Home > Uncategorized > C.I.N.T.A

C.I.N.T.A

 

Cinta adalah perasaan jiwa yang dibaluti kegembiraan, kebahagiaan, ketenangan malah cinta itu menyembuhkan. Cinta merupakan perasaan semulajadi (fitrah) yang menjadi sifat manusia. Sebagaimana hati dapat berubah, maka cinta juga akan berubah kerana sifat cinta yang menjadikan hati sebagai takhtanya.

Antara 4 tanda hadirnya perasaan cinta ialah:

* Apabila suka mendengar  nama sesuatu yang dicintai itu disebut-sebut.

*Apabila suka melihat sesuatu yang dicintainya.

*Apabila suka duduk berdekatan atau bersama-sama dengan sesuatu yang dicintai.

*Apabila suka dengan sesuatu yang berkaitan dengan perkara yang dicintai.

Dengan sedikit percikan cinta dari Pemilik Segala Cinta ke muka bumi ini, maka berkasih-sayanglah dan saling mencintailah antara penghuni bumi ini. Namun, hikmah yang didapati dari percintaan adalah sebagai ujian dan dugaan bagi manusia. Manusia akan melakukan pelbagai cara untuk mendapatkan apa yang  dicintai. Hatta menjatuhkan maruah diri sekalipun turut jadi pilihan yang dirasakan terbaik buat dirinya. Di sinilah kita harus fahami bahawa ada cinta mulia dan ada cinta keji.  Maka begitulah untuk mendapatkan sesuatu yang dicintai, ada cara yang mulia dan ada pula cara yang keji.

Cinta adalah faktor makmurnya alam ciptaan Ilahi ini. Cinta merupakan faktor penyambungan zuriat dan penerusan kehidupan manusia.  Pada cinta itu sendiri ada kekuatan yang kukuh sehingga mampu menyatukan umat manusia. Bahkan Ayatul Husna apabila ditanya tentang cinta dalam Ketika Cinta Bertasbih, beliau menjawab dalam butiran madah….

” Cinta ada kekuatan..yang mampu mengubah duri jadi mawar,

mengubah cuka jadi anggur,

mengubah malang  jadi untung,

mengubah sedih jadi ria,

mengubah syaitan jadi nabi,

mengubah iblis jadi malaikat,

mengubah sakit jadi sihat,

mengubah bakhil jadi dermawan,

mengubah kandang  jadi taman,

mengubah penjara jadi istana,

mengubah amarah jadi ramah,

mengubah musibah jadi muhibbah…”

 

Namun, hakikat percintaan dan kasih-sayang yang sebenar adalah percintaan dan kasih-sayang yang berdasarkan keimanan kepada Allah SWT. Allah SWT yang telah menciptakan manusia dan mengetahui selok belok hati manusia. Islam yang diturunkan Allah telah mengiktiraf perasaan cinta sebagai sebahagian daripada fitrah kejadian manusia.

 

Bagi mu’min yang bertaqwa, tidak ada satupun yang mungkin menyamai kelebihan, kedudukan, dan ketinggian cintanya kepada Allah SWT, Rasul-Nya, dan jihad dijalan-Nya. Bersesuaian dengan mutiara cinta dari Allah SWT yang bermaksud :

”Katakanlah : Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara -saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah SWT dan Rasul-Nya dan daripada berjihad dijalan-Nya, Maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya…”  ( At-Taubah : 24 )

Seorang mu’min meyakini bahawa Allah adalah Pencipta dan Pemilik alam semesta. Maka dirinya juga adalah milik Allah SWT dan wajarlah seluruh kecintaannya hanya untuk Allah Rabb sekalian alam. Inilah cinta teragung. Dan natijah asas dari kecintaan yang agung ini ialah redha dengan Allah SWT.

Kata-kata Ibn At-Thoilah dalam kitabnya sangat mendalam untuk menafsirkan cinta 

” Tidak ada yang dapat mengusir syahwat atau kesenangan duniawi kecuali rasa takut kepada Allah yang menggentarkan hati dan rasa rindu kepada Allah yang membuat hati kita merana”

 

Terdapat juga cinta pertengahan yang mana ditakrifkan dengan keterikatan hati, ikatan perasaan dan emosi yang lahir dari ‘aqidah atau iman seseorang insan terhadap keturunan, keluarga, kaum kerabat, harta benda dan sebagainya. Maka hasilnya ia akan berhubungan erat dengan apa yang dicintainya itu dengan cara yang diredhai Allah SWT.

 

Allah SWT turut mengiktiraf  kesemua perasaan hati ini tetapi ia menduduki tempat kedua iaitu selepas kecintaan kepada Allah SWT, Rasul-Nya dan jihad dijalan-Nya.  Disinilah wujudnya cinta antara suami isteri, cinta antara anak dan ibu bapa, juga cinta dalam ummah Islam. Namun seandainya cinta kepada manusia, harta dan dunia berasaskan hawa nafsu semata-mata, maka ia akan jatuhkan seseorang kepada cinta yang hina.

 

Terakhirnya yang perlu kita hayati dengan hati yang tulus, yang perlu kita fahami dengan akal yang jernih, yang perlu kita yakini dengan jiwa yang bersih, yang perlu kita selami dengan  nurani yang kudus adalah cinta yang hina. Kerana, terlalu ramai jiwa-jiwa manusia  yang  jatuh dalam cinta yang tiada nilai dan darjat kemanusiaan.

 

Antara cinta pada darjat hina adalah:

* cinta atau kasihkan taghut yang serta bertuhankan manusia atau makhluk seperti menyembah patung dan berhala, cinta serta memuji artis-artis, ahli-ahli sukan, dan sebagainya.

* cinta atau kasih terhadap musuh-musuh Allah SWT.

* cinta dan menurut kemahuan nafsu atau syahwat yang keji.

* mengutamakan cinta dan kasih terhadap manusia melebihi Allah SWT.

* cinta kepada bisikan syaitan seperti bisikan untuk berhasad dengki.

Oleh itu, cinta merupakan perasaan jiwa yang diiktiraf oleh Allah SWT. Persoalannya ialah sejauh manakah manusia mengambil neraca Allah SWT dalam urusan ini. Sabda Rasulullah SAW sebagai panduan kita yang bermaksud :

” Tiga perkara siapa yang ada pada dirinya, dia akan merasai kemanisan iman – bahawa ia menjadikan Allah dan Rasul-Nya paling dicintai daripada segala yang lain. Dan bahawa ia mencintai seseorang, tidak menyintainya melainkan kerana Allah. Dan bahawa ia membenci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah mengeluarkannya daripada kekufuran, sepertimana ia benci dimasukkan ke dalam api neraka ”

 

”Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu”

Categories: Uncategorized
  1. June 16, 2010 at 7:14 am

    cintai seseorang karena ALLAH

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: