Home > Uncategorized > Ramadhan Menjana Insan Taqwa ( sambungan )

Ramadhan Menjana Insan Taqwa ( sambungan )

Taqwa merupakan kalimah yang wujud dari 11 perkara :

* Wasiat – kehidupan manusia di dunia tidak asing dari undang-undang wasiat. Terutama kepada mereka yang punya banyak harta serta tuntutan terhadap kaum keluarga. Perkara wasiat sangat dititikberatkan dan bisa-bisanya terjadi pegaduhan dan pemutusan tali persaudaraan hanya kerana wasiat. Ini jelas menunjukkan bahawa jika ia merupakan suatu wasiat, ia sangatlah penting dan berharga. Masakan tidak, nyawa juga bisa jadi taruhan gara-gara wasiat. Sedar tidak sedar,  taqwa merupakan sebuah wasiat dari Allah SWT kepada Rasul dan semua ummat manusia. Ini dapat dilihat dari paparan makna surah An-Nisa’ ayat 131. Namun sejauh mana kita menyedari taqwa adalah wasiat dari Yang Maha Mencipta, tepuk dada tanyalah iman…

alat ukur

* Alat pengukur – Bukan para jurutera dan juruukur sahaja yang bermain dengan alat pengukur, tetapi manusia juga sayogianya merasakan bahawa kita semua juga bermain dengan alat pengukur dunia dan akhirat. Taqwa merupakan sebuah alat pengukur jauh dekatnya jarak kita dengan Allah SWT. Allah SWT telah menyedarkan kita tentang perkara ini dalam makna dari surah Al-Hujurat ayat 13.

* Bekalan – Taqwa merupakan bekalan terbaik dalam kehidupan seseorang. Bukan makanan sahaja yang dapat menjadi bekalan sistem pencernaan tubuh, bahkan taqwa juga merupakan bekalan malah bekalan terbaik. Ini Allah buktikan dalam kalam-Nya yang bermaksud dalam surah Al-Baqarah ayat 197.

* Pra syarat pemimpin – Banyak syarat yang tertakluk untuk menjadi seorang pemimpin yang berwibawa dan berkaliber. Namun, disebalik semua syarat itu, terdapat sebuah pra syarat yang sangat penting iaitu bertaqwa. Orang yang dipilih untuk menjadi pemimpin haruslah yang bertaqwa kepada Allah SWT. Ini dapat kita lihat dari makna surah Al-Anfal ayat 34.

* Syarat sah amalan – Pelbagai amalan yang dilakukan hanya akan diterima dan sah disisi Allah SWT dengan adanya taqwa dalam diri sesorang hamba. Allah SWT menyatakan dalam makna surah Al-Maidah ayat 27.

papan tndapapan tanda

* Papan tanda dari Allah SWT – Jika banyak papan tanda dapat kita lihat dijalanan, untuk menjadi petunjuk, haruslah juga kita dapat lihat papan tanda dari Allah SWT buat kita juga sebagai petunjuk dalam kehidupan. Taqwa merupakan papan tanda dari Allah SWT kepada sesiapa yang menyedarinya. Allah SWT telah berfirman dari makna surah Al-Haaqah ayat 48 dan surah Ali Imran ayat 138.

* Tim Penyelamat – Taqwa adalah sebuah tim penyelamat manusia dari tipu daya syaitan. Kebanyakan kita hanya bisa melihat tim penyelamat di dunia ini seperti tim medis, bomba dan sebagainya. Tanpa kita sedari secara hakikat, dengan adanya taqwa akan menyelamatkan kita lebih dari yang kita jangkakan. Demi kebahagiaan dunia dan akhirat. Kita haruslah selami makna dari surah Al-A’raf ayat 201.

*Konkrit asas binaan – Bukan batu konkrit sahaja yang menjadi asas kepada sesuatu binaan. Bukan cerucuk sahaja yang manusia bisa gunakan sebagai asas sesuatu binaan yang kukuh. Jika manusia ketahui, taqwa juga merupakan asas kepada suatu binaan yang lebih kukuh untuk kehidupan dunia dan akhirat kita.  Marilah kita sama-sama selami kalam Allah yang bermaksud dari surah At-Taubah ayat 109.

* 999 – Angka diwaktu kecemasan yang sudah tidak asing lagi. Maka kita akan mendapat bantuan dengan menekan angka tersebut. Begitu juga jika kita memerlukan bantuan Allah SWT, taqwa merupakan dail panggilan dan syarat untuk kita menerima bantuan Allah SWT. Jelasnya hal ini dapat dilihat dari makna surah An-Nahl ayat 128.

* Kad kredit – Biasanya manusia menggunakan kad kredit dalam pelbagai urusan kehidupan mereka. Tanpa kita ketahui, taqwa juga  merupakan kad kredit kepada manusia. Dengan taqwa, kita akan mendapat rezeki yang baik, keluar dari kesempitan dan juga dimudahkan urusan.  Makna dari surah At-Talaq ayat 2-3 sebagai penyandar hakikat ini.

* Kertas litmus – Semasa di zaman sekolah, kita sudah belajar bahawa kertas litmus digunakan sebagai pembeza antara asid dan alkali. Selain kertas litmus, pelbagai lagi alat kita dapat gunakan sebagai pembeza antara dua perkara. Begitu juga dengan taqwa. Taqwa merupakan ‘kertas litmus’ atau lebih dikenali sebagai alat pembeza antara yang haq dan yang batil.

Categories: Uncategorized
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: