Home > Coretan > Duhai anak…

Duhai anak…

Alahai anak-anak kecil yang sangat comel, imut-imut  jika dibahasakan dalam Bahasa dari Republik Indonesia Raya ini. Sungguh kalian lahir umpama kain putih yang bersih, sesuai dengan sabda Nabi Teragung, Muhammad SAW. Duhai insan yang bergelar anak, termasuklah diriku, ayuhlah ukir prestasi, kita raih masa depan yang cemerlang.  Sesungguhnya dalam perjalanan sejarah manusia, Allah SWT telah menghidupkan sebuah generasi terbaik. Generasi yang mana Allah SWT jamin bahawa mereka mendapatkan keredhaan dan ampunan dari-Nya. Generasi yang membawa kejayaan dan kemuliaan Islam di muka bumi. Mereka itulah orang-orang yang mampu menyeimbangkan antara zikir dan fikir.

Duhai anak,

Duhai anak,

Allah SWT akan memudahkan jalan bagi penuntut ilmu ke syurga-Nya yang indah. Tempat terindah yang diciptakan oleh Allah SWT adalah syurga. Di dalamnya penuh kenikmatan selama-lamanya. Air terjun, air sungai yang mengalir dibawahnya tiada tandingan akan keindahan yang dapat kita lihat dengan dua mata ini.  Allah mempersiapkan syurga hanya untuk hamba-hamba-Nya yang beriman.  Akan tetapi, masuk syurga tidak semudah kita masuk ke Mall atau The Store atau yang seumpamanya. Diperlukan perjuangan dan pengorbanan yang begitu besar.

Tetapi, dengan kemurahan dan Kurnia-Nya yang amat besar, maka seorang penganut Islam akan dimudahkan oleh Allah SWT untuk memasuki syurga-Nya yang indah. Bersusah-susahnya ketika di dunia demi mempelajari syariat Allah SWT. Maka Allah SWT akan menggantikan dengan kenikmatan yang abadi iaitu syurga-Nya. Dari Abu Hurairah ia berkata, bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud ” Barangsiapa yang menempuh suatu jalan untuk mendapatkan ilmu, maka Allah SWT akan memudahkan baginya jalan ke Jannah ”  ( HR Ibnu Majah dan disohehkan oleh Albani ).

Duhai anak… Seorang insan berpredikat ibu pernah bermadah, butir bicaranya mengalir sejuk dari bibir wanitanya.

” Tidurlah sayang buah hatiku, kutemani engkau dalam dakapku. Bangunlah esok dengan senyummu, permata hati penghibur kalbu. Tidurlah sayang buah hatiku, doa ibu menemanimu. Semoga rahmat Allah menyertaimu. Bahagia dunia dan akhiratmu, anakku…”

Categories: Coretan
  1. eim
    December 11, 2009 at 12:09 am

    mmm…anak-anak, bila la nak ada anak ek..

  2. December 11, 2009 at 12:17 am

    bi iznillah..insyaAllah..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: