Home > Coretan > ProSes PemBinaAn IKHLAS

ProSes PemBinaAn IKHLAS

Terdapat 7 langkah yang sangat penting untuk melahirkan keikhlasan kepada Allah SWT.

1) Menumpukan perhatian hanya kepada penilaian Allah swt, bukan penilaian atau pandangan makhluk.

” Amal yang dikerjakan kerana manusia adalah syirik,

meninggalkan amal kerana manusia adalah riyak,

sedangkan ikhlas adalah jika engkau bebas daripada kedua-duanya”

(Al-Fudhail bin Iyadh)

2) Menyamakan yang zahir dan yang batin. Menyamakan yang tersembunyi dengan yang terang-terangan. Tidak boleh terjadi amalan zahirnya cantik tetapi batinnya buruk.

”Barangsiapa berhias di mata manusia dengan sesuatu yang tidakĀ  selayaknya,

maka dia menjadi hina di mata Allah”

(Sari As-Saqti)

3) Menganggap sama antara pujian dan celaan manusia. Engkau tidak akan terlepas dari celaan manusia ketika mana engkau terpuji di sisi Allah SWT. Begitu juga sebaliknya.

4) Tidak boleh merasakan diri sudah cukup ikhlas sehingga menyebabkan timbul ta’jub kepada diri sendiri yang boleh merosakkan keikhlasan. Oleh itu, seseorang itu tidak boleh merasakan ikhlasnya sudah mencukupi.

”Selagi mereka melihat ikhlasnya sudah cukup,

bererti ikhlas mereka itu masih memerlukan ikhlas lagi”

( Abu Ayyub As-Susi)

5) Tidak menghitung-hitung pahala amal yang dilakukan. Orang mukhlis tidak merasa aman terhadap amalnya. Ia bimbang kalau-kalau amalnya tidak diterima oleh Allah swt.

6) Orang mukhlis melihat amal yang dilakukan itu adalah dengan taufiq daripada Allah swt. Ia melihat pahala merupakan kebaikan daripada Allah swt ke atas dirinya. Sabda Rasulullah saw :

” Sekali-kali amal salah seorang daripada kamu tidak akan mampu memasukkannya ke dalam syurga.” Mereka iaini para sahabat bertanya, ”Begitu juga amalan kamu wahai Rasulullah?” ”Jawab baginda, ”Ya, begitu juga aku, kecuali Allah melimpahkan rahmat-Nya kepadaku”

7) Merasa takut menyelinap riyak dan hawa nafsu ke dalam jiwa tanpa disedarinya. Sebab syaitan mengikuti saluran darah untuk masuk ke dalam jiwa. Jika seorang mukmin melakukan kederhakaan secara zahirnya, sudah tentu ia mempunyai kederhakaan batinnya. Dengan cara ini syaitan menjadikan amalan seseorang itu sia-sia.

” Tidak ada yang mengetahui riyak keduali orang mukhlis. Kerana ketakutan kepada riyak itu, maka dia selalu berwaspada dan berhati-hati, mengetahui selok beloknya, tidak berdusta terhadap diri sendiri dan tidak menghias amalan yang buruk agar kelihatan baik”

( Sahl)



Categories: Coretan
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: