazri@yahoo.com 15/10/2009

 

 

Advertisements
Categories: Uncategorized

Bila Kehidupan Berbicara

October 29, 2009 Leave a comment

Kebahagiaan adalah milik mereka yang mengenali dan memahami hakikat kehidupan.  Mereka mengetahui bilakah bermula dan berakhirnya kehidupan serta bijak menyesuaikan dirinya ditengah-tengah arus kehidupan yang bergelora. Sesungguhnya menyedari kekerdilan dan kerendahan diri ialah puncak ketinggian insan.

Kehidupan ini umpama arus deras yang sentiasa mengalir tanpa henti. Sebagaimana jiwa kita yang kadang-kadang kuat kadang-kadang lemah begitu jugalah kehidupan kita; kadang-kadang kita cukup kuat menongkah arus kehidupan yang serba ganas atau sekurang-kurangnya mampu bertahan dengan apa yang ada namun kadang-kadang ketika jiwa  kita lemah tak bermaya maka kitapun tewas lalu hanyut dibawa arus.

Kita hanyalah sebahagian kecil dari gelombang kehidupan itu sendiri. Sudah tentunya kita tidak sentiasa berjaya; tentu ada hari – hari gagal dalam kehidupan kita. Jika kita tidak sedar bahawa kegagalan itulah teman setia kita, tentu kita tidak akan terasa asing dalam kehidupan kita sendiri.

Kita takutkan kekecewaan sedangkan kekecewaan itulah guru yang akan mengajar kita erti prinsip dan perlunya kita bangkit semula dari kegagalan kita. Kekecewaanlah yang akan mengajar kita betapa besarnya keburukan yang akan datang selepas kelalaian. Bahkan kekecewaan itu akan mengajar kita tentang perlunya kita berhati-hati ketika melangkah dalam kehidupan.

 

Ketika kegagalan mewarnai kehidupan kita, kitapun menangis dan kecewa namun kejayaan tidak sedikitpun akan tersenyum pada kita. Ketika kita dipandang hina dan dicerca kerana kesalahan kita sendiri, kemuliaan hanya memandang kita dengan seyuman sinisnya. Ketika kita tersungkur jatuh kerana kelalaian kita sendiri lalu jiwa kita sakit dan menderita, kitapun menangis hiba, malangnya kebahagiaan tidak juga menemani kita hingga keresahan terusir dari jiwa kita.

Jadi, kenapa kita tidak terseyum?

Senyuman itu akan mewarnai kekelaman dan kegelapan jiwa kita hingga kita akan melihat kehidupan ini dengan semangat dan keazaman yang baru. Bukankah sahabat Rasulullah SAW yang berjaya itupun pernah gagal namun kerana mereka tidak terlalu sibuk memanjangkan tangisan dan keluhan jiwa mereka lalu merekapun ada banyak masa untuk melakar harapan.

Lihatlah kehidupan ini dengan jiwa yang tersenyum. Kalaupun hidup kita merempat, ada pula manusia yang mati hina. Kalau kita serba kekurangan ada pula manusia yang langsung tak memiliki apa-apa. Kalau kita miskin harta, ada manusia yang miskin jiwa hingga tidak menikmati keindahan hidup walaupun kaya raya. Kalaupun kita tidak memiliki kenderaan yang baik, ada manusia yang tidak memiliki kaki untuk berjalan.

Memang kita berhak menangis. Tetapi kita perlu tahu ketika mana dan untuk siapa tangisan itu. Jiwa kita ini ada Pemilikya. Marilah kita sandarkan harapan pada Yang Maha Kuasa.

-petikan  dari Abu Umar-

 

 

Categories: Coretan

Damaikan hatiku Ya Allah

October 24, 2009 3 comments

”Ya Allah, damaikanlah hatiku

jika dia benar untukku

dekatkanlah hatinya dengan hatiku

Ameen…”

Categories: Uncategorized

”Selagi ada peluang…”

October 24, 2009 Leave a comment

” Sekarang ni, bukan wang ringgit ja yang diperlukan sebagai bantuan..kita nak tenaga ni.. yang muda-muda tu, sumbang tenaga..setakat dua ratus ringgit sebulan, bulehla kan..tapi apa yg diperlukan sekarang adalah tenaga..berapa ramai anak muda yang xsedar benda ni..selagi ada peluang, kita kena bantu…”

Petikan dari kata-kata nasihat seorang insan yang sentiasa memberi semangat dan teguran buat sahabatnya. Seorang sahabat yang sangat peka dengan masalah dan penyakit masyarakat kini. Seorang sahabat yang sentiasa mengalir semangat menolong dalam darahnya. Ya, dialah yang menyedarkan diriku, mengetuk sedikit pintu hatiku, dengan kuasa Allah SWT. Membuatkan otakku kini ligat berfikir,  ”selagi ada peluang”

Allah izin beberapa tugas mula melamar rentetan dari kesedaran diriku tentang hausnya jiwa untuk memberi bantuan kepada masyarakat. InsyaAllah selagi ada peluang dari Allah SWT, diri dan jiwa ini adalah milik Islam tercinta.

Dedikasi istimewa buat sahabat yang telah mengungkapkan selaut kesedaran buat santapan mindaku ini. Raihlah diriku dan bawalah ia selamanya agar aku tidak akan lagi kikir dalam menghidu kesakitan masyarakat. Agar aku sedar, lahirku bukan dipakaikan dengan baju Islam tetapi harus ku perjuangkan kemerdekaan Islam yang telah diberikan.

Sentiasa ku nantikan untuk sama melewati kelumpuhan akhlaq remaja kini, agar semua pemuda pemudi gagah berdiri kembali.

Hanya satu yang dapat ku nyatakan buatmu sahabat…” selagi dirimu sudi”…..

-buat insan yang bersujud di benua terpisah-

Categories: Coretan

Isi Masa………………..

October 8, 2009 3 comments

Sekarang isi masa…

ni xtaula isi masa ka buang masa….kawan cakap buang masa..( kata siti zawani zdainal abidin dari johor ) xtaula…

ni mewarna dalam buku…adakah terfikir kita juga sedang mewarnai kehidupan kita…apakah menggunakan warna yang menghasilkan sesuatu yang indah dan cantik…atau sebaliknya…apakah warna yang kita gunakan dalam kehidupan ini mendapat  A+ dari Allah SWT pada akhirnya….. tepuk dada tanyalah iman…

Categories: Uncategorized

-Ganjaran Puasa Enam Syawal-

October 5, 2009 Leave a comment

PUASA enam hari pada bulan Syawal adalah kesinambungan kepada ibadat puasa sebulan yang diwajibkan pada Ramadan.

Walaupun tidak berdosa sekiranya tidak dilakukan, tetapi hakikatnya puasa sunat enam hari pada bulan Syawal adalah ibadat yang penuh bermakna, malah ia amalan generasi soleh yang terdahulu.

Nabi s.a.w ada menjelaskan ganjaran kepada mereka yang berpuasa enam hari pada Syawal melalui beberapa hadisnya, antaranya hadis diriwayatkan Muslim yang bermaksud: “Sesiapa berpuasa pada Ramadan, kemudian diiringi dengan (puasa) enam hari Syawal, maka dia seperti berpuasa satu tahun penuh.”

Menerusi hadis lain yang dikeluarkan At-Tabrani dengan sanadnya daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa pada Ramadan dan diiringi dengan puasa enam hari pada Syawal, nescaya hilang segala dosanya seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya.”

Penegasan baginda itu menunjukkan puasa enam hari bulan Syawal amat digalakkan walaupun ia tidak sampai tahap wajib, kerana ganjarannya sangat besar.

Nabi s.a.w sendiri menggalakkan umatnya rajin beribadat, dengan ibadat fardu disusuli dengan amalan sunat. Baginda ada menerangkan Allah S.W.T amat suka kepada hamba-Nya yang rajin beribadat, seperti pada hadis berikut:

Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah berfirman yang maksudnya: “Sesiapa yang memusuhi wali-Ku, maka sesungguhnya aku mengisytiharkan perang terhadapnya. Dan tiada seorang hamba-Ku yang bertaqarrub (beramal) kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Aku cintai hanya dari ia menunaikan semua yang Aku fardukan ke atas dirinya. Dan hendaklah hamba-Ku sentiasa bertaqarrub dirinya kepada-Ku dengan nawafil (ibadat sunat) sehingga Aku mencintainya. Maka apabila Aku telah mencintainya, nescaya adalah Aku sebagai pendengarannya yang ia mendengar dengannya, dan sebagai penglihatannya yang ia melihat dengannya, dan sebagai tangannya yang ia bertindak dengannya, dan sebagai kakinya yang ia berjalan dengannya. Dan jika ia meminta kepada-Ku nescaya Aku berikan kepadanya, dan jika ia memohon perlindungan kepada-Ku nescaya Aku lindungi.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Jika berpuasa pada Ramadan terpaksa menahan lapar dan dahaga, berpuasa enam hari pada Syawal tidak kurang juga menuntut ketabahan, malah apabila diperhatikan bahangnya lebih terasa kerana ketika berpuasa orang lain ‘berbuka.’

Tetapi sedar atau tidak, ibadat sunat enam hari itu juga adalah penanda aras keimanan dan ketakwaan seseorang terhadap Allah; sanggup berlapar dan dahaga ketika musim orang menikmati aneka juadah, semata-mata kerana menyahut anjuran agama.

Menurut ulama, puasa sunat enam hari pada Syawal sebaik-baiknya (lebih afdal) dilakukan berturut-turut, dimulai pada hari kedua Syawal dan diikuti lima hari lagi berturut-turut.

Tetapi jika tidak dapat, boleh dilakukan pada mana-mana hari asalkan masih di dalam Syawal dan boleh dengan tidak berturut-turut asalkan cukup enam hari.

Sesetengah ulama pula berpendapat puasa enam itu boleh dilakukan secara berselang-seli atau tidak terus menerus sepanjang Syawal.

Ulama juga berbeza pendapat antara puasa sunat enam hari pada bulan Syawal dengan puasa ganti (qada) Ramadan.

Pendapat pertama mengatakan tidak dibolehkan niat puasa ganti bersama puasa sunat Syawal. Ini kerana berdasarkan hadis setiap amalan berdasarkan niat.

Sebagai contoh, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam menggariskan adakah puasa enam boleh diniat sekali dengan puasa ganti: ‘Niat puasa enam tidak boleh disekalikan dengan puasa

qada.

Imam As-Syafi’i (di dalam Kitab Al-Umm) berpendapat dalam mensyarahkan bab ‘setiap amalan dengan niatnya’ bahawa: Hendaklah dibezakan ibadat puasa Ramadan, puasa nazar, puasa kafarah, puasa qada dan puasa sunat.

Imam Jalaluddin As-Suyuti (di dalam Kitab Al-Isybah) juga berpendapat hendaklah diasingkan puasa Ramadan atau nazar atau puasa sunat. Namun, seseorang yang berniat puasa qada ketika Syawal boleh juga dikurniakan pahala puasa enam (tanpa menjatuhkan niat itu) mengikut pendapat

sebahagian ulama.’

Pendapat kedua mengatakan dibolehkan niat bersama, malah memadai seseorang yang ingin melakukan puasa qada dan puasa sunat enam hari dengan berniat hanya puasa qada pada bulan Syawal.

Mereka akan mendapat dua ganjaran sekali gus dengan syarat dia perlu berniat puasa qada terlebih dulu. Ini kerana puasa qada adalah wajib dan puasa enam adalah sunat.

Hal yang sama berlaku ke atas solat tahiyatul masjid. Jika seseorang memasuki masjid dan terus melakukan solat fardu, maka dia akan diberi ganjaran dua pahala sekali gus.

Bekas ketua jawatankuasa fatwa al-Azhar, Sheikh ‘Atiyyah Saqr, berkata seseorang yang tertinggal puasa pada Ramadan boleh berpuasa sunat enam hari Syawal dengan niat bersama puasa ganti.

Menurutnya, orang yang berpuasa itu akan mendapat ganjaran berganda secara serentak; menggantikan puasa yang ditinggal dan mendapat ganjaran puasa enam hari Syawal.

“Bagaimanapun, dianjurkan seseorang itu menggantikan puasa tertinggal secara berasingan dengan puasa enam hari Syawal (supaya mendapat ganjaran yang lebih),” katanya.

Ada juga ulama berpendapat puasa enam seharusnya didahulukan kerana ia hanya boleh diamalkan pada bulan Syawal saja. Bagi puasa qada, ia boleh dilakukan dalam tempoh 10 bulan berikutnya sebelum tibanya Ramadan akan datang.

Sesetengah ulama berpendapat, orang yang mempunyai hutang puasa Ramadan hendaklah ‘membayar’ terlebih dulu, kemudian baru dikerjakan sunat puasa enam. Tidak mendapat sunat puasa enam jika ia juga diniatkan sebagai puasa qada.

Perbezaan pendapat itu sudah tentu memberikan pilihan dan ruang kepada umat Islam dalam melaksanakan amal ibadat, sesuai dengan konsep taysir (kelapangan) yang menjadi satu aspek penting dalam syariah, selagi mana tiada larangan terhadapnya.

-by one5103-

Categories: Uncategorized

Permata Yang Dicari

October 4, 2009 Leave a comment
Permata Yang Dicari
Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty
http://liriknasyid.com

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari                                                                                                                                                                                Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Categories: karya-karya