Home > Uncategorized > Menjauhi Bahaya Rokok

Menjauhi Bahaya Rokok

     Tembakau asalnya digunakan sebagai ubat dan dihisap dengan menggunakan paip. Pada peringkat awal, ramai yang mengunyah dan menghidu tembakau dan sebahagian lainnya menghisap dengan menggunakan paip.  Pada awal abad ke sembilan belas, cerut diperkenalkan dan lewat tahun 1880, tembakau mula dipopularkan dalam bentuk rokok yang dibuat dengan menggunakan mesin pengeluar rokok moden di bawah tajaan baron tembakau yang terkenal, James Buchanan ‘Buck’ Duke.

Rokok memudaratkan kesihatan manusia. Menurut Imam Malik, Al-Hakim, Baihaqi dan Ibnu Majah, Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud :

”Tidak diizinkan melakukan  sesuatu yang memudaratkan dan tidak boleh membalas dengan kemudaratan.” Sementara menurut Ahmad dan Abu Daud, Ummu Salamah berkata ” Rasulullah SAW melarang daripada mengambil setiap bahan yang memabukkan dan yang melemahkan badan.” 

Kajian yang dibuat oleh Program Pencegahan Dan Pengawalan Tembakau dari Jabatan Kesihatan Utah menunjukkan, menghisap sebatang rokok sahaja sudah memasukkan tar ke dalam paru-paru seseorang. Apabila anda menghisap sekotak rokok setiap hari, selama setahun, sebanyak 0.25 gallon tar telah berjaya anda masukkan ke dalam paru-paru anda.

Bahkan, rokok juga mengandungi 4000 bahan-bahan kimia toksik lain dan 37 daripadanya dikenal pasti sebagai bahan penyebab kanser.

Orang Islam tidak melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada orang lain. Sebagai contoh, merokok dikhalayak ramai. Persepsi yang mengatakan seseorang lelaki itu kelihatan macho jika merokok, saya juga tidak tahu siapa yang riwayatkan sebegitu. Jujurnya bagi kebanyakan masyarakat, melihat orang merokok  di tempat terbuka amat menjengkelkan dan menimbulkan kebencian sekaligus mendapat bonus kutukan. Orang kurang berakal sahaja agaknya yang syok sendiri merasakan amalan merokok adalah ”macho”..kononnya…

Merokok tidak hanya berbahaya kepada perokok bahkan kepada mereka yang tidak merokok  melalui asapnya. Hasil kajian dari Arizona Daily Star bertarikh 23 November 2001 menunjukkan bahawa mereka yang terdedah kepada asap rokok berisiko menghidap sakit jantung 23% lebih tinggi daripada mereka yang tidak terdedah kepada asap rokok.

Laporan dari Klinik Mayo menunjukkan bahawa asap rokok di udara mengandungi 2 kali ganda tar dan nikotin, 3 kali ganda bahan penyebab kanser 3,4 benzpyrene, 5 kali  ganda karbon monoksida dan 50 kali ganda ammonia berbanding asap yang dihisap oleh perokok secara langsung daripada rokoknya.

Dalam kuliah yang lalu, masih segar dalam ingatan saya dokter memberitahu bahawa orang yang merokok hanya menghisap 20% sahaja sebagai haknya dan selebihnya 80% di bahagi-bahagikan secara adil kepada masyarakat sekitarnya yang turut menghidu asap rokok tersebut.  Walaupun kelihatan sangat adil namun ia merupakan tindakan yang amat tidak wajar.

Jadi kepada sesiapa yang masih merasakan ingin terus istiqamah dalam amalan merokok, dan berhajat awet muda tidak tua-tua dengan cara memendekkan usia, maka janganlah melibatkan manusia mahupun hidupan lain yang tidak bersalah..Dalam kata lain yang mungkin lebih mudah difahami, nak mati cepat, mati sendirilah….

JAUHILAH BAHAYA ROKOK….masalahnya tolonglah sedar wahai barisan perokok sedunia, bukan hanya kalian yang berisiko sakit tetapi warga disekitar kalian juga….

-anti rokok sedunia-

Categories: Uncategorized
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a comment