Archive

Archive for January, 2010

Mutiara

January 31, 2010 2 comments

“Orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, tidak akan meminta izin (tidak ikut) kepadamu untuk berjihad dengan harta dan jiwa mereka. Allah mengetahui orang-orang yang bertaqwa” Surah At-Taubah:44

Categories: Uncategorized

Suami soleh idaman isteri solehah

January 25, 2010 Leave a comment

1. Mentaati Allah s.w.t dan RasulNya dengan mengerjakan segala perintahNya

Read more…

Categories: Coretan

Bukan Budaya Kita

January 23, 2010 Leave a comment

Banyak acuan-acuan dari negara dan daerah benua lain yang telah warga kita cetaki sebagai cara hidup dan gaya personaliti diri. Banyak  orang-orang kita meniru dan cuba menjadi seperti orang lain.

Read more…

Categories: Coretan

Iman Melahirkan Revolusi

January 23, 2010 Leave a comment

Pembaharuan sesuatu bangsa tidak terjadi dengan sendirinya bahkan juga tidak dengan kebetulan. Kebanyakan yang dapat kita lihat dari kaca mata sejarah, bangsa-bangsa bangun setelah terlelap dari tidurnya, menjadi kuat setelah menderita kelemahan, menjadi maju setelah melewati masa kemunduran, dan semua itu diubah setelah membuat perubahan dalam cara berfikir.

Read more…

Categories: Coretan

koleksi~ comelku sayang

January 19, 2010 Leave a comment

obses gitu lho kalo bisa ketemu sama dede bayi….lucuuuuu bangat..imut deh..apalagi kalo yang gede aduh asik ngendongnya…

bersambung~

Categories: Uncategorized

Pengajaran buat yang lalai dalam study

January 19, 2010 2 comments

Hari ini bertugas di poli kulit. Macam biasa pagi mula dengan visitor besar, cuma 3 pesakit tapi Alhamdulillah lumayan juga kes masing-masing…

Sampai kat poli lepas balik dari bangsal, dok kumpul-kumpul kat meja anamnesis pesakit luar.

Makcik yang agak berusia ( diperkirakan mencecah 7 dekad umurnya) dengan ayunya masuk dan duduk untuk dianamnesis..Banyakla makcik@nenek ni cakap..diriku? yaa senyum2 aja… Nenek ni guna bahasa daerah, bahasa kampung, loghat sini..memang tak faham apa..nenek ni pun xfaham bahasa Indonesia umum…haa dah kena dah la, sorang itik sorang ayam..diriku memang tidak fasih bahasa daerah di sini..bulehla sehelai dua….yang faham cuma perkataan ‘tenna’ ( tenna = tidak)  ja nenek ni cakap..hat lain, berlakon je la..ngeh~

”mempo ki’…ki mae bu”…” balas nenek ”Maros…bal bla bla bla tenna bla bla bla tenna bla bla bla kuasa 8…..” senyum2la anak malaysia sorang ni ye…..

Habis dua pesakit selesai dianamnesis, tetiba dokter pakar panggil….

Dokter A, minta diriku duduk didepannya, atas kerusi yang anamnesis pesakit tadi. Dokter minta lakukan pemeriksaan fizik yang lengkap kepada pesakit kusta, dilakukan padanya. Adoiii…tu pelajaran minggu satu itu dokter….dah dekat dua minggu tak review pasal kusta….

Lalu, terserlahlah akan kebodohan diri ini……..

Mana tak nya, memang dua minggu blajar dan tengok pesakit dan penyakit lain je. Belambak penyakit lain nak kena blajar dokter…ahh alasan je zhra ooii…. Memang tak bukak langsunglah pasal kusta sejak 2 minggu ini. Malunya Ya Rabb, Allah je yang tahu….huhu~ pengajaran deh….

Hampir sebagian besar dari teman-teman kelompok yang sama minggu denganku ada juga disitu..lucunya, samala semua…dokter tanya semua tak tau jawab..buat pemeriksaanpun palpasi salah-salah lagi tu..sok tahu betul…huhuhu…dokter jentik jari-jariku, dibilangnya…”kau tidak belajar dik….” aduh dokter, memangpun…lalu dengan rendah hati bermuka tebal diriku mengaku di hadapan dokter A itu ”ya doc, saya ngak belajar…”  waa malu banget..

Dengan azam dan semangat yang baru dipicu tadi, maka bertekadlah diri ini untuk belajar betul-betul sejurus pulang ke rumah..Esok nak p jumpa dokter balik, untuk lakukan pemeriksaan yang betul..bagus jugak jadi macam tadi, tapi tak naklah selalu sangat kantoi tak belajar kan…bukan tak belajar, tak sempat review lagi..ubat-ubatnya dari pelbagai macam penyakit dengan dosis2nya…alasan2…hehe

Jadi, kepada semua warga planet bumi ini umumnya dan para pelajar khususnya, marilah sama-sama kita mengambil iktibar dari kelalaian diri ini dalam menjalankan tanggungjawab menuntut ilmu. Tidak ada alasan untuk tidak belajar…

Usaha + Doa’ + Tawakkal…..

yuk,belajar… coass kulkel~

Categories: Coretan

Buat Wanita Solehah~Amar

January 14, 2010 2 comments

Tangisan sanubari telah terhenti
Kala suram suria memancar sinarnya
Pertemuan seindah bayangan firdausi
Menjadi zikir kasih yang suci

Lukisan dua jiwa menjadi satu
Terkenang detik bertemunya kau dan aku
Santun berhikmah mengingatkan diri
Hidup dan mati hanya untuk Ilahi

Mengenggam janji cinta ini
Bertemu kasih tanpa jasad
Bicara tanpa suara
Hanya tulisan bahasa indah
Mengeratkan antara kita
Hinggalah ke akhirnya

Kau ku sanjung kerna pengorbanan
Bagai puteri di kayangan
Tika ku lesu hadapi hidup
Kau hembuskan nafas semangat
Penawar hati

-Amar : Album, Nasyid Buat Wanita Solehah –

Categories: Coretan

Kiriman Bertinta Hati, Buatmu………

January 11, 2010 2 comments
 
Assalamualaikum WBT,
 
kukirimkan salam terindah, salam sejahtera para penghuni syurga. Salam yang harumnya melebihi kasturi, sejuknya melebihi embun pagi. Salam hangat sehangat sinar mentari waktu Dhuha. Salam sesuci air telaga Kautsar yang jika diteguk akan menghilangkan dahaga selama-lamanya. Salam penghormatan tiada pernah pudar dan berubah dalam segala musim dan peristiwa…
 
Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini. Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah.
”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”

 

Wanita solehah idaman mujahid soleh yang malunya menjadi perisai dirinya, yang zikirnya menjadi penawar dirinya; tak gentar di acah mehnah duniawi kerana dia rindukan wangian syurgawi, dia berpegang pada janji yang terpatri di lubuk hati. Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini.

 

Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh mama dan abah. Tiada harta untuk kupersembahkan, hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata …
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.(Rum: 21)

 

Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa a.s, sama seperti mu.
”… maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri…” (Ali Imran : 159-160)

 

Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata. Aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung. Pendirianku…pernikahanku akan ku jadikan medan pencarian ilmu agama sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini. Aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, suamiku dan anak-anak untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul,
” Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya.”
(Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)

Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan.
“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu. (An Nisaa’ : 1) ”

 

Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka”. (An-Nissa’:34)

 

Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia. Aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku. Jadikanlah suatu pernikahan itu sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya. Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga insyaAllah.

 

Aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas kahwin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, dan hadis-hadis Nabawi kerana aku meyakini bahawa Qalam itu mampu memimpin rumahtanggaku dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Jua tidak ternilai harga maruah diriku untuk dibanding dengan nilai wang ringgit atau nilai duniawi. Selaras jua dengan hadis Nabi, aku mahu jadi wanita yang punya barokah.
“Seorang wanita yang penuh barakah dan mendapat anugerah Allah adalah yang maharnya murah, mudah menikahinya, dan akhlaknya baik. Sebaliknya, wanita yang celaka adalah yang mahal maharnya, sulit menikahinya, dan buruk akhlaknya”

 

Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, insyaAllah. Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan.

 

Tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana’ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna’im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini.
Terlalu panjang rasanya aku mencoretkan warkah ini. Cukup dahulu buat tika ini, andai diizinkan aku akan kembali menitipkankan lagi kiriman bertintakan hati ini. Akhir bicara, maaf andai tiada pertemuan yang kususuli kerana padaku biarlah merindu daripada jemu tatkala kita disatukan.
 
-S.M.B-
Categories: Coretan

Sabar, bukan sekadar ucapan…

January 8, 2010 2 comments

” Dan Kami sungguh-sungguh mengetahui bahawa dadamu menjadi sempit disebabkan apa yang mereka ucapkan. Maka bertasbihlah dengan memuji Rabbmu dengan jadilah kamu antara orang-orang yang bersujud ” ( Al-Hijr : 97-98 )

Pengalaman hari ini setelah melapor ke Dokter R  insyaAllah tidak akan dapat dilupakan. Dunia ini memang dipenuhi pelbagai manusia dengan sikap yang bervariasi. Ada yang suka senyum, biar keletihan… Ada juga yang sebaliknya…

Hanya pergi melapor, dimarahi… Malah dikutuk atau lebih tepat dihina… Awal-awal masuk ke biliknya, sudah semua dimarahi. Kami 11 orang harus menjawab serentak bila ditanya apa-apa soalan. Tidak boleh senyum, katanya kami semua hodoh sangat bila tersenyum. Jadi tidak perlu senyum-senyum kerana akan menimbulkan sakit hati pada Dokter R itu.

Aneh..ada juga manusia macam itu…

Jadi semua orang harus memperkenalkan nama, nama ibu bapa, kerja ibu bapa, asal dari mana, anak ke berapa dan status apakah sudah menikah atau belum…Taaruf jenis apa ni…hmmm…..

Kawan yang pertama mula memperkenalkan diri. ” Bodoh kau..apa bicara begitu..bodoh sekali..” Dokter R memulakan komentarnya. ” Pasti tidak ada lelaki yang mahu sama kau. Bagaimana mau, kau bodoh sekali. Bagaimana ya kau bisa lulus ke Kedokteran..pasti ada salah komputer itu..” Bicara Dokter R lagi. Aduh, kami 10 orang yang lain mulai tegang dengan perasaan masing-masing. Ada saja kesalahan yang dia lihat. Biar tidak terlalu masuk akal untuk dimarahi. Aku sendiri bingung…

Teman-teman meneruskan sesi memperkenalkan diri masing-masing ke dokter. Seperti biasa, ada sahajalah yang tidak kena dengan cara mahupun jawapan dari kami semua. Semuanya salah. Entah apa yang diperkirakan benar juga tak tahu lah.

Memang dalamseumur hidup, mungkin inilah penghinaan dan kutukan yang agak melampau dari seorang manusia. Namun kami semua sedar, tidak ke manapun kata-kata dari Dokter R itu. Bahkan tidak menjamin apapun nasib kami kerana semuanya dalam pengaturan Allah SWT Yang Maha Berkuasa.

Isnin ini akan bertemu lagi dengan Dokter R itu. Entah apa la yang akan berlaku lagi. Mudah-mudahan Allah memberi kelembutan hati dan lidah buat Dokter R supaya lebih berhati-hati dalam bertutur. Serta Allah mengurniakan kesabaran buat kami semua, sehingga tidak sedikitpun sikapnya itu mengurangi rasa hormat kami kepadanya.

Categories: Coretan

Pusat Latihan Kusta Nasional

January 4, 2010 2 comments

Harini sedari 6.30 pagi sudah mula menghirup zarah-zarah debu Republik di Makassar. Perjalanan memakan masa hampir 3600 minit ke Pusat Latihan Kusta Nasional.

Populasi orang sakit kusta di muka bumi Allah ini sangat besar.. Tengahari tadi selepas mengisi keperluan tenaga dengan aneka juadah yang pelbagai, kamipun dapat berjumpa secara live dengan pesakit kusta. Mujahid remaja yang di kasihi Allah dan di uji dengan sakit kusta. Berusia 12 tahun dan sudah dalam pengubatan. Alhamdulillah adik itu kelihatan lebih pintar dari kami semua yang cuba memeriksanya. Maklumlah sudah lama berkecimpung dalam tempoh penyembuhan.

Memang hakikat yang tidak dapat di nafikan, pesakit sebenarnya jauh lebih handal dari dokter untuk menghayati dan memahami kesakitan. Kerana mereka yang merasai kesakitan itu.

( bukan pesakit tadi – gambar hiasan semata )

Tugas jaga malam ni jam 9 ( kalau di Malaysia , org panggil on call )…

Categories: Coretan