Archive

Archive for the ‘Uncategorized’ Category

comel sgt~

February 6, 2010 Leave a comment

comelnya awak…….

rajinnya………

Categories: Uncategorized

Mutiara

January 31, 2010 2 comments

“Orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, tidak akan meminta izin (tidak ikut) kepadamu untuk berjihad dengan harta dan jiwa mereka. Allah mengetahui orang-orang yang bertaqwa” Surah At-Taubah:44

Categories: Uncategorized

koleksi~ comelku sayang

January 19, 2010 Leave a comment

obses gitu lho kalo bisa ketemu sama dede bayi….lucuuuuu bangat..imut deh..apalagi kalo yang gede aduh asik ngendongnya…

bersambung~

Categories: Uncategorized

Buat Ummi Walid Tercinta

December 15, 2009 5 comments

14 Disember 2009 Ulangtahun Ikatan Cinta Kasih Janji Setia antara ummi dan walid. 24 tahun bersama menongkah badai dan bahagia alam rumahtangga. Anakmu sentiasa mengiringkan doa buat kalian. Sungguh, ketenteraman dunia dan akhirat anakmu ini milik kalian.

Sempena Ulangtahun Ikatan Suci ummi dan walid, kakak buatkan kek istimewa. First trial tau… 😉

xdelah cantik sangat…tapi dibuat dengan penuh rasa cinta… 😉

memandangkan ummi dan walid xde kat sini skarang,  jadi kak dayah la wakilkan untuk merasmikan kek..pisau….mak aihh..

Alhamdulillah dah potong dah…comotnya…

nyum nyum nyum…dimakan sejurus keluar dari peti es…hehe

Ummi,walid..dengan penuh rasa cinta, kakak titipkan sesuap potongan kek buat ummi, dan sesuap potongan kek buat walid… :*

Wa bil waalidaini ihsana~

Categories: Coretan, Uncategorized

Dokter di Dapur

December 13, 2009 3 comments

Bahan
160 g butter
80 g gula kastor
1 biji kuning telur
1 s/k essen vanilla
200 g coklat cips
100 g badam cincang[panggang]
200 g tepung gandum
1 s/k soda bikarbonat
1 s/b serbuk koko

Cara
1. Pukul gula dan butter sehingga hancur.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Kacau rata
3. Masukan badam cincang dan coklat cips.
4. Masukkan tepung dan bahan yg telah diayak. Gaulkan rata.
5. Sudukan atas loyang yg telah disapukan majerin
6. Bakar dalam suhu 180’C selama 215 – 20 minit.
7. Sejukkan dahulu baru disimpan.

Bahan A
2 cawan tepung gandum ]
1 cawan serbuk koko ]
1 s/k baking powder ] ayakkan
1 s/k soda bikarbonat ]

Bahan B
1 cawan susu pekat
1 cawan butter cair
1 cawan air panas
2 cawan gula perang

Bahan C
4 biji telur ]
1 s/k esen vanilla ] kacau rata

Cara
1. Panaskan kukusan dan lapikkan loyang dengan kertas minyak.
2. Masukkan semua bahan yg diayakkan dalam mangkuk.
3. Masukkan butter cair, air panas, gula dan susu pekat dalam mangkuk yg berisi bahan yg telah diayakkan.
4. Masukkan telur dan kacau adunan sehingga sebati.
5. Masukkan dalam loyang dan kukus selama 1 jam atau lebih sikit.
6. Sejukkan dan hiaskan dengan kerim keju dan buah2an koktel

Bahan krim keju:
250 gm keju cream philidephia
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan air agar-agar
1 cawan yogurt perisa mangga
1 tin buah2 koktel
1/2 cawan air dalam buah2 koktel

Cara:
1, Pukul keju cream dan gula sehingga rata/lembut.
2. Masukkan yogurt dan pukul lagi.
3. Masukkan air/cecair agar dan kacau rata.
4. Tuangkan atas kek span dan sapukan rata.
5. Taburkan buah2 koktel dan sejukkan beberapa jam.
6. Potong dan hidangkan.

JOM CUBA…

 Jangan lupa perencah Bismillah ye….. 😉

sumber rujukan :  http://www.hanieliza.tk/

Categories: Uncategorized

Perkataan yang selalu digunakan wanita

December 11, 2009 Leave a comment

Sambil-sambil isi masa santai, baca majalah Mingguan Wanita yang dipinjamkan oleh kakak senior semalam.. sampai pada ruangan RAHSIA WANITA, sajalah baca.. ada betulnya juga tapi tidak semuanya benar..betulke begini ye….

Bagi lelaki, wanita  memang sukar difahami. Ada-ada sahaja yang tidak kena. Sebenarnya wanita memang dilahirkan dengan perasaan yang sensitif, oleh itu haruslah mendalami jiwa seorang wanita. Bila dibaca, saya tidak tahu sejauh mana untuk mengiakan namun saya juga tidak menidakkan kerana adakala ada benarnya pada sisipan dalam majalah ini. Namun, ini kan sekadar majalah…

FINE

Perkataan inilah yang wanita suka gunakan  untuk menghentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul. Kepada lelaki, jangan sesekali gunakan perkataan ini kepada kaum wanita.

LIMA MINIT

Ini sebenarnya bermakna setengah jam.

TAKDE  APA-APA

Ini bermakna ada sesuatu yang tidak kena.

Yang lain-lain itu mungkin sedikit menjauhi dari saya mengiakan. Namun, bila ditelusuri  buku Man From Mars, Women From Venus, banyak sebenarnya yang dapat kita fahami antara karakteristik golongan feminin dan kaum maskulin yang memenuhi dunia ini…

Categories: Uncategorized

Menjauhi Bahaya Rokok

December 9, 2009 Leave a comment

     Tembakau asalnya digunakan sebagai ubat dan dihisap dengan menggunakan paip. Pada peringkat awal, ramai yang mengunyah dan menghidu tembakau dan sebahagian lainnya menghisap dengan menggunakan paip.  Pada awal abad ke sembilan belas, cerut diperkenalkan dan lewat tahun 1880, tembakau mula dipopularkan dalam bentuk rokok yang dibuat dengan menggunakan mesin pengeluar rokok moden di bawah tajaan baron tembakau yang terkenal, James Buchanan ‘Buck’ Duke.

Rokok memudaratkan kesihatan manusia. Menurut Imam Malik, Al-Hakim, Baihaqi dan Ibnu Majah, Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud :

”Tidak diizinkan melakukan  sesuatu yang memudaratkan dan tidak boleh membalas dengan kemudaratan.” Sementara menurut Ahmad dan Abu Daud, Ummu Salamah berkata ” Rasulullah SAW melarang daripada mengambil setiap bahan yang memabukkan dan yang melemahkan badan.” 

Kajian yang dibuat oleh Program Pencegahan Dan Pengawalan Tembakau dari Jabatan Kesihatan Utah menunjukkan, menghisap sebatang rokok sahaja sudah memasukkan tar ke dalam paru-paru seseorang. Apabila anda menghisap sekotak rokok setiap hari, selama setahun, sebanyak 0.25 gallon tar telah berjaya anda masukkan ke dalam paru-paru anda.

Bahkan, rokok juga mengandungi 4000 bahan-bahan kimia toksik lain dan 37 daripadanya dikenal pasti sebagai bahan penyebab kanser.

Orang Islam tidak melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada orang lain. Sebagai contoh, merokok dikhalayak ramai. Persepsi yang mengatakan seseorang lelaki itu kelihatan macho jika merokok, saya juga tidak tahu siapa yang riwayatkan sebegitu. Jujurnya bagi kebanyakan masyarakat, melihat orang merokok  di tempat terbuka amat menjengkelkan dan menimbulkan kebencian sekaligus mendapat bonus kutukan. Orang kurang berakal sahaja agaknya yang syok sendiri merasakan amalan merokok adalah ”macho”..kononnya…

Merokok tidak hanya berbahaya kepada perokok bahkan kepada mereka yang tidak merokok  melalui asapnya. Hasil kajian dari Arizona Daily Star bertarikh 23 November 2001 menunjukkan bahawa mereka yang terdedah kepada asap rokok berisiko menghidap sakit jantung 23% lebih tinggi daripada mereka yang tidak terdedah kepada asap rokok.

Laporan dari Klinik Mayo menunjukkan bahawa asap rokok di udara mengandungi 2 kali ganda tar dan nikotin, 3 kali ganda bahan penyebab kanser 3,4 benzpyrene, 5 kali  ganda karbon monoksida dan 50 kali ganda ammonia berbanding asap yang dihisap oleh perokok secara langsung daripada rokoknya.

Dalam kuliah yang lalu, masih segar dalam ingatan saya dokter memberitahu bahawa orang yang merokok hanya menghisap 20% sahaja sebagai haknya dan selebihnya 80% di bahagi-bahagikan secara adil kepada masyarakat sekitarnya yang turut menghidu asap rokok tersebut.  Walaupun kelihatan sangat adil namun ia merupakan tindakan yang amat tidak wajar.

Jadi kepada sesiapa yang masih merasakan ingin terus istiqamah dalam amalan merokok, dan berhajat awet muda tidak tua-tua dengan cara memendekkan usia, maka janganlah melibatkan manusia mahupun hidupan lain yang tidak bersalah..Dalam kata lain yang mungkin lebih mudah difahami, nak mati cepat, mati sendirilah….

JAUHILAH BAHAYA ROKOK….masalahnya tolonglah sedar wahai barisan perokok sedunia, bukan hanya kalian yang berisiko sakit tetapi warga disekitar kalian juga….

-anti rokok sedunia-

Categories: Uncategorized

C.I.N.T.A

December 6, 2009 1 comment

 

Cinta adalah perasaan jiwa yang dibaluti kegembiraan, kebahagiaan, ketenangan malah cinta itu menyembuhkan. Cinta merupakan perasaan semulajadi (fitrah) yang menjadi sifat manusia. Sebagaimana hati dapat berubah, maka cinta juga akan berubah kerana sifat cinta yang menjadikan hati sebagai takhtanya.

Antara 4 tanda hadirnya perasaan cinta ialah:

* Apabila suka mendengar  nama sesuatu yang dicintai itu disebut-sebut.

*Apabila suka melihat sesuatu yang dicintainya.

*Apabila suka duduk berdekatan atau bersama-sama dengan sesuatu yang dicintai.

*Apabila suka dengan sesuatu yang berkaitan dengan perkara yang dicintai.

Dengan sedikit percikan cinta dari Pemilik Segala Cinta ke muka bumi ini, maka berkasih-sayanglah dan saling mencintailah antara penghuni bumi ini. Namun, hikmah yang didapati dari percintaan adalah sebagai ujian dan dugaan bagi manusia. Manusia akan melakukan pelbagai cara untuk mendapatkan apa yang  dicintai. Hatta menjatuhkan maruah diri sekalipun turut jadi pilihan yang dirasakan terbaik buat dirinya. Di sinilah kita harus fahami bahawa ada cinta mulia dan ada cinta keji.  Maka begitulah untuk mendapatkan sesuatu yang dicintai, ada cara yang mulia dan ada pula cara yang keji.

Cinta adalah faktor makmurnya alam ciptaan Ilahi ini. Cinta merupakan faktor penyambungan zuriat dan penerusan kehidupan manusia.  Pada cinta itu sendiri ada kekuatan yang kukuh sehingga mampu menyatukan umat manusia. Bahkan Ayatul Husna apabila ditanya tentang cinta dalam Ketika Cinta Bertasbih, beliau menjawab dalam butiran madah….

” Cinta ada kekuatan..yang mampu mengubah duri jadi mawar,

mengubah cuka jadi anggur,

mengubah malang  jadi untung,

mengubah sedih jadi ria,

mengubah syaitan jadi nabi,

mengubah iblis jadi malaikat,

mengubah sakit jadi sihat,

mengubah bakhil jadi dermawan,

mengubah kandang  jadi taman,

mengubah penjara jadi istana,

mengubah amarah jadi ramah,

mengubah musibah jadi muhibbah…”

 

Namun, hakikat percintaan dan kasih-sayang yang sebenar adalah percintaan dan kasih-sayang yang berdasarkan keimanan kepada Allah SWT. Allah SWT yang telah menciptakan manusia dan mengetahui selok belok hati manusia. Islam yang diturunkan Allah telah mengiktiraf perasaan cinta sebagai sebahagian daripada fitrah kejadian manusia.

 

Bagi mu’min yang bertaqwa, tidak ada satupun yang mungkin menyamai kelebihan, kedudukan, dan ketinggian cintanya kepada Allah SWT, Rasul-Nya, dan jihad dijalan-Nya. Bersesuaian dengan mutiara cinta dari Allah SWT yang bermaksud :

”Katakanlah : Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara -saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah SWT dan Rasul-Nya dan daripada berjihad dijalan-Nya, Maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya…”  ( At-Taubah : 24 )

Seorang mu’min meyakini bahawa Allah adalah Pencipta dan Pemilik alam semesta. Maka dirinya juga adalah milik Allah SWT dan wajarlah seluruh kecintaannya hanya untuk Allah Rabb sekalian alam. Inilah cinta teragung. Dan natijah asas dari kecintaan yang agung ini ialah redha dengan Allah SWT.

Kata-kata Ibn At-Thoilah dalam kitabnya sangat mendalam untuk menafsirkan cinta 

” Tidak ada yang dapat mengusir syahwat atau kesenangan duniawi kecuali rasa takut kepada Allah yang menggentarkan hati dan rasa rindu kepada Allah yang membuat hati kita merana”

 

Terdapat juga cinta pertengahan yang mana ditakrifkan dengan keterikatan hati, ikatan perasaan dan emosi yang lahir dari ‘aqidah atau iman seseorang insan terhadap keturunan, keluarga, kaum kerabat, harta benda dan sebagainya. Maka hasilnya ia akan berhubungan erat dengan apa yang dicintainya itu dengan cara yang diredhai Allah SWT.

 

Allah SWT turut mengiktiraf  kesemua perasaan hati ini tetapi ia menduduki tempat kedua iaitu selepas kecintaan kepada Allah SWT, Rasul-Nya dan jihad dijalan-Nya.  Disinilah wujudnya cinta antara suami isteri, cinta antara anak dan ibu bapa, juga cinta dalam ummah Islam. Namun seandainya cinta kepada manusia, harta dan dunia berasaskan hawa nafsu semata-mata, maka ia akan jatuhkan seseorang kepada cinta yang hina.

 

Terakhirnya yang perlu kita hayati dengan hati yang tulus, yang perlu kita fahami dengan akal yang jernih, yang perlu kita yakini dengan jiwa yang bersih, yang perlu kita selami dengan  nurani yang kudus adalah cinta yang hina. Kerana, terlalu ramai jiwa-jiwa manusia  yang  jatuh dalam cinta yang tiada nilai dan darjat kemanusiaan.

 

Antara cinta pada darjat hina adalah:

* cinta atau kasihkan taghut yang serta bertuhankan manusia atau makhluk seperti menyembah patung dan berhala, cinta serta memuji artis-artis, ahli-ahli sukan, dan sebagainya.

* cinta atau kasih terhadap musuh-musuh Allah SWT.

* cinta dan menurut kemahuan nafsu atau syahwat yang keji.

* mengutamakan cinta dan kasih terhadap manusia melebihi Allah SWT.

* cinta kepada bisikan syaitan seperti bisikan untuk berhasad dengki.

Oleh itu, cinta merupakan perasaan jiwa yang diiktiraf oleh Allah SWT. Persoalannya ialah sejauh manakah manusia mengambil neraca Allah SWT dalam urusan ini. Sabda Rasulullah SAW sebagai panduan kita yang bermaksud :

” Tiga perkara siapa yang ada pada dirinya, dia akan merasai kemanisan iman – bahawa ia menjadikan Allah dan Rasul-Nya paling dicintai daripada segala yang lain. Dan bahawa ia mencintai seseorang, tidak menyintainya melainkan kerana Allah. Dan bahawa ia membenci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah mengeluarkannya daripada kekufuran, sepertimana ia benci dimasukkan ke dalam api neraka ”

 

”Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu”

Categories: Uncategorized

Allah Rabbku

November 26, 2009 Leave a comment

Allah Rabb ku..Rabb sekalian alam..

” Semoga Allah tidak melihat kita di dalam larangan-laranganNya dan tidak kehilangan kita di dalam suruhan-suruhanNya”  -Dr.Abdullah Naseh Ulwan

Ya Allah, pandanglah daku Ya Ilahi…

SELAMAT HARI RAYA  AIDILADHA  BUAT SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT…maaf zahir dan batin..

Categories: Uncategorized

Permata Yang Dicari

November 22, 2009 Leave a comment

Permata Yang Dicari
Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty
http://liriknasyid.com

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Lagu : Fahmi (o.p. DeHearty Publishing / s.p. NAR Publishing)
Lirik : Nurul Uyun Abdul Aziz (o.p. DeHearty Publishing / s.p. NAR Publishing)

Categories: Uncategorized