Archive

Archive for December, 2009

Tetap SETIA

December 30, 2009 Leave a comment

Tetap SETIA Walau apa jua terjadi… Namun mengharap untuk DIHARGAI….

Categories: Coretan

KehilangaN

December 28, 2009 4 comments

 

Akhirnya perpisahan ini terjadi juga. Memangpun macam kata-kata yang sering didengar,  setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Sedih rasa kali ini. Dengan hati yang dh sedia sepi, terasa seperti mencarik luka baru di atas luka lama. Kak Dayah dah balik ke tanah air petang tadi. Sedih sangat rasa…

Dua tahun bersama, tinggal sebilik, suka duka sama-sama lalui..Dialah kakak, teman, sahabat, kawan… Lepas ni xde dah la sayur dalam bilik ni…Beli pun xde sapa nak makan… Masakpun sapa nak makan dh lepas ni…Semua tinggal kenangan ja..

Gara-gara masih xdapat menerima yang diri ini ditinggalkan, maisarah jadi mangsa kena teman bermalam dibilik ni untuk malam ini….sayula bila tengok barang-barang yang kak dayah tinggalkan…kak dayah kena baca tau entry ni..sadis  banget..

Masa kat bandara tadi memang tak mampu nak buat pengucapan awam untuk akak..tunggu masa ja ayaq mata turun…last-last kita dua-dua teghiak jugak…sedihnyeee…

Kita jumpa lagi nanti kat Malaysia, InsyaAllah…selagi nyawa dikandung badan, doaku menjadi hak milikmu..

selamat jalan…

SELAMAT PENGANTIN BARU DAN TAHNIAH BUAT KAK DAYAH @ DR. NURHIDAYAH ABDUL KHALIL………

Categories: Coretan

Saat Hati Berbicara Sepi

December 24, 2009 3 comments

Buat  insan yang bersujud di benua terpisah,

ku nukilkan bisikan hati

seraya tinta menjadi saksi

Tika aku bersendiri,

saat daku hitung butiran hujan dari langit

yang tak kunjung habis deraiannya…

Ku rasa kita makin terasing,

terpanar pada haluan masing-masing

destinasi semakin memisahkan kita

waktu semakin menjauhkan kita…

Ku tahu

hatimu tabah walau tanpa namaku

namun

jiwaku tidak secekal dirimu

Seluruh atma menafikan

bahwa ini awal dari kesudahan

kerna ku harusnya tahu

bukan ini yang kita impikan…..

Categories: karya-karya

~sendiri~

December 23, 2009 6 comments

Suatu pagi yang hening…

aku sendiri…ku tahu

penantianku bermula lagi

namun, aku terus melangkah

melewati hari-hari di hadapanku

walaupun…

sepertinya ku terasa

sudah semakin jauh

antara kau dan aku…

 

-monolog-

Hijau Daun – Suara (Ku Berharap)

di sini aku masih sendiri
merenungi hari-hari sepi
aku tanpamu, masih tanpamu

bila esok hari datang lagi
ku coba hadapi semua ini
meski tanpamu oooh meski tanpamu

bila aku dapat bintang yang berpijar
mentari yang tenang bersamaku disini
ku dapat tertawa menangis merenung
di tempat ini aku bertahan

reff:
suara dengarkanlah aku
apa kabarnya pujaan hatiku
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

suara dengarkanlah aku
apakah aku slalu dihatinya
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

kalau ku masih tetap disini
ku lewati semua yang terjadi
aku menunggumu, aku menunggu

reff2:
suara dengarkanlah aku
apa kabarnya pujaan hatiku
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

suara dengarkanlah aku
apakah aku ada dihatinya
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

Categories: karya-karya

Warkah

December 19, 2009 2 comments

 

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
Assolatuwassalam a’la Rasulillah
Selawat dan Salam buat Nabi Muhammad saw, Pembawa Rahmat Seluruh Alam…

Salam sejahtera buat calon zaujahku yang dihijab pertemuan olehNya sehingga detik kita disatukan dengan lafaz ijab bersaksi qabul berwali. Semoga langkahmu tangkas dengan semangat juang Islam. Walau apapun yang kita lakukan, dasarilah ia dengan memohon keredhaanNya supaya setiap langkah itu beroleh keberkatan.

”Ya Allah, gembirakanlah aku dengan redhaMu”

Kukira untaian doa srikandi iman, Sayyidah Nafisah binti Hasan bin Zaid bin Hasan bin Ali bin Abu Thalib ini mampu menyuburkan hatimu dengan Nur KasihNya.

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Ar-Rum: 21)

Telah dikhabarkan bahawa engkau adalah calon yang sekufu untukku, bakal menjadi peneman solehah bersamaku merentas becaknya denai-denai perjuangan Islam ini. InsyaAllah. Kesesuaian ini telah kupohon dalam setiap doaku padaNya, dalam setiap sujudku, dalam setiap ibadah hajat dan istikharahku selama ini. Tanpa jemu walaupun pertemuan itu masih dirahsiakan. Besar kurniaanNya kepada kita. Hijab itu membolehkan aku dan kau melengkapkan diri masing-masing dengan bekalan agama agar baitul muslim kita nanti tidak suram dengan Nur keimanan yang malap.

Calon zaujahku yang dirahmati,

”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”

Bukan harta yang kuperlukan, bukan keturunan yang menjadi keutamaan, bukan
kecantikan yang kuidamkan, tetapi kefasihan agamamu itu yang aku dambakan. Itulah hikmah sekufu yang menjadi asas usrah muslim antara aku, kau dan anak-anak pewaris ketauhidan Islam dalam mengESAkan Allah Yang Satu.

“Hai manusia, sesungguhnya Kami ciptakan kamu dan lelaki dan perempuan dan menjadikan kamu berbangsa–bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi maha Mengenal.” (Al-Hujarat: 13)

Sirah telah membuktikan bahawa seorang Khalifah mulia menjodohkan puteranya dengan seorang gadis penjual susu lantaran iman yang kuat menjadi benteng gadis itu daripada menderhakai Allah. Akhlak indah yang menjadi pakaian gadis suci itu membuatkan hati Khalifah terpaut. Inilah kisah yang ingin aku kongsikan denganmu wahai calon zaujahku.

Pada suatu malam Khalifah Umar Ibnu Khattab sedang membuat tinjauan terhadap rakyat-rakyatnya. Sampailah Umar ra. di sebuah rumah penduduk, ketika itu mereka sedang berbincang tentang sesuatu. Umar mendengar semua perbincangan mereka. Seorang ibu berkata kepada anak perempuannya:“Anakku bangunlah, serta campurkanlah susu itu dengan air. Puterinya menjawab: Apakah ibu belum mendengar larangan daripada Amirul Mukminin itu? Ibu itu bertanya lagi:“Apakah larangan Amirul Mukminin itu?” Puterinya menjelaskan: “Wahai ibu, sesungguhnya Amirul Mukminin melarang umat Islam menjual susu yang dicampurkan dengan air”Ibu itu berkata lagi: “Cepatlah engkau campurkan susu itu dengan air, tak usahlah kamu takut dengan Saidina Umar, kerana ia tidak melihatnya” Puterinya menjawab: “Wahai ibuku, memang Umar ra. tidak melihat kita, tetapi Tuhan yang disembah Umar melihat kita. Maafkan saya wahai ibuku, kerana tidak dapat mematuhi permintaanmu. Saya tidak mahu menjadi orang yang munafik mematuhi perintah di hadapan orang ramai, tetapi melanggarnya apabila di belakang mereka.”Khalifah Umar ra. yang terkenal tegas itu menjadi terharu hatinya. Umar ra. merasa bangga dengan ketaqwaan gadis miskin penjual susu tersebut. Setelah pagi, Saidina Umar memerintahkan puteranya Ashim supaya pergi ke rumah gadis tersebut.
“Wahai anakku, pergilah engkau ke sebuah rumah penduduk, di dalamnya ada gadis penjual susu, jika ia masih sendiri, pinanglah ia. Mudah-mudahan Allah akan memberikan kurnia kepadamu anak yang soleh.”Ternyata dugaan Saidina Umar ra. itu benar sekali. Ashim menikah dengan wanita yang mulia tersebut dan mendapat seorang anak perempuan yang bernama Ummu Ashim. Kemudian Ummu Ashim berkahwin dengan Abdul Aziz bin Marwan, dan mereka mendapat seorang anak lelaki yang bernama Umar bin Abdul Aziz, yang kemudian menjadi seorang khalifah yang terkenal dan bijaksana.
Jika asas baitul muslim itu kukuh, tidak mustahil ia mampu melahirkan pejuang-pejuang agamaNya yang berpedangkan taqwa dan berperisaikan iman. Di hati mereka bercahaya dengan kasih sayang Ilahi kerana mereka lahir daripada bait penyatuan dua jiwa yang hidup berbumbungkan sunnah berpelitakan al-Quran, berdindingkan wasatiah dan qanaah. Itulah hakikat sebuah baitul muslim.

Calon zaujahku yang telah dijanjikanNya ,
” Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka”.(An-Nissa’:34)

Surah yang diberikan kemuliaan buatmu dan insan yang bergelar wanita. Istimewanya dirimu sehinggakan Allah menukilkan pesananNya dalam surah khusus buatmu. Dan itulah janji-janji Allah bahawa seorang wanita yang solehah itulah mutiara syurga buat suaminya walaupun kekayaan duniawi tidak terhampar di kakimu.

Maafkan aku kiranya tiada harta yang mewah, mutiara atau kilauan permata kupersembahkan dalam hidupmu. Tetapi, aku hanya mampu menjanjikan hantaran yang paling berguna untuk kita berdua sepanjang zaman. Itulah panduanNya, Qalamullah. Islam menegaskan agar ku ajar dirimu mengenal Allah, zat yang agung. Itulah kunci kesempurnaan yang hakiki.

Seringkali kau mengeluh, kau hanya insan lemah. Sedarilah bakal isteriku, kelemahanmu itu adalah kekuatan yang dikurniakan Allah buatmu. Dari kelemahan itu, terletaknya rahim yang telah melahirkan seorang Rasul, seorang Nabi, seorang abid dan juga pejuang jihad yang Allah janjikan syurga demi setitis darah mereka.

Ia lahir daripada jerih doamu, penat sabarmu dan lelah tabahmu. Akal setipis rambut, tebalkan dengan ilmu.Hati serapuh kaca,kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera,hiasilah dengan akhlak

Bantulah aku dalam mentakrifkan pernikahan ini. Semoga ia menjadi wasilah sebuah pembangunan insaniyyah yang akan menjadi khemah dakwah dan tarbiyyah.

Bakal isteriku yang dirahmati,
Titipan ini sudah sampai ke penghujungnya. Namun, doaku padamu tidak pernah berakhir. Seperti doaku padaNya, moga saf antara aku dan dirimu akan bersama-sama melalui siratulmustaqim yang lurus menuju jannahNya yang dirindui. InsyaAllah.

Andai ada ingatan darimu, pohonkan dariNya moga aku terus tegak dalam memperjuangkan kalimahNya walau dijengah mehnah lantaran zaman ini adalah pengakhiran sebuah destinasi.. Dunia sudah terlalu tua, ia hanya menanti masa.

Salam buat teman solehahku…

Categories: Coretan

Buat Ummi Walid Tercinta

December 15, 2009 5 comments

14 Disember 2009 Ulangtahun Ikatan Cinta Kasih Janji Setia antara ummi dan walid. 24 tahun bersama menongkah badai dan bahagia alam rumahtangga. Anakmu sentiasa mengiringkan doa buat kalian. Sungguh, ketenteraman dunia dan akhirat anakmu ini milik kalian.

Sempena Ulangtahun Ikatan Suci ummi dan walid, kakak buatkan kek istimewa. First trial tau… 😉

xdelah cantik sangat…tapi dibuat dengan penuh rasa cinta… 😉

memandangkan ummi dan walid xde kat sini skarang,  jadi kak dayah la wakilkan untuk merasmikan kek..pisau….mak aihh..

Alhamdulillah dah potong dah…comotnya…

nyum nyum nyum…dimakan sejurus keluar dari peti es…hehe

Ummi,walid..dengan penuh rasa cinta, kakak titipkan sesuap potongan kek buat ummi, dan sesuap potongan kek buat walid… :*

Wa bil waalidaini ihsana~

Categories: Coretan, Uncategorized

Senadi Takikardi

December 14, 2009 Leave a comment

Diari, tiada taranya kekuasaan Allah Rabb Penciptaku. Dialah yang menguasai zahir dan batinku. Dengan Nama-Nya aku menulis.

14 Disember 2009

Namaku Zatil Farhah Amani. Alkisahnya hari ini aku seharusnya akan tahu penentuan hidupku di medan perjuangan ilmuku.

Hari-hari dalam hidupku dan kisahnya bermula di sini. Kisah baiknya Allah pada diriku dan teman-teman untuk hari ini. Rentetan peristiwa yang ingin diabadikan dengan tinta penaku. Ingin semoga dirasakan baiknya Allah pada semua manusia. Maka sedetik jarum panjang pada jam menyentuh angka 8, aku sudah mulai bersiap-siap. Menghitung waktu untuk memulakan derap langkah ke kampus yang sudah hampir seperempat dekad aku mengenalinya. Sang mentari sudah mula setia menemani saat aku membuka langkah ke kampus. Ya, ku sedar kini siang  jauh lebih panjang dari malam hari rentetan dari peristiwa alami di bawah pengendalian Allah Rabbul Jalil. Aku melangkah dan terus melangkah.

”kring..kring..kak, nak tumpang…? marila diha bawak..” santun sapaan adik juniorku aliah madihah, yang saban hari ke kuliahnya mengederai basikal merahnya. ” eh,tak apalah diha..akak jalan saja..terima kasih dik..” balasku juga ringkas.

Tiba di fakulti tempat daku mendamba ilmu, aku memulakan catatan. Sedari awal memang sudah aku niatkan untuk menulis melawan kesepian.

8.20 pagi : Alhamdulillah sudah tiba di kampus. Singgah sebentar ke kantin menghilangkan gundah dari peristaltik gaster ku. Sebiji goreng pisang perlahan-lahan mula bercampur dengan asid hidroklorik dalam perutku.

8.45 pagi : Dingin dari penghawa dingin mula menurunkan suhu di palmar ku. Masih keseorangan di dalam pejabat fakulti.

9.30 pagi : Sahabat handai seangkatanku mula memenuhi ruangan pejabat. Bermula 3 orang  hingga sudah menjadi 20 orang. Dengan tujuan yang sama denganku. Masing-masing mahu menunggu hasil peperiksaan yang sebenarnya menjadi keputusan akhir tentang masa depan kami di persada perjuangan ilmu di sini.  

”30 minit lagi baru ada markah”  pendek sahaja pesanan dari kerani pejabat. Tapi sudah cukup untuk meragut ketenangan 21 jiwa yang ada di situ.  Masing-masing dengan palpitasinya tersendiri. 30 minit…

Masa berlalu tanpa disedari sudah lebih dari 1800 saat yang dinyatakan tadi. Namun, penantian itu suatu kebiasaan di sini. Kami semua terus menanti.

11.25 pagi : ”markah sudah ada..sama-sama berdoa…”  dari kejauhan aku dengar  suara sahabat seperjuanganku, Anis Batrisya.

11.30 pagi : Palpitasi kian memuncak. Aku segera keluar dari ruangan pejabat. Ketegangan suasana sudah mulai ku rasakan. Gasterku mula bergelora. Adrenalin meningkat sehingga dapat ku rasakan seperti adanya ictus cordis saat tangan singgah di bahagian sternumku. Jujur, perasaan takut sudah berjaya menguasai mindaku.

Di luar pejabat, aku berbual-bual bersama kakak seniorku. Berharap adrenalinku dapat menurun. Namun tiada perubahan. Bahkan semakin memuncak. Jantungku semakin kencang mengepam darah.

11.55 pagi : Aku lihat dari luar rakan-rakan sudah mula berkerumun. Seperti ada gula yang dihurung semut. Jangkaku, markah sudah dikeluarkan.

Markah ditampal. Tinggi dari kemampuanku untuk melihat. Dengan ramai kawan-kawan yang mengerumuni. Namun temanku Ilyas Hakimi membantu aku dengan melihatkan namaku serta markahku.

” Zatil, awak lulus!” ” Allahu Akbar…ini betul Kimi..?” soalku kembali tetapi bukan ku ragu pada Ketentuan Ilahi cuma aku khuatir temanku tersilap melihat nama. Maklumah banyak orang. ” Zatil, tahniah…” ucap seorang lagi temanku ‘Aisyah Sofiyya yang juga melihat markahku. ” Alhamdulillah….terima kasih ‘Aisyah…”

Ucapan syukur pada Ilahi seiring dengan gugurnya mutiara jernih dari mata ini. Alhamdulillah…Terima kasih Ya Allah…

Kini, aku tahu perjalananku yang baru telah bermula. Kerana destinasi sudah berbeza. Aku mula menutup pena dari coretan…

( memedikkan masyarakat…) 😉 :

* peristaltik : perut berkeroncong

* gaster : perut

* asid hidroklorik : asid dalam perut yang membantu penghadaman makanan

* palmar : tapak tangan

* palpitasi : berdebar-debar

* Adrenalin : hormon yang menyebabkan seseorang berdebar dan stress

* ictus cordis : denyut jantung yang terlalu kuat hingga dapat dirasakan dengan tangan

* sternum : bahagian tengah rongga dada manusia

Categories: karya-karya